
Tepat pukul 7 pagi, jam loceng berbunyi. Hari ini,
macam dijanjikan oleh Papa, aku akan ke pejabat bagi meneruskan legasi Papa.
Sebuah jenama gedung pasar raya Faridah Abdul Jalil atau lebih senang dipanggil
FAJ. Sebuah nama pasaraya yang gah di Pahang dan Kuala Lumpur. Cawangannya di
setiap mall dan setiap sudut penempatan.
Alhamdulillahlah kata Papa, pasaraya kami tidak dapat ditandingi kerana
permintaan kepada barangan-barangan yang halal sangat tinggi dan bersih selaras
dengan kebersihan menjadi watak penting dalam kehidupan manusia.
Kepala aku masih terasa pedih masih tidak hilang.
Ini semua Singa Bertina punya pasal. Aku terbangun dari tidur sahaja aku lihat
mukanya. Rupanya dia menggerakkan aku dengan kitab business Papa untuk mengerak aku bangun solat maghrib. Aku tidak
puas hati kerana mimpu aku tidak habis dengan baik. Teringat muka yang basah
lecun. Tetapi, Safura terlebih dahulu mengerakkan aku tidur. Dia buat apa
berlama-lama dibanglo aku! Aku tidak puas hati dengan kehadirannya menghabiskan
sup belut aku! Dendam tidak dibalas
Personal
assistance Papa panggil aku masuk
ke biliknya. Aku hanya mengangguk. Dia tersenyum sambil mengeyitkan mata. Dasar
perempuan tak senonoh. Tak tahu adab langsung. Geli aku! Aku mengamit Papa
sedang bersandar dikerusi CEO. Sangat santai. Aku terus menarik kerusi dan
duduk. Papa memandang aku. Dia menilik kod aku dan matanya teralih pula ke
wajah aku. Aku menelan air liur.
“Kenapa kamu pakai baju macam itu?” Tanya Papa. Aku
kehairanan. Kata aku perlu ke pejabat hari ini. Kenapa dipersoalkan baju yang
aku pakal. Semestinya aku perlupakai baju pejabat. Apa yang tidak betulnya/ Aku
membelek diriku . Ada yang ganjilkah?
“Kenapa Pa. Apa yang pelik sangat.” Aku memoncong
tanda tiada apa-apa yang pelik.
“Sebagai anak tunggal kepada CEO, FAJ Holding Sdn.
Bhd. Naim perlu berpakaian seperti ini.” Papa meletakkan sebungkus beg kertas. Aku melihat isi di dalamnya.
Mama… Papa dera Naim!
“Papa! Apa ini?!” Aku separuh menjerik.
“Uniform
kamu.” Jawapan ringkas Papa.
“Apa?! Papa, dengan anak sendiri pun nak berkira
ke?” Aku meraung. Sampai hati Papa.
“Kamu ingat senang ke seorang usahawan nak dapat
satu sen. Inikan pula berbillion.
Kamu patut bersyukur sebab hanya jadi penjaga kaunter selama sebulan. Supervisor disalah sebuah cawangan
selepas sebulan seterusnya untuk masa dua bulan. Kamu perlu nilai bahan-bahan
mentah sama ada setiap daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran supaya sentiasa
dalam keadaan segar. Itu belum termasuk sabun-sabun, bahan-bahan tin, stationary
dan lain-lain. Selepas itu, kamu akan diletakkan dibahagian Operation Manager, Marketing dan
seterusnya Admin. Ada faham” Terang
Papa panjang lebar. Aku tergaga.
“Papa! Banyaknya… kenapa saya kene buat semuanya.
Anak orang lain relaks sahaja ambil alih syarikat bapa sendiri. Kenapa Naim
perlu buat semua ini?” Aku pelik dengan ketegasan Papa.
“Sebab bapa kamu bukan bapa orang lain. Ini bapak
kamu. Suka hati bapa kamulah.” Ujar Papa. Aku hanya mampu mengeluh kehampaan.
“Sampai tidak sampai. Kamu ingat senang ke nak capai
apa yang kita ada sekarang kalau tidak mula dari bawah. Tengok macam Sheikh Al-Buqari,
dia mula dari bawah dan sekarang dia menjadi jutawan. Papa letakkan kamu di
bawah supaya kamu sedar dan lebih mengenali wang ringgit. Bukan untuk dijoli,
bukan untuk dibazir. Guna buat amal jariah atau tambah beberapa cawangan lagi.
Bukan untuk bertambah kaya, tetapi untuk memberi peluang kepada golongan yang
tidak berkemampuan untuk bekerja. Kalau Papa dengar kamu mengeluh bekerja
sebagai penjaga kaunter, Papa tidak teragak-agak menarik semua kredit kad kamu.
Lagi pun, kamu mukan pakai. Membazir sahaja buat hari itu.”
“LOL! Hahaha… Papa ini kelakarlah. Okey. Naim janji
akan buat yang terbaik. Membanggakan Mama dan Papa!” Azam aku. Buat benda baik
apa salahnya. Harta ini juga jatuh kepada aku nanti. Hoohoho.
“Okey sekarang, Naim sudah tahu apa yang patut di
buat bukan?” Papa sudah tukar panggilannya. Sudah menjadi Papa yang sebenar
sekarang.
“Baiklah!” Aku mengambil beg pakaian di atas meja,
tangan Papa, aku salam menunduk hormat. Papa mengosok kepala aku bagi
mengalirkan kasih sayang. Papa tersenyum. Aku turut tersenyum.
Aku berlalu keluar dan singgah di meja PA Papa.
“Hey awak…” Sambil aku mengenyitkan mata gatal. Dia
mengoyang-goyangkan badan. Gedik! Macam mak duyung yang gemuk, pakai tidak
cukup kain! Bahu kiri kanan terdedah menampakkan dada yang tembam.
“Hey…” Eyuukk…
suara gedik macam kucing diva. Geli
gelemang aku!
“Awak berminat tak keluar makan dengan saya?” Tanya
aku dengan penuh kejantanan.
“Boleh… Dekat mana?” Cakap pun mahu berlagu. Pelik
aku. Aku pula yang berasa geram dengan cara dia bercakap. Rasa muhu sahaja cili
mulut yang sudah lebam dengan cabai burung kasi panas berapi.
“Dekat tepi pasar gerai pisang goreng.” Hoohoho…
SEBULAN sudah aku tempuhi sebagai penjaga kaunter di
sebuah sekolah Pasaraya FAJ, Indera Mahkota, Kuantan. So far so good. Seterusnya, aku di tempatkan di Pasaraya FAJ,
Sungai Isap 2, Kuantan pula. Sebagai supervisor,
aku perlu perihatin dan perlu bersikap professional
apabila berjumpa dengan pembekal. Setiap pembekal ada perangai masing-masing.
Memang bermasalahlah pembekal ini. Asyik nak untung, Tapi buat kerja nak tak
nak sahaja. Lebih baik duduk rumah goyang kaki! Melayan telatah pekerja yang
tidak sudah, sangat membarankan aku. Mahu sahaja aku amuk. Mak kau tak kasi
sekolah ke! Orang kasi sekolah kau pergi isap dadah!
Aku melangkah masuk ke dalam Pasaraya aku yang
kedua. Sesak orang. Masing-masing keluar dengan troli besar-besar.
Masing-masing suka membeli belah di Pasaraya FAJ. Kenapa FAJ? Menurut kata
Papalah, nama arwah nenda dan suaminya. Nama itu kekal ke hari ini kerana usaha
mereka. Kalau tidak aku tidak sesenang ini. Aku melangkah naik ke pejabat.
Dalam perjalanan aku terpandang setimbun bakul yang tidak digunakan lagi.
Maklumla, troli sudah cukup, tidak perlu lenguhkan tangan menjinjing. Kecian
bakul itu. Menjadi barang buangan. Tiba-tiba mentol aku menyala. Hoohoho…
Aku masuk ke pejabat dan melabuhkan punggungku.
Bilik manyak kecil! Tiada sofa,
television macam bilik pejabat Papa, tiada rak fail dan buku semuanya bertimbun diatas sebuah meja kecil. Pasaraya
punya besar, kecil tuik ini sahaja
pejabat aku?! Apa punya papa kedanalah!
‘Tok! Tok!’
“Masuk!”
Seorang gadis yang boleh tahan tinggi dengan memakai
tumik tinggi 5 inci, memakai seluar jean hitam dan blouse berwarna putih salju. Rambut hitam lurus lebat dibiarkan
tidak berikat. Hati aku mula berdebar menyanyikan irama lagu romantik. Tiba-tiba,
irama muzik tanpa lirik seakan-akan berbunyi disuatu sudut otakku.
“Encik!”
“Encik!”
“Encik!” Baru aku tersadar.
“Ya…?! Ada apa?” Tanya aku. Sebuah senyuman lebar
aku lemparkan.
Dia tersenyum.
“Saya adalah PA Encik. Saya harap kita dapat
berkerja sama.” Ujarnya.
“Itu yang sepatutnya.” Balasku.
Mak ai, dia tersenyum lagi. Senyuman dia penuh dengan keikhlasan.
“Ada apa-apa lagi Encik?!” Tanyanya.
Aku mendiamkan diri.
“Kalau tiada apa-apa, saya keluar dulu ya Encik.”
“Eh… Eh… Jangan keluar.” Aku menegah. Dia berpaling
kembali. Aku melangkah menghampirinya.
“Ada apa-apa Encik.” Sebuah senyuman dilemparkan
kepadaku.
“Haira… I miss
you…” Ujarku cukup didengari oleh kami berdua.
“Na… Naim…” Haira mengumam. Gumpalan tangan kirinya
naik menyentuh dada. Segan.
“Awak tak akan pergi lagikan?” Tanyaku ingin
kepastian.
“Naim…” Haira hanya mengumam kecil. Kedua-dua jari
telunjuknya naik bertemu diantara satu sama lain. Itu tandanya dia mahu ungkap
sesuatu tetapi, dia takut atau dia berasa malu.
“Say it
Haira. Kita akan bersama macam dulukan. Kita akan berjanji untuk mendirikan
mahligai bersama. Bahagia untuk selama-lamanya…” Aku mula berangan-angan.
Tetapi, Haira hanya mendiamkan diri membuatkan hati aku menjadi hangat.
“Sa… sa…”
Belum sempat Haira berkata-kata, dia terus berlaru
keluar dari pejabat aku. Aku tergamam kehampaan. Aku melangkah kembali duduk
dikerusiku. Kenapa dengan Haira?
SEMALAMAN aku tidak tidur lena memikirkan Haira.
Bingkai gambar gadis comel itu aku tatap sepi. Rasa ingin memelik dirinya,
membelai dengan sepenuh kasih sayang. Rindu masih tidak terungkap walau sudah
bertentang mata. Kesepian dari Haira membuatkan aku jadi resah gelisah
memikirkannya. Paginya, aku ke pejabat untuk aktiviti harian aku. Wajah comel
itu masih tidak nampak bayang. Hari kedua juga sama, masih tiada kelihatan
bayang Haira. Aku sudah mula resah. Apakah yang terjadi kepada Haira? Bilikku
yang tampak tenang dengan pandangan sendiri langsung tidak menenagkan diriku.
Aku kesana kesini resah memikirkan ke mana Haira pergi.
‘Beeb…Beeb…’
Telefon bimbitku mengeluarkan isyarat pesanan
ringkas.
“Naim… eso awak free
tak? Saya tunggu awak di Oldtown Mahkota Squir. Pukul 10 pagi.”
Tidak semena-mena bibirku tersenyum lebar. Buat kali
pertama lepas kami berpisah, Haira menghantar pesanan ringkas kepadanya
terlebih dahulu.
“Yahoo!” aku melonpat diatas katil sudah seperti
beruk.
“Yahoo! Yeyeye…” Hoohoho…
“Hoi! Naim! Boleh kamu senyap. Atau nak Papa campak
kamu dalam selut!” Papa mula kebenggangan dengan aku. Hoohoho… Aku terus melompat merebahkan badan diatas katil dan
menyelimutkan badanku. Tidur.
Bangun pagi keesokannya, Aku hanya memakai tshirt dan berseluar jean supaya tampak
santai dihadapan Haira. Aku bergegas ke pejabat membereskan apa yang patut.
Hampir pukul 10 pagi. Aku bangun dan bergegas ke pintu, tiba-tiba ada beberapa
pekerja yang sedang berkumpul kecoh. Aku penasaran. Apa halnyakah semua ini?
Untuk menghilangkan persoalan aku datang menghampiri. Pekerja aku memerhatikan
aku. Semua menunduk hormat tidak bersuara.
“Pak Cik tidak kira! Awak mesti ganti rugi. Jual
barang yang tidak berkualiti. Kata barang pasaraya FAJ semua berkualiti, ini
apa?! Pak cik itu menunjukkan sebatang screw
driver yang sudah tercabut pemegangnya.
“Tapi pak cik. Barang ini tiada warranty mana boleh tukar ambil duit balik.” Terang salah seorang
pekerjaku dengan sabar.
“Warranty tak woranti. Yang Pak Cik tahu kau orang
ini semua makan gaji tidak halal sebab jual barang tidak berkualiti!” Pak Cik
itu tetap berkeras. Maklumlah orang tua dalam lingkungan 50’an. Pastinya di
rasa dirinya tertipu apa lagi berkaitan dengan duit. Zaman sekarang duit adalah
suatu yang penting dalam hidup. Orang boleh jadi hamba duit kerana kuasa yang
akan mereka dapat kelak.
“Pak Cik, Pak Cik. Janganlah buat kecoh macam ini.
Berapa ringgit sangat screw driver
ini. Seringgit, dua ringgit sahaja.” Aku cuba menenangkan Pak Cik tersebut.
“Palo hotak
hang! Aku mahe-mahe beli. Tujuh ringgit lima puluh
sen aku beli mu tau tok? Tujuh ringat
aku boleh beli nasi lemok kopi o kat kedai depan umoh aku. Kalo seringgit po. Aku tetap tuntut sebab aku nak beli
kuih!” Satu persatu Pak Cik itu memuntahkan kata-kata. Mak ai, kenapa daif sangat.
Aku ternampak jam di dinding. Macam aku terlupa akan
sesuatu. Alamak! Haira. Mati aku! Takkan aku mahu tinggal perbalahan ini tanpa
mengadili. Kalau aku pergi macam ini sahaja, apa pula kata Papa. Nanti
budak-budak ini komplain pada Papa, aku juga yang susah. Apa yang patut aku
buat? Yes! Tiada cara lain. Demi
Haira, jadi aku terpaksa korbankan dua aku.
“Kalau kamu semua tak mau bayar ganti rugi aku tuntut kat
mahkamah. Demi tujuh ringgit lima puluh sen aku! Ada faham?!” Pak Cik sudah
menunjukkan belang. Gilo apa! Bawa ke
mahkamah demi tujuh ringgit lima puluh sen.
“Okey, Pak Cik tak perlu ke mahkamah. Nah ambil ini seratus. Saya tiada duit
pecah. Ambillah. Selebihnya saya sedekah kepada Pak Cik. Kalau tak nak sedekah
sahaja ke Masjid. Saya ada meeting.
Harap semua okey. Saya pergi dahulu.” Aku meminta diri dulu sebelum keluar
tazkirah daif dari Pak Cik itu lagi. Aku terus menonong pergi menuruni tangga
dan menhampiri keretaku, Wira Turpedo. Wira Turpedo aku hidupkan dan meluncur
laju.
Aku memakirkan Wira Turpedo di kawasan padang MPK. Aku
keluar mencari-cari Oldtown dan jumpa. Aku melangkah masuk, matuku memerhati
sekeliling kawasan restaurant mahal itu. Semua pelanggan restaurant sibuk
dengan urusan masing-masing, ada yang sedang bermesyuarat, ada sedang
berasmaradana bagi yang tidak bekerja, ada yang sedang bermain dengan Iphone.
Aku mencari Haira. Mana Haira? Aku terpandang jam didinding kaunter. Mak ai, sudah 10.30 pagi. Pasti Haira
sudah pergi. Mesti dia fikir aku tidak datang. Badanku tiba-tiba menjadi lemah
dan tidak mampu melangkah. Aku duduk dikerusi yang berada bersebelahan denganku
sambil memerhati pelangan sekeliling. Aku mengeluh kehampaan.
“Naim…” Haira bermain-main dengan kedua-dua jari
telunjukkannya. Malu.
Baru sahaja aku melabuhkan punggung, Haira tiba dari
arah belakang. Mungkin tumpang tandas. Hoohoho…
“Haira!” Aku separuh menjerik. “Maaf, saya lambat.
Ada masalah tadi…” Ujarku lalu mempersilakan Haira duduk berhadapan denganku.
Haira kelihatan segan, takut, gelisah atau sama
waktu dengannya,
“Hah! Haira saya lapar. Jom makan.” Aku mula
bersuara apabila melihat Haira hanya menyepi.
“Hemm…” Haira mengangguk dengan perlawaan aku.
Aku memesan nasi lemak dengan nescafe ais. Manakala,
Haira memesan kuey teow goreng bersama kapucino ais. Kami mula makan bersama. Hatiku bernyanyi
irama romantik melihat Haira menyudu nasi lemat yang berlemak, menyuap dan
mengunyah dengan penuh sopan. Penuh dengan ciri keperempuaanan. Aku tersenyum
lebar melihat Haira sangat comel dengan pipi yang kembong-kembong tanda makanan
sedang diproses di dalam mulutnya.
“Haira, Mana awak pergi selepas keputusan SPM? Saya
cari awak merata tetapi langsung tidak menjejak awak.” Aku meluahkan perasaan.
Sungguh rindu dengan wajah itu.
“Naim…” Haira terdiam. Suasana seakan suram apabila
melihat wajah Haira berubah murah. Ada apa-apakah yang mengangu emosi Haira?
“Hey. Kenapa ni Haira. Awak masih percaya dengan
saya bukan. Saya suka awak. Dan tak mungkin saya akan kecewakan awak percayalah
Haira.” Aku cuba menyakinkan Haira yang masih nampak ragu-ragu dengan
kata-kataku.
“Haira…”
“Maaf… Naim… hak…hak…”
Tidak semena-mena Haira menangis. Aku mengelabah. Pelangan yang masih asyik
makan tertoleh kearah kami dan memandang marah. Aku mula memucat. Macam mana
ini?
“Hey, Haira. Dia orang ingat saya buat jahat dengan
awaklah…” Aku berbisik kearah Haira. Tangisan Haira mula mereda. Aku menarik
nafas lega.
“Maaf…” itu sahaja yang mampu keluar dari didir itu.
“Haira, awak tahu tak? Ucapan maaf awaklah yang
membuat hati saya berasa jatuh cinta setiap saat. Membuatkan awak sangat
sempurna dimata saya, seorang perempuan yang penuh dengan kata maaf menaikkan
lagi darjat awak sebagai kaum wanita. Saya bangga, saya yang memiliki awak.
Saya akan pastikan apa yang saya janjikan dengan awak akan terbukti nanti. Saya
akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan tempat CEO dan saya akan
bahagiakan awak Haira. Saya janji!” Aku memberikan Haira keyakinan. Haira
seperti menimbang-nimbang akan kata-kataku.
“Saya tidak pasti…” Ujar dengan wajah hampa.
“Hahaha… Kalau macam itu, kita habiskan makan dahulu
dan lain kali kita fikir tentang ketidakpastian awak itu.” Aku memutuskan.
“Naim… jangan mudah menabur janji jika itu perkara
yang tidak pasti. Nanti awak akan terseksa dengan janji itu…” Ujar Haira. Aku
tergamam dengan kata-katanya.
“Hahaha… Ini Tengku Naim. Tiada kegagalan. Sebab
saya lelaki dan tidak akan mudah mengalah.” Aku memberikan keyakinan yang aku
pasti datang.
“Tapi… awak tak…” Haira seakan-akan memikirkan
sesuatu.
“Haira… kita sarapan dahulu. Awak perlu makan yang
banyak. Muka awak nampak pucat sangat. Mesti awak demam dua harikan. Sebab itu
awak tidak datang kerja.”
“Hem…” Haira mengangguk berat. Aku hanya melemparkan
senyum.
“Tadi ada masalah apa?” Tanya Haira.
“Masalah pekerja dan perlangan… macam biasa…” Balas
aku. Tiada mood nak bercerita hal
kerja. Yang paling penting, Haira berada dihadapannya.
Selesai bersarapan, Aku mengajak Haira keluar
bersiar-siar, membeli belah, dan petangnya, aku menajak Haira ke pasar malam
Indera Pura. Macam-macam aku beli. Haira hanya mengikut sahaja kerenah aku. Dia
hanya tersenyum, dan ketawa bila aku buat lawak. Sangat sopan dan beriman. Hoohoho… Di pasar malam, aku siap
mengacah lagi kepala ikan ke muka Haira, Haira menjerik kegelian sebab hanyir
air ikan. Aku ketawa dengan telatahnya, comel. Kami beli macam-macam makanan,
Young Tau Fu, Takoyaki, ayam crispy dan cendawan goreng. Yammm… sangat
menyelerakan. Kami makan di taman permainan kanak-kanak, sambil memerhati
kanak-kanak keriangan dengan kawan masing-masing, sambil makan. Syok juga
berkelah di taman permainan ini. Kami tidak banyak berbual serious, hanya berbual kosong mengisi masa. Bagaikan hari ini aku punya.
“NAIM…”
“Ye, Pa?”
“Papa dengar ada kekecohan di super market Sungai
Isap bukan?” Tanya Papa.
Berita tentang syarikat mudah sangat tersebar. Ilmu
apa yang Papa pakai?
“Hemm… biasalah Papa. Pengguna selalu betul.”
“Kalau selalu macam ini, boleh bangkrap kita. Kenapa
kamu tidak tengok CCTV sahaja.” Cadang Papa.
“Tak apalah Papa. Kecian dengan Pak Cik tadi. Macam
terdesak sangat. Naim belanja sahajalah.” Ujarku ambil mudah.
“Lain kali jangan buat. Kalau penipu ke porompak
senang sangat nak pedayakan kamu. Kamu hulur sahaja lima juta ringgit duit pasaraya kepadanya.
Dan mana seharian kamu tiada dipejabat?” Tanya Papa lagi. Tiada riak marah dang
benggang. Cuma tenang dan berbicara tegas.
“Papa!” Aku terjerik. Papa pasang spy ke?” Semua
perkara dia tahu.
“Papa tanya?” Surat khabar dibeleknya.
“Papa. Mama mesti sunyi sekarang.” Aku cuba mengubah
topic perbualan. Hoohoho…
Papa melihat jam dinding. Jam menunjukkan tepat
10.30 malam. Papa hanya tersenyum sembing. Ceh!
Ada projeklah tu…
SELAMT MEMBACA ^-^
No comments:
Post a Comment
Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.