
Aku melihat setiap orang ada tugas masing-masing.
Untuk pertama kalinya aku mengikuti perkhemahan kor kadet polis peringkat
sekolah. Waaa… tiada tandas yang
bersih dengan penghawa dingin, tiada air panas dan semuanya air kolah,
tandasnya yang kecil langsung tidak selesa untuk melabur segala saham.
Terpaling menyedihkan tiada bumbung untuk melindungi kami dari hujan semasa
mandi. Monyet, kera, ular dan burung bebas memerhatikan kami bermandi-manda
secara bebas. Seram, tubuh aku telah dinodai dengan pandangan jelek
haiwan-haiwan diatas pokok. Oh Mama…
“Hoi!
Budak sengal! Kenapa duduk termenung sahaja. Pergi kutip kayu api ke? Bersihkan
sampah ke? Nah! Ambil penyapu ini sapu daun kering. Kejap lagi nak pasang
khemah. Kalau kau besihkan dalam masa 12 minit. Baju kau ni yang jadi penyapu. Faham!”
Singa bertina sudah memberikan arahan.
Sakit telinga dia memekak kat telingga aku. Kuasa
dia mengalahkan kami-kami sebagai kaum Adam. Semua tidak berani menentang. Guna
nama bapak dia, siapa tidak takut. Disebabkan singa bertina jugalah sehingga nak
ambil SPM aku masih tiada kawan. Sungguh hebat penangan singa bertina kepada
aku. Kerana gelaran sepupu, aku turut ditakuti oleh pelajar-pelajar yang lain
kecuali dia. Mataku terarak kearah Syakir yang sedang menghempak kayu api ke
tanah. Sangat kejantanan Syakir mengelap peluh didahi dengan plain cotton hand.
Sangat mengancam dengan pandangan seperti itu. Kumpulan Hawa disebeolah aku
mula berbisik-bisik kegirangan. Pasti terkena dengan pesona Syakir. Termasuklah
Si Singa Betina. Aku tertelan air liur apabila pandangan tajam dilemparkan ke
arah kumpulan Hawa itu tadi. Seram!
Aku menyapu bekas-bekas daun kering ditanah dengan
malas. Sedih benar, aku tidak pernah melakukan kerja sedemikian seperti hamba
abdi rasanya. Manusia yang bertaraf rendah. Pleaselah…
Aku Tengku Naim okey! Syakir menghampiri sambil menghilukan tangan.
“Nak saya tolong…” Kemacohan Syakir terserlah.
Aku pandang ke arah Safura. Pandangan tajam
dilemparkan. Aku telan air liur.
“Eh… Tak apa Syakir. Rasa lebih baik awak tolong
Safura. Kesian… Kerja dia mesti berat. Sebab dia ketua untuk perkhemahan ini
kan… he…he…” Aku cuba berdeplomasi. Wajah Safura tampak ceria dengan
kata-kataku. Aku boleh menarik nafas lega.
“Huh?! Budak
gila kuasa tu tak ada banyak kerja pun. Kerja dia tidak habis dengan memekak
terlolong macam tarzan cari bini dia sahaja.” Perdas berapi komen Syakir.
Memang sempoi. Yang paling tak sempoi, aku perasan aura Safura sudah berapi.
Matanya sudah bertukar kepada mata Singa Bertina yang laparkan daging.
Tangannya digumpal kemas. Aku telan air liur lagi. Bala apa pula yang mai lepas ni?!
“Syakir… awak tak perlu buat semua ini…” Aku masih
berkeras menegah.
“Tak apa… saya okey. Kitakan kawan baik.” Ujar
Syakir. Aku hanya tersenyum dengan katanya. Syakir sememangnya seorang yang
baik. Tetapi, sedihnya Singa Bertina meminatinya.
Syakir menolong aku menyampu, mendirikan khemah kami
di bawah pokok yang ditempah oleh Safura. Tetapi, safura hanya kaku tidak mampu
menegah. Ini semua kerana Syakir. Terima kasih Syakir, Aku terharu dengan
kebaikan kau. Selesai solat berjemaah dan kami berehat sementara tunggu
Maghrib. Solat Maghrib dan Solat Isyak diteruskan selepas diberikan taskirah
oleh ustaz sekolah kami. Selesai sahaja solat berjemaah, kami di minta berada
di dewan terbuka untuk berkumpul dan mendengar beberap peraturan semasa berada
di kem. Bau hawa malam menusuk hidup. Bau tahi lembu dan pelbagai bau yang
lain. Oh Mama… Naim nak balik!
AKTIVITI pertama kami adalah rempuh halangan. Yang
paling aku tidak suka part inilah. Dia orang cakap, perserta perlu masuk ke
dalam selut yang berlumpur, ada pacat dan lintah. Seram gila! Aku dan Syakir
turut sama terserta. Memucat aku dibuatnya. Tidak pernah-pernah aku meredah
hutan, berpacat berlintah, berselut berlumpur. Syakir disininya relaks sahaja
macam tiada apa-apa. Kami berjalan mengikut satu barisan, Taman Pertanian Jubli
Perak, Kuantan, Pahang kini aku teroka. Hutannya boleh tahan tebal juga.
Sepanjang hayat ini kali pertama aku turut serta dalam perkhemahan peringkat
sekolah dan join aktiviti lasak. Jika sebelumnya, aku selalu mengikuti
perkhemahan Daerah, Negeri dan Kebangsaan dan hanya tersenarai sebagai peserta
menembak dan kawad kaki berkumpulan dan individu. Berdebar rasanya.
“Kau okey?” Tanya Syakir menghilangkan rasa debar
aku.
“Oh ye… hahaha… saya okey…okey… awak janganlah risau
ye… eee…” Ku balas. Walau di dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu debaran
hati.
“Hemm… okey...” Jawapan selamba Syakir. Sangat arrogant.
“Baiklah kita mula sekarang.” Laungan dari salah
seorang cikgu yang mengiringi kami.
Pasukan Kor Kadet Polis di undi dan mendapat salah
satu track yang berhampiran dengan
taman orked. Kami diminta mengikut arah anak panah yang bertali rafia yang
diikat memalui satu pokok ke suatu pokok yang lain. Tetapi, awas ada beberapa
pokok yang mempunyai ikatan yang sama dan untuk membezakannya adalah tali rafia
yang baru dan yang lama. Paling menakutkan, ada beberapa tali yang sengaja
mereka putuskan untuk memastikan ketajaman mata kami. Bila aku tanya, kalau
tersesat macam mana? Senang sahaja jawapannya, nanti kami cari. Banyak cantik
muka. Nyawa kami bukan bahan taruhan untuk ujikaji keselamatan hutan ini!
“Cikgu! Cikgu… sekejap saya lambat sorry…” Safura berlari seperti orang
sakit jiwa melaung bagai. Pakaiannya pula selekeh. Separuh baju masuk ke dalam
seluar. Tidak senonoh punya perempuan!
“Hah! Safura. Awak boleh didenda kerana lambat.”
Marah guru penasihat kor kadet polis. Pasukan berunifom lain hanya pandang
tidak berbicara.
“Saya tengok budak-budak ini. Ada yang terseliuh
kaki. Saya cari ubat. Takkan cikgu nak marah?” Kaki menampu betul.
Pasukan Kadet polis terdiri dari lima perempuan dan
lima lelaki. Pasukan unit beruniform lain pun sama bilangannya kecuali dua unit
ini, Pandu Puteri dan Puteri Islam. Menerapkan ciri keperempuanan.
Masing-masing memakai pakaian sopan. Cuci mata sekejap!
“Okey kita mesti menang!” Suara veto sudah bersuara. No
compromise anymore!
“Dasar gila kuasa!” Kataku perlahan. Safura memandang.
Dia dengar! Dasar telinga lintah!
“Ape!?” Buat muka benggang. Keluar dari list jadi calon isteri.
“Kau tanya aku ke?” Tanya aku balik. Semua orang
berdiam, takut dibelasah oleh Singa Bertina. Mana tidaknya, disekolah dia yang
jadi ketua. Tetapi, memang pun. Dia merupakan ketua pelajar merangkap ketua
pengawas atau yang sama waktu dengannya. Jika orang buat salah sikit, pasti
penumbuk akan diaju. Kadang-kadang, kesalahan kecil dibawa ke bilik disiplin
dan dikenakan tindakan tatatertib oleh guru disiplin.
Aku pun pernah mengalami. Oleh kerana dia sepupu
aku, Mama dan Papa siap cakap tengok-tengokkan Naim, Ye… Akhirnya, aku yang
menangis air mata darah.
“Aku akan perhatikan kau!” Muktamat. Aku dalam
bahaya. Mata dia sangat dinggin.
Wisel berbunyi tandanya pertandingan sudah bermula.
Kami berlalu memasuki hutan dengan pantasnya. Selok belok hutan aku langsung
tidak pakar sama sekali. Berkali-kali jugalah aku hampir terjatuh menyembah
tanah tetapi nasib sempat berpegang pada batang pokok. Perasaan lega. Aku
berlari lagi meredah selut yang lebih kurang paras peha. Sejuk dan rasa ada
yang mengeletikku di dalam selut. Alamak! Kasut Adidas aku. Oh Mama…
Seterusnya kami meraung lopak air yang hampir ke
paras pinggang. Mereka kata, balik karang kena samak dan sertu sebab babi suka
mandi kat sini. Oh Mama… halangan seterunya, menuruni cerun yang tinggi.
Mengucap panjang aku dibuatnya. Aku gayat! Bismilah aku baca berkali-kali
sambil meniup tubuhku yang gagah perkasa ini. Kepala lututku mengeletar tanda
takut. Aku menelan air liur. Mama… Papa… maafkan Naim. Naim tak nak bunuh diri.
Huluran tangan mengamit aku memegang tangan yang
berurat kasar. Syakir menghulur tangannya agar kami beriringan turun dari cerun
tinggi itu. Aku takut!
“Naim. Pegang tangan saya.” Arah Syakir. Aku hanya
memandang.
“Pegang!” Arahnya lagi.
“Saya takut. Syakir. Saya rasa mahu mati!” Balasku.
Kepala lututku mengeletar lagi kuat daripada biasa.
Syakir tidak membalas. Pandangan tajam dilemparkan.
Aku nak tak nak sahaja menyambutnya. Dalam keadaan terdesak untuk pulang ke
khemah aku menyambutnya juga. Aku menutup mata. Menghilangkan rasa gentar.
“Syakir. Perlahan sikit. Saya tak boleh langkah
besar.” Aku melankah setapak-setapak. Aku dapat merasakan tarikan yang kuat
apabila berjalan menuruni cerun. Seperti ada sesuatu yang menolak aku dari
melakang. Harap-harap aku tidak terguling jatuh. Malang tidak berbau…
Tapak kaki gatas cuba aku legakan dengan hentakan
yang kemas. Masa aku dalam keadaan getir inilah kaki aku mahu gatal. Tak guna
punya semut dan segala jenis serang! Aku menghentak lagi kuat, merasa lega
sedikit. Gatal lagi, aku hentak kuat lagi dan tidak semena-mena aku tergelincir
dan tergolek ke dalam semak yang melindungi cerun tajam.
“Naim!” Syakir menjerik. Agak panik wajahnya.
Tangannya cuba mencapai tangan aku. Tetapi, dengan jarak yang jauh lupakan
sahajalah. Suara pekikkan dari ahli yang lain memanggil nama aku. Safura turut
sama membantu menjerit suruh aku panjat dan mencapai tangan Syakir.
“Syakir! Teruskan tanpa saya!” Aku menjerit. Air
mata jangan cakap. Aku yang lemah biarlah aku cari kekuatan aku sendiri di
hutan ini. Tanganku sudah tidak mampu menampung berat dengan seketul batu. Aku
melepaskan peganggan aku dan terus hilang dalam semak samun. Cerun yang tajam
membuatkan badan aku sakit-sakit. Aku dapat rasa tulang rusukku seperti ditusuk
dengan benda yang tajam. Aku berasa lemah, sakit, dan terus penglihatan aku
menjadi kabur.
“Tolong… Tolong…”
“Suara siapakah itu…” Dalam separuh sedar aku
terdengar seseorang meminta tolong. Aku mengagahkan diri bangun. Sakit tidak
mampu di bayang. Tangan dan pipiku berasa pelik dengan celoreng-celoreng. Darah
meleleh disana sini.
“Tolong…”
Aku dapat merasakan bulu roma aku meremang. Hari
sudah beransur gelap dan matahari sudah hilang daripada pandangan.
“Tolong…”
Suara yang sama. Siapakah!? Aku sudah mula berasa
seram. Hari ini malam Ahad, Nasiblah bukan malam Jumaat. Sedikit perasaan lega.
Tetapi, kalau hantu tetap wujud walau malam apa sekali pun. Dada bedebar tidak tentu arah. Wait! Kalau
hantu mesti dia akan bersuara ‘Help…
help… help…’ Tetapi yang aku dengar, ‘Tolong… tolong… tolong…’ Tidak masuk
akal. Ini pasti budak senasib dengan aku! Aku bingkas bangun dan cuba mengesan
suara tersebut, Makin lama, suara itu makin jauh. Alah! Salah arah pula. Aku patah balik. Dan suara makin jelas dan
kuat. Aku terus berjalan sehingga suara yang meminta tolong makin jelas
dicuping telinga. Aku bersuara bagi memastikan arah mana dia berada. Oh Mama!
Seorang pelajar perempuan sedang duduk berlunjur
merenggang otot. Bila melihat baju tshirt
unit beruniform Kadet Remaja Sekolah, sudah aku mengagak budak sekolahnya turut
terperangkap. Kelihatan tubuhnya sangat lemah hanya suara yang mampu dijadikan
khudrat meminta tolong. Aku menghampiri gadis itu dan wajahnya berubah beriak
takut. Tetapi, apabila melihat tshirt
unit beruniform aku dia seakan-akan merah kemalu-maluan. Tubuhnya langsung
tidak dapat digerakkan.
“Awak okey?” Tanya aku lembut. Takut dia tersalah
anggap aku mengambil kesempatan. Maklumlah perempuan suka berfikiran negatif
dari pasitifnya. Otak biru banyak!
“Ermm… “Itu sahaja jawapannya.
“Kita kena kelur dari hutan sebelum malam. Jom.” Aku
menghulurkan tangan agar gadis itu menyambut dan banggun mengikutnya mencari
jalan keluar.
“Tak…” Gadis itu hanya mengeleng membuatkan aku
tertanya-tanya.
“Jom…” lengannya aku pegang kemas dan menariknya
bangun. Agak kasar sehingga membuat dia menyeringai kesakitan.
“”Arhh…” Dia menjerik.
“Awak okey?! Sorry…
Sakit ke?”
“Sak…”
“Ahh? Apa?” Tanyaku. Gadis itu seperti sukar untuk
mengeluarkan kata-kata. Air liur membasahi dagunya. Dadanya kelihatan sesak dan
badannya kaku langsung tidak bergerak.
“Eh. Awak kenape ni?” Aku mula risau. Aku melihat
sekeliling kalau-kalau ada sesuatu yang boleh ditemui untuk menyelamatkan kami
berdua. Tercari-cari suatu benda yang tidak pasti. Beberapa ekor labah-labah
yang sedang mengurungi markas mereka. Oh Mama Papa…
Labah-labah Funnel Web. Labah-labah diantara
terbahaya di dunia dan berasal di Australia. Bagaimana boleh berada di dalam
Taman Pertanan yang terpelihara hutannya. Satu keragun yang perlu diberikan
jawapan dengan segera. Kalau tidak jabatan penyelengara Taman Pertanian perlu
diberikan tindakan bertanggungjawab atas khilaf mereka. Funnel Web, labah-labah
yang memiliki racun neurotoksik dan gigitannya dapat menyebabkan pengeluaran
air liur yang berlebihan, kejang, rasa sakit yang kuat, keluar air mata dan
kadang-kadang dapat membunuh. Mama! Tolong Naim.
Wajah gadis comel yang lecun dengan deraian air
mata. Matanya terkelip-kelip meminta pertolongan. Sadis sekali keadaannya.
Funnel Web menghampiri aku yang sedang berdiri tegak. Aku pegun. Apa yang patut
aku buat? Terpandang gadis comel yang berlunjur lemah, Aku terus mencempungnya
dan terus berlari dimana arah yang aku datang. Gadis yang aku cempung
kadang-kadang menyeringai kecil. Mungkin sakit berhenjut-henjut.
“Sabar, ya. Kejap lagi kita akan selamat. Awak
dengarkan. Kita akan sampai ke khemah dan awak akan ke Hospital. Jangan risau
awak akan selamat.”
Kata cikgu Kakashi, untuk mencari jalan pulang
apabila tersesat di dalam hutan adalah, pertama perlu mencari batu, pokok atau
tanah yang berlumut dan bahagian yang berlumut itulah jalan keluarnya. Kedua,
ikut arah matahari terbenam. Tetapi, matahari terbenam ke matahari naik. Aduh! Ketiga, cari sungai dan ikut arah
air mengalir. Keempat? Alah… lupa!
Tetapi kenapa aku perlu ikut pertua merepet Cikgu Kakashi? Ianya Cuma di dalam anime. Hampa!
“Awak sabar…” Aku mula kasihan dengan gadis yang aku
kendung sekarang. Wajahnya memucat tanda darahnya tidak berjalan dengan semula
jadi. Aku mula resah jika apa-apa yang berlaku kepada gadis ini. Aku terus
berjalan tanpa arah tuju. Dalam sedar aku menonong, aku terjatuh berlutu,
sebiji batu sebesar lengan menghalang laluan aku. Aku menahan sakit lutut yang
amat.
Aku berehat seketika, sudah agak jauh aku berlari.
Hari pun sudah gelap menandakan matahari sudah hilang dari pandangan dan bulan mula
muncul mengindahkan malam hari. Aku melepaskan lelah. Gadis yang comel aku
sandarkan dua di bahuku. Pernafasannya tampak seperti mulai setabil. Aku cuba
memejamkan mata dan pendengaran tiba-tiba menangkap satu bunyi. Bunyi ranting
sangat jelas yang boleh dikatakan beberapa sahaja meter daripadanya.
Kata pendita gatal pula, kalau ada musuh yang datang
serang hendak. Perkara pertama boleh dibuat ialah, pura-pura mati dan apabila
musuh datang mendekat cuba berikan serangan
atau apa-apa dan seterusnya selamatkan diri. Baiklah pendita gatas. Aku
pura-pura mematikan diri sambil menyandar pada batang pokok.
‘Prak!’
‘Prak!’
Lagi.
‘Prak!’
Sudah dekat.
‘Prak!’
“Naim…” seseorang yang memanggil. Bukan sudah aku
bilang, hantu akan muncul walaupun bukan malam Jumaat. Oh Mama! Mama… Naim
takut… sambil menangis di dalam hati.
“Naim! Ini aku syakir!” Syakir separuh berbisik.
Terbuka luas mata aku. Yeah! Aku selamat. Sayang
awak Syakir. Aku melemparkan senyuman bahagia kepada Syakir kerana sanggup
meredah hutan seorang diri.
“Jom! Kita kena pergi sekarang. Kita perlu keluar
dari hutan ini sebelum 12 tengah malam.”
“Kenapa pula?” Aku kehairanan. Syakir tampak resah
gelisah sekali.
“Diorang cakap Taman Pertanian ini keras. Memang
setiap tempat perkhemahan akan mengalami benda yang sama. Yang saya khuatir,
awak dan budak ini tidak dapat dikesan. Entah-entah bunian berkenan dengan anak
kerabat ini.” Cakap tidak berlapik langsung!
“Syakir! Awak tidak sepatutnya cakap kuat!” Aku mula
ketakutan. Sememangnya seorang lelaki perlu gagah dan berani. Tetapi bab-bab
halus ini, berpada-padalah. Sehebat mana pun, tetap tidak terlawan kecuali yang
beramal dengan Al-Quran.
“Jadi kita kena keluar sekarang. Dan Syakir terus
menghilang di sebalik semak.” Memang dasar arrogant.
Tak nak langsung tolong aku.
“Awak, kita akan selamat.”
Aku pantas membontoti Syakir yang sudah jauh ke
hadapan. Laju benar dia berjalan, tidak tertoleh-toleh langsung. Kalau ye pun
tunggulah. Sampai disuatu cerun, aku dah mula goyah. Tetapi, aku gagahkan juga
untuk keselamatan gadis comel. Yeah!
Akhirnya berjaya juga. Dan aku nampak samar-samar cahaya meneranggi. Mungkin
itu dewan terbuka. Aku mula kegirangan.
“Syakir!” Safura menjerik dan berlari arnab ke arah Syakir.
Tetapi, malang hanya jelingan dinggin yang dilemparkan.
“Cikgu! Tolong! Dia disengat dengan labah-labah
Funnel Web.” Ujarku. Beberapa cikgu perempuan menghampiri kami dan cuba
menyambut gadis comel yang ada di dalam gegaman aku. Semoga awak cepat sembuh.
Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu yang keras menimpa kepala. Aduh! Sakitnya…
SEMOGA TERHIBUR.... HARAP KORANG DAPAT MEMBERIKAN KOMEN POSITIF

No comments:
Post a Comment
Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.