
Aku kembali juga ke mahligaiku. Tempat yang penuh
dengan kenangan manis bersama Mama dan Papa. Ahhh… rindunya dengan mereka. Pintu pagar besi yang tinggi melangit
aku pandang. Bilalah nak roboh. Masih kukuh mencacak menikam langit. Halaman
rumah masih terjaga rapi seperti sebelumnya. Kini aku kembali menemui Mama dan
Papa. Harap mereka berperasaan sama sepertiku. Pintu pagar yang mencacak kukuh
terbuka luas dengan sendirinya. Mungkin Mama sudak perasan yang aku berada di
luar. Oh Mama…
Aku melangkah masuk dengan dua buah bagasi. Ahhh… berat betul! Kenapa tidak aku upah
Pak Ck teksi mengangkat beg-beg aku yang
berlambak ini.
“Arrhhh…
Penatnya” Aku mengeluh. Beg-beg aku
bersusun atur dihadapan pintu. Suis penggera aku tekan. Tiada jawapan. Tekan
lagi. Tiada jawapan. Aku belasah karang!
Akhirnya aku duduk diatas simen yang sejuk dan
keras. Arrhhh… sakit buntut aku! Lama
aku merenung suasana halaman yang membisu. Merasa angin bertiup sipu-sipu
Bahasa. Arrhhh… enaknya kalau minum tea
pagi-pagi macam ini. Mama dimana?!
Hampir setengah jam aku menunggu. Terdengar gocagan
tombol pintu dari dalam.
“Naim!” Mama terkejut dengan kedatangan anaknya di
pagi-pagi buta. “Oh anak ku…”
Aku bangun dan terus mama menyambar aku ke dalam
dakapannya. Hangatnya dakapan seorang ibu. Rindunya… Bertapa nikmat dapat
pelukan dan kasih sayang seorang ibu. Sebab itulah syurga anak dibawah tapak
kaki ibu. Jadi, sayang dan jagalah ibu sebaik mungkin selag kita bernafas.
Balas dan kenang jasa mereka melahirkan kita ke dunia selepas 9 bulan ibu kita
sarat untuk pergi ke sana, pergi ke sini. Mesti penat dan sakit.
“Mama…” Aku bermanja. Hoohoho…
“Naim… anak mak… mak rindu… empat bulan kamu tak
balik.” Pipiku diusap oleh ibu jari seorang bergelar ibu. Aku sengaja tersenyum
manis. Gembira.
“Mama jangan risau ya. lepas ini Naim akan bersama
Mama buat selama-lamanya. Sebab, Naim dah habis degree. Cuma tunggu sijil aja.” Ujarku. Gembira tidak terhingga
kerana dapat pulang ke sisi orang tuaku.
“Sure?!”
Mama cuba memastika.
“Ye. Betul! Tak percaya mama boleh telefon pihat
UiTM.” Aku cuba menyakinkan.
“Haha… Mama percaya…”
Mama terus menarik aku masuk ke dalam terus bawa aku
ke meja makan. Papa sedang asyik menghadap akhbar hariannya. Syok sangat
membaca sehingga lupa anaknya sudah ada dihadapan. Papa ni!
“Abang! Anak kita sudah balik. Akhbar itu juga dia
tengoknya!” Mama mula benggang dengan reaksi Papa seperti tiada perasaan.
“Oh Naim… Bila kamu sampai.” Mama menegur baru
perasan anak sendirir. Sedih!
“Baru je Pa…” Aku menjawab melerek. Kerusi meja
makan akau tarik dan duduk di atasnya. Roti telur aku capai dan makan dengan
lahap. Lama tak makan roti telur. Rindunya!. Aku makan langsung tidak lihat
kiri dan kanan. Sekali capai dua keping dan lima kali kunyah aku gapai dua
keping lagi sehingga bibik aku cakap roti habis. Hoohoho… kenyang!
Mama menyuruh aku terus berehat di atas dan
membiarkan bibik dan driver yang
membawa naik beg-beg aku yang
berlambak di luar. Dan, makan tengah hari baru turun makan bersama semula. Kata
Mama, sudah lama dia tidak masak makanan kegemaran aku. Sup belut dan beluk goreng
kentaki. Yamm…
Bilikku masih teratur. Bersih, kemas dan poster kereta idaman aku Lamborghini Alventador, Ferrari Enzo, Pagani
Zonda C 12 F, Maclaren F1, Zenvo STI. Dan beberapa model kereta import untuk perhiasan kemas terletak di
atas rak. Badanku hampar di atas tilam dengan selesanya. Nikmat benar sudah
berada di dalam bilik sendiri yang bebas menampak gambar kereta tanpa halangan
dari worden asrama yang perasan bagus.
Aku teringat apabila bilikku di Kolej. Kerana tabsuk
dengan kereta luar Negara itu, aku bertindak menampal gambar-gambar dan poster kereta aku. Sehingga rakan
sebilikku menjadi rimas sebab ruang dia pun aku kebas nak tampal poster. Suatu hari, worden datang dan
mengoyak segala poster mak nenek
kereta aku. Aku menangis. Rakan sebilik dan jiran tetangga Kolej gelakkan aku.
Tak guna! Tapi aku tak kisah. Aku jujur meminati sesuatu.
Aku capai bingkai gambar seorang wanita. Wanita yang
selalu bertahta di hati aku. Rambutnya
yang lembut dan lurus beralun lembut. Senyuman yang manis dengan mata yang
terpejam nampak sangat comel. Sungguh photogenic.
Jari naik mengusap wajah di bingkai gambar. Mengusap, wajah si comel dengan
hujung jari, perlahan-lahan menyentuh bibir yang manis tersenyum indah.
Berbunga hati ini. Bilalah masa aku mempertemukan kami semula.
TERPISAT-PISAT mataku apabila cahaya matahari
menyinari tingkap bilik. Walaupun, tertutup kemas dengan kain langsir, cahaya
matahari masih mampu memancar masuk. Ausy…
silau! Jam sudah menunjukkan tepat 12 tengahari. Patutlah panas dan silau bilik
ini. Aku bingkas banggun dan bergegas ke bilik air dan mandi. Sup belut tunggu
aku!
Bauan sup belut dan belut goreng bersalut tepung
kentaki menusuk hidung dengan wanginya. Tidak sabar meratah menghidup sup
belut. Daun sup di tabur diatas sup belut bersama bawang goreng oleh Mama.
Tomato juga di letak mentah-mentah ke dalam sup belutku dan menampakkan sup itu
lebih menyelerakan untuk di makan. Sangat lazat.
“Fura!” Mama jerik.
“Mari makan”
Ouh tidak! Mama memang menempah maut. Singga betina
datang. Kenapa Mama bawa singa bertina kemari. Potong selera aku. Makanan yang
lazat dihadapan aku pandang dengan tidak berselera. Kadang itu mahu menangis
dibuatnya. Waaa…
“Baik Aunty…”
Safura menghampiri kami yang sudah bersedia untuk makan tengahari. Kerusi
disebelah aku ditarik dan duduk. Oh Mama! Singa bertina nak makan aku.
“Makan Fura. Jangan malu-malu.” Papa mempelawa.
Safura hanya mengangguk dan mencedok beberapa senduk
sup belut ke mangkuknya. Fuhlamak… Banyaknya. Itu Mama masak
untuk akulah! Aku pun tidak seduk lagi! Aku benggang melihat dia menyuap
makanan tanpa menoleh kiri dan kanan. Yang paling kurang ajar, aku di
sebelahnya hanya buat tidak endah sahaja. Hangat hati ini. Mahu sahaja aku
cekik-cekik lehir dia supaya sup belut aku keluar balik dari mulutnya. Arrgg… aku tengah marah.
“Naim, kenapa kais nasi sahaja. Tak sedap ke Mama
masak?” Aku tersedar dari khayalan. Wajah Mama aku pandang. Wajahnya tampak
sedih sambil melihat ke arah pinggan aku. Oh Mama! Aku berasa bersalah membuat
air muka itu mendung.
“Tak…Tak… Saya nak makanlah ni.” Aku menyenduk sup
belut dan beberapa ketul belut. Aku jamah sedikit. Hemmm… memang sedap. Tetapi, tidak berasa nikmat. Aku melihat
Safura makan tanpa sebarang bunyi langsung. Ceh! Bersopan pula dia. Selalunya
dia yang paling pelahap semasa zaman sekolah. Tiba-tiba aku rasa macam ada yang
tidak kena dengan singa betina inilah. Buat-buat seperti gadis melayu terakhir
konon.
“Saya sudah habis.” Aku membasuh tangan di dalam
semangkuk kecil yang berisi air.
“Sikit sahaja makan Naim? Selalunya sampai bertambah
dua pinggan” Tanya Mama. Aku hanya mengangguk kecil. Bagaimana aku mahu tambah
dua pinggan kalau Singa Bertina ada dalam banglo ini. Sama ada aku yang kenyang
atau Singa Bertina yang kenyang.
Tanpa menghiraukan mereka yang berada di meja makan,
aku berlalu menaiki tangga ke ruang tamu atas. Television di tingkat dua aku
buka. Remote kawalan jauh aku tekan. Beberapa siaran aku tengok. Tiada mood aku
tukar siaran lain. Ahh… tension! Semua cerita Indonesia. Macamlah Malaysia ini
tiada mutu nak bawa filem dan drama Indonesia. Kalau ia pun jangan lah sampai
semua siaran dengan filem Indonesia. Malaysia bagaimana? Rasanya filem Malaysia
lagi meletop daripada filem Indonesia yang merapu. Ahh… sakit pula hati!
Akhirnya aku tengok filem seram, Datang Bulan. Fulamak… tajuk luncah lah. Hoohoho… lebih seram, masuk akal dan paling
penting tidak merapu. Cakap pun jelas dan tiada engak-engak. Sedang aku tengok hantu kecil menyerang sekelompok
rombongan remaja, Papa datang dan duduk disebelah aku. Tangannya di depakan
diatas sofa. Releks sekali. Sekejap-kejap dia berdehem membetulkan anak tekak.
Sakit tekak mungkin. Kesian Papa. Tetapi kelakuan Papa tampak dingin dengan
aku. Mahu aku bertanya berat mulu pula. Akhirnya aku mengambil keputusan
mendiamkan diri dan membiarkan Papa tenang menghirup udara.
Hampir pitam aku dibuatnya apabila hantu itu
bertuakar kepada wajah yang paling hodoh. Aku terlompat diatas sofa.
Menghampiri Papa. Papa turut terperanjat dengan telatahku yang tidak semenyeh.
Macam monyet pun ada. Besar gajah, tetapi penakut. Paling tidak masuk akal aku
tengok cerita hantu pada waktu tengahari. Waktu yang tidak wajib berasa takut.
Papa menggeleng kepala melihat aku. Wajahnya dingin.
“Papa…”
“Kamu ini. Besar-besar tengok cerita hantu tengah
hari pun takut. Macam budak kecil!”
‘Budak Kecil?’ Papa memerli aku budak kecil. Sudah
main kasar ini. Papa langsung tidak menanyakan khabar aku sejak aku menjejaki
kaki ke anak pintu banglo. Aku sedih. Waaaa…
“Papa rindu Naim. Tanpa Papa sedar, Anak Papa sudah
besar.” Papa berwajah sendu.
“Oh Papa! Me
too…” Kami berpelukan. Hoohoho…
“Lepas ini kamu kerja dan kahwin dan tinggalkan
kami…” Luahan Papa membuat aku berasa sedih. Ingin sahaja aku mendakap tubuh
tua itu. Oh Papa!
“Tapi, Naimkan anak lelaki. Bukan Naim yang ikut
cakap isteri. Tetapi, isteri kena ikut cakap Naim.” Aku terfikir sejenak.
Akukan lelaki yang gagah perkasa. Ahh...
tak mungkin aku ikut cakap isteri. Jadi, selama mana aku nak duduk dengan Mama
dan Papa, sebagai isteri di perlu menurut. Kalau tidak jatuh talak satu. Hoohoho…
Tetapi, kalau Haira, Tidak mungkin. Dia gadis yang
paling sopan dengan santun. Pemalu dan penyegan. Mempunyai hati yang suci tanda
tiada sedikit pun kehitaman dihatinya. Ya, gadis idaman aku. Jadi tidak perlu
fikir yang berat-berat. Yang pasti aku bahagia.
“Anak Papa sudah matang…” Papa terharu dengan
kata-kata aku. Aku juga terharu dengan keprihatinan Papa. Sebagai anak tunggal
aku bangga menjadi anak Mama dan Papa.
“Walaupun nama Papa diletakkan ditempat yang keempat
selapas Mama, Papa tetap merasakan Papa number satu dihati kamu. Papa rasa
bertuah keranan Mama beranakkan kamu. Papa bangga.” Ujar Papa. Aku makin
terharu dengan luahan Papa.
“Papa… sudah semestinya seorang anak perlu menghormati
Ibubapa mereka. Tidak kira ditempat berapakah mereka. Yang penting Mama dan
Papa sudah memberikan kehidupan kepada Naim. Naim berasa, Naim disanyangi dan
dikasihi. Dua kasih sayangyang berbeza tetapi sangat bermakna dalam diri Naim.
Walaubagaimanapun, kasih ibu disanjungi, kasih ayah dihormati.”
“Sungguh mendalam katamu anakku.” Papa dan aku
berlagu sedih.
Mata berpandangan sambil membalas senyuman dibibir
masing-masing seperti dalam filem romantik Romeo
and Juliet.
“Okey! Habis sesi air mata. Dimana kita?!” Papa
sudah hilang dari mood sedih. Sekarang tampak girang dalam berkata-kata.
“Sekarang masa tengok TV.” Jawabku.
“No…no…
Papa ada meeting pukul 3 petang karang. Kirim salam sahaja dekat TV kamu. Papa
sudah siapkan bilik kamu di pejabat. Esok kamu siap dengan pakaian pejabat.
Faham!” Papa memberi arahan. Oh Papa!
“Papa… kasilah Naim rehat satu, dua, tiga minggu. Mood bercuti baru nak mula…” Aku
merungut. Ini tidak adil. Budak lain lepas tamat kuliah pasti melepak dan tidur
sepuas-puasnya diatas katil. Tapi tidak bagi Aku yang sudah seperti buruh kasar
yang dikerah melakukan kerja tanpa berperasaan. dunia tidak adil!
‘Pap!’
“Bagaimana anak bangsa Negara kita mahu maju dan
berdaya saing. Sikit-sikit rehat. Hidup dalam ‘Zone Selesa’ membuatkan rakyat
dan bangsa lain menindas Malaysia. Otak orang melayu boleh beli dalam harga berbillion
mahalnya kerana otak orang melayu lebih segar berbanding dengan Negara lain.
Lihat, bagaimana dengan umat Islam di Zaman dahulu. Alim ulama yang mengkaji
bidang ilmu, mengkaji Al-Quran dengan mudah mereka membina empire Islam yang kukuh dan tidak dapat ditembusi kerana kerja
keras mereka yang tidak tahu erti rehat. Zaman berganti zaman, manusia dan
pemimpin lupa akan asas kejayaan sehingga Baghdad jatuh…” Dan Bla… bla...
Sudah Papa membuka tentang kisah sejarah Islam,
jawabnya menadah telinga sahajalah sampai ke petang. Aku hanya menompang dagu
bagi mendengar kisah yang penuh air mata. Bagaimana Baghdad yang dibina cantik
musnah. Manuskrip ilmu yang tersusun cantik dirampas dan berbagai lagi
penderitaan. Sadis!
Belum sempat Papa menghabiskan cerita dan
taskirahnya, telefon bimbit Papa berdering. Terkocoh-kocoh Papa berlari ke
bilik menukar pakaian dan keluar dengan siap berpakaian pejabat. Aku melihat
jam didinding. Sudah hampir pukul 3 petang. Kesian Papa. Pasti penat
menguruskan syarikat seorang diri. Bila fikirkan balik ada benar juga kata
Papa, Orang melayu banyak berehat berada dalam ‘Zone Selesa’. Bukan tidak boleh
berehat pada waktu malam? Menggikut perbandingan Negara Malaysia dan Korea.
Malaysia terlebih dahulu merdeka dan barulah Korea. Dan sekarang, Malaysia
telah ketinggalan 50 tahun ke belakang berbanding Korea. Bukankah itu perkara
yang menyedihkan. Masyarakat Malaysia perlu sadar.
SEMOGA TERHIBUR.... HARAP KORANG DAPAT MEMBERIKAN KOMEN POSITIF
No comments:
Post a Comment
Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.