
“Hari ini kau didenda membersihkan bilik air tandas
lelaki aras 1 menengah rendah, aras 3 menengah atas. Begitu jugalah untuk tiga
hari berturut-turut. Ada faham.” Arahan Safura aku buat endah tidak endah
sahaja. Malas aku ambil perduli. Kalau buat atau tidak pun sama sahaja, nanti
didenda lagi. Hari ini sudah berapa kali aku mengeluh. Untuk keberapa kali aku
didenda tetapi satu habuk pun aku tidak buat. Semangat aku minggu ini jatuh
merundum kerana Syakir sudah seminggu tidak hadir ke sekolah. Aku datang lewat
ke sekolah pun kerana dikerah oleh Mama untuk hadir. Redah sahajalah.
“Aku bukan apa. Kalau bukan kerana Aunty Rose. Sudah
lama aku hantar nama kau pada guru disiplin. Well, kiranya aku ini baik jugalahkan. Kau patut berterima kasih
pada aku. Bukannya memoncong macam itik serati yang tidak berinsyuren.” Nasihat
tidak berkualiti daripada Safura. Dasar singa betina sengal, sengal jugalah…
“Sengal! Kau boleh tak, tak ganggu aku?! Seminggu
Syakir tidak hadir kau ada ambil tahu? Tiadakan. Kata awek dia. Mana buktinya? Syakir tiada langsung tidak risau dan amil
tahu.”Serangku. buat kali pertama.
Safura mengeluh.
“I know.
Habis kau nak suruh aku buat apa? Menangis meleleh air mata darah? Merintih
berdoa agar Syakir hadir ke sekolah? Huh! Bukan Safura namanya. Lagipun aku
bukannya menjadi bininya lagi. Tidak perlu bersusah bagai. Kalau benar aku suka
dan cintanya, aku perlu yakin dengan Syakir. Maybe dia jaga mak dia kat rumah baru lepas pantang.” Bidas Safura.
Langsung tidak berperasaan dari riak wajahnya. Lagi satu perangai Safura, dia
ini agak tomboys’ sikit tetapi tetap
normal. Tetapi, perangainya Ya Rabbi…
Tuhan sahaja yang tahu betapa azabnya jika sesiapa yang mendampingginya kelak.
“Dasar sengal, Pengkik, singa.”Gumamku perlahan.
Puas hati bila mengata Safura depan-depan.
“Apa kau gelar aku?!” Safura mula meradang. Dasar
telinga lintah! Ada sahaja suara kutukan akan sampai ke telinganya.
“Kejap lagi Syakir datanglah…” Aku sudah bosan untuk
bertekak. Redha sahajalah.
“Baguslah tu. Ingat! Sebelum balik bersihkan tandas.
Kalau aku dapat tahu kau mengelak. Nahas!”
Safura memberikan amaran. Apa pula yang dia akan lakukan? Lantaklah.
Putusku.
Terus dia berlalu keluar dari kelasku. Kedengaran
suara pelajar lain mula bernafas lega tetapi masih takut-takut untuk bersuara
jika tubuh singa betina sengal masih kelihatan di dalam kelas ini. Dari muka
pintu, wajah yang aku nantikan. Sangat tenang tetapi wajah itu kelihatan tidak
bermaya. Mereka saling berselisih menyebabkan Safura terpegun dengan wajah
tanpan itu. Syakir langsung tidak mempedulikan pandangan Safura hanya berjalan
melintasinya dan menarik kerusi duduk disebelahku. Tempat duduk rasminya di
dalam kelas 5 Saksama. Sebuah kelas sains yang mempunyai ramai peminat.
Kebanyakkan pelajar lepasan PMR akan merebut-rebut kerusi di dalam kelas
Saksama apabila melangkah Tingkatan 4.
Syakir hanya mendiamkan diri. Langsung tidak
bersuara menceritakan sesuatu yang berlaku kepada dirinya, malah untuk
mengucapkan selamat pagi pun payah untuk diungkapkan. Gelak ketawa didalam
kelas mengamik pendengaranku untuk tahu apa yang diketawakan mereka. Oh Mama! Hoohoho… Singa betina sengal menyembah
lantai konkrik. Aku bantai gelak sepuas-puasnya. Menahan rasa lucu muncul
dihati. Tidak pernah aku lihat Safura diketawakan sedemikian rupa. Dia
melempakan pandangan marah yang bernyala. Aku dapat perasan seperti ada
hama-hama kepanasan menunjukan rasa marahnya.
Syakir disebelahku hanya duduk mendiamkan diri.
Langsung tidak mengeluarkan tawanya. Sedangkan satu kelas berkekeh-kekeh
menahan perut kegelian mentertawakan Safura. Hanya dari lirikan matanya terhala
ke arah Safura yang sedang berusaha untuk banggun dan berlalu pergi. Aku
melepaskan tawa lagi. Hoohoho…
Aku asyik dengan mop lantai sesekali aku mengerling ke
arah Syakir yang turut sama membantu aku membersihkan tandas aras satu menengah
rendah yang sangat kotor dan jijik. Anak siaplah yang suka kencing merata ini?
Baunya, Ya Rabbi… mengalahkan bau
tahu anjing! Berbanding dengan tandas aras tiga menengah atas lebih kelihatan
bersih dan selesa. Boleh diberi iktirah tandas hotel lima bintang lagi.
Baru aku tersadar, Syakir langsung tidak bersuara
dari pagi masuk kelas. Kenapa dengan dia agaknya? Sakitkah? Mak dia sakit
seperti yang diteka oleh Safurakah? Atau, ayahnya sakit? Soalan bertali arus
muncul di dalam kepala. Risau pula apabila Syakir hanya mendiamkan diri dan
dingin, seperti ada sesuatu yang sangat rahsia yang tidak mampu diluahkan
dengan kata-kata.
“Syakir awak okey?” Tanyaku takut-takut.
“Okey…” sepatah sahaja jawabnya. Aku melepaskan
keluhan. Debaran sudah berakhir. Tidak tahu bagaimana mahu memancing Syakir
untuk berborak. Akhirnya aku bertindak untuk mendiamkan diri sahaja.
Dalam keasyikan kami melayan perasaan, seseorang
memekik di tepi pintu tandas.
“Hey! Kenapa kau bawa Syakir mencuci najis tandas
yang busuk dan jijik ini bersama kau?!” Kedengaran singa betina sengal mula
megaung.
“Sa…Say… Saya….” Tegagap aku dibuatnya. Terkejut
masih tersisa dengan kehadiran singa di dalam tandas jijik ini. Tanpa jijik dia
melangkah masuk. Alamat! Selamatkan diri daripada kena tangkap basah di dalam
tandas yang sudah basah lagi jijik.
“Kalau macam itu. Kau ambil alih tugas aku.” Syakir mula
berdiplomasi secara halus sambil matanya menentang tepat wajah safura dengan
kebencian. Atau lebih tepat kemarahan, atau apa sahaja. Arhhhh… aku tak tahu Syakir marah atau suka atau apa sahaja. Aku
tidak mampu membaca muka sepuluh sen Syakir!
Safura menentang pandangan Syakir yang dingin dan
tajam itu. Wow! Sama tajam!
Beberapa ketika masa berdetik.
“Baiklah…” Seperti dipukau. Safura terus merentap
mop dari tangan aku. Syakir turut menghulurkan mop dan kami berdua berlalu
pergi. Mata melihat ke arah Safura yang kelihatan penuh kehampaan, kekecewaan
mungkin, menunduk menyental lantai. Dalam hati terkekeh-kekeh mengelakkan
Safura. Kesian… Hoohoho…
“Hahahaha….Khakhakha…” Terhenjut-henjut katilku
bergegar. Terkekeh-kekeh aku di atas katil apabila mengingati kisah terajis
Safura. Kerana sayang dan cinta, dia sanggup bertungkus lumus mengelap lantai
jijik tandas sekolah. Ini semua kerana penanggan Ahmad Nor Syakir.
JAM 10 pagi, aku menanti Uncle Lim yang membawa 50
buah troli untuk dijadikan penyangkut untuk bakul-bakul yang sudah lama tidak
digunakan. Hanya bergelimpangan tanpa berusik. Aku sudah pun memberikan upah
kepada pekerja-pekerja bangla untuk membersihkan kekotoran yang menjijikan pada
bakul sehingga bersih, berkilat dan menarik. Hon sebuah lori yang menganggkut
50 buah troli yang aku tempah khas untuk pasarayaku sudah sampai dihadapan.
Beberapa pekerja bangla sudah tahu tugas masing-masing membawa turun troli
tersebut satu persatu. Bentuknya kecil tetapi sangat comel. Terdapat dua gelung
besi untuk menjadi pemeggang pada bakul pada bahagian atas dan bawah. Selain
memudahkan membeli, aku mampu memanfaatkan semaksima mungkin barangan yang
tidak digunakan lagi.
Bagi kes untuk surat aduan pelanggan mengenai
komunikasi rupa-rupanya ada beberapa pasaraya yang membenarkan bangsa asing itu
menjaga kaunter menyebabkan sukar untuk pelanggan memahami komunikasi kerana
mereka belum fasih. Aku sudah pun melapurkan laporan itu kepada Papa dan
mesyuarat menguatkuasakan apa yang patut dibuat. Aku sarankan, jika mahu
mengambil pekerja eloklah mengambil orang melayu kita, setidaknya warga
Malaysia yang mampu berkomunikasi di dalam bahasa melayu dengan mantop. Papa
bersetuju dengan aku, kalau tidak kita menolong warga Negara kita siapa lagi
bukan?
Setelah selesai dengan Uncle Lim, pembayaran dan
reset sudah dibuat. Aku melangkah naik tingkat atas ke arah pejabatku. Kakiku
melangkah, terdengar pula bunyi batuk-batuk kecil dan tiba-tiba kuat dan tidak
berhenti. Sebagai orang atas di pasaraya ini, perlu jadi prihatin! Aku
menghampiri insan yang terbatuk-batuk tidak berhenti itu. Sudah semakin hampir,
bunyi batukkan itu hanya hilang menyepi. Aku tetap teruskan langkahku
menghampiri. Bertapa terkejutnya aku apabila melihat sekujur tubuh yang
terbaring tidak sedarkan diri. Hatiku mula tidak sedap.
“Haira!” Aku menerpa Haira yang sudah tidak sedarkan
diri. Aku memangku kepalanya. Pipinya aku tampar perlahan beberapa kali
berharap Haira membuka matanya. Tetapi, hampa kerana Haira terus membisu dalam
tidak sedarkan diri. Aku tiada pilihan lain selain mencempung tubuh itu dan
berlalu membawa tubuh itu ke Hospital.
Wira Turpedo aku pandu dengan laju sehingga beberapa
hon dari kereta lain membinggitkan telinga. Suka hati akulah! Aku sampai juga
di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Lebih dekat dan tidak perlu bersesak dengan
kereta dalam lampu isyarat. Aku terus memakirkan kereta tepi pagar berhampran
dengan unit kecemasan. Tubuh Haira aku cempung lagi membawa ke arah unit
kecemasan. Beberapa jururawat yang perasan keadaanku pantas membawa kerusi roda
dan memberikan isyarat supaya aku meletakkan tubuh Haira diatas kerusi roda
tersebut. Aku rela.
Jururawat itu terus mendorong kerusi roda Haira ke
dalam dewan ICU. Aku mengikutinya mereka dengan langkah yang kalut. Jururawat
menyuruh aku hanya menunggu diluar nanti dia akan panggilku berjumpa dengan
dokter setelah selesai pemeriksaan keseluruhan. Aku mengalah. Dinding berwarna
putih menadah tubuhku. Aku menyandar tubuhku yang berasa lesu. Kerusi yang agak
lenggang langsung tidak menarik perhatianku untuk duduk, yang aku tahu Haira
tidak mengalami penyakit kronik atau sebagainya yang mampu meragut jiwanya.
Mahu siksa batinku. Beberapa pegunjung yang menjadi penghuni memandang aku
dengan pandangan pelik, tetapi aku langsung tidak mempedulikan mereka.
Beberapa ketika kemudian ada beberapa doktor keluar
dari pintu dewan ICU aku mula panik. Tubuh aku automatik tertegak berdiri
seperti ditolak oleh dinding dari belakang. Tetapi, doktor-doktor itu hanya
melepasi aku sambil berbual mesra. Aku jadi sakit hati pula! Cis!
Hampir setengah jam.
“Maaf Encik…” Seorang jururawat menegur aku. Suria
terukis pada tag nama.
“Ya…”
“Doktor nak berjumpa. Encik yang bawa Puan Haira
bukan.”
“Huh?! Puan?” Aku kehairanan yang kenapa Puan? Hatiku
mula berirama.
“Ye Puan. Encik pastilah suaminyakan.” Suria cuba
meneka. Aku hanya tersenyum malu. Tidak tahu mahu berkata apa. Sudah orang
berfikir seperti itu biarkan sahajalah. Mana boleh menegah, moga menjadi doa
betul-betul kita orang menjadi suami isteri. Hoohoho…
Aku mengikut langkah Suria untuk berjumpa dengan
doktor yang merawat Haira. Bilik doktor yang bernomber lima yang bertampal
dipintu dibuka.
“Dok. Ini suaminya Puan Haira saya bawakan.” Kata
Suria. Bila doktor di dalam mempelawa masuk, Suria mengangguk menandakan aku di
suruhnya masuk ke dalam. Aku memberi salam dan dijemput duduk berhadapan
dengannya.
“Encik Suaminya?” Tanya doktor itu kehairanan. Aku
pula palik dengan pertanyaan Doktor itu. Pelik atau cemburu dengan aku yang
lebih kacak berketerampilan daripadanya. Hoohoho…
“Err… Kenapa. Ya?” Tanyaku. Lebih kepada bagaimana
keadaan Haira.
Satu senyuman ikhlas di lemparkan kepadaku. Aku
makin kehairanan. Aku tertanya-tanya. Apahalkah ini? Wajah doktor serious membelek catatan ditangan.
“Taniah!” Itu sahaja jawapannya.
“Maksudnya?” Tanyaku meminta kepastian. Doktor itu
hanya tersenyum kecil.
“Hahaha… Taniah. Encik bakal menjadi seorang ayah.”
Ujarnya sambil gelak. Apa gelak-gelak? Bila masa Haira mengandung? Opsss… Bila aku buat dia mengandung?
Baru tiga bulan, takkan hanya memegang tangan Haira, Haira boleh mengandung?
Tidak masuk akal langsung! Sampai hati Haira. Apa semua ini? Kenapa dia buat
aku macam ini? Aku tak faham!
Aku menarik nafas tenangkan hati dan jiwa yang
sedang bergolak.
“Dok… bera… berapa bulan?” Tanyaku teragak-agak.
“Dalam empat minggu.” Jawab doktor. Dalam empat
minggu?! Siapa bersama dengan Haira. Sanggup Haira menduakan cinta aku. Tak
guna! Badanku mula terasa seram sejuk.
Berdeguk kencang jantungku apabila mendengar berita yang tidak diduga. Bagaikan
mimpi ngeri yang paling aku benci.
WIRA Turpedo aku pandu dengan laju tanpa mengira
lampu isyarat sudah bertukar merah dan jeritan Haira disebelah. Lantak dialah!
Aku panas! Makin kuat hon dari kereta semangat aku makin membara, makin laju
aku pecut bagai diawan-awangan.
“Naim!” Jerit Haira disebelah. Aku pekakkan telinga.
“Awak nak mati ke?!” Jerit Haira lagi. Aku pekakkan
hati.
“Naim. Perlahankan kereta ini. Nanti kita yang susah.”
Aku buat tidak tahu sahaja. Haira makin kuat menjerit disebelah sambil
tangannya kemas memegang pepegang pintu dan kerusi. Bila membrek, wajah kami
hampir mengenai dashboard dan stereng.
Nasiblah tidak ada pendarahan yang berlaku. Satu siren polis berbunyi
dibelakang. Mataku melirik pada cermin pandang belakang. Sebuah kereta peronda
polis sedang mengejar kami. Mungkin aku bawa kereta melebihi hat kelajuan yang
dibenarkan. Mmm… memang pun.
“Anda di minta memperlahankan kenderaan anda dan
berhenti dibahu jalan.” Arah salah satu suara anggota dari kereta peronda polis
yang melintasi Wira Turpedo. Aku tidak mengendahkan arahan polis bertaraf
rendah lalu meluncur laju membelah angin.
Aku mencelah melalui ruang diantara dua kereta
sehingga kereta peronda tidak kelihatan lagi. Aku terus memecut laju dan
membuat pusingan ‘U’ dan membeluk ke pasaraya FAJ. Sekali lihat seperti di
dalam filem drift aku memandu kereta.
Keretaku membrek dengan serta merta. Dahi Haira hampir terhanduk pada dashboard depan, tetapi nasiblah dia
memakai tali pinggang.
“Naim…” Gumam Haira dalam nafas tersekat-sekat
mengatur nafas yang tidak berapa stabil.
Aku mendiam. Bila mendengar dia memanggil namaku,
hatiku menjadi panas tiba-tiba. Sakit!
“Saya…” Belum sempat Haira memuntahkan kata-kata,
aku memotong.
“Keluar.” Hanya sepatah perkataan yang mampu aku
ucapkan.
“Naim, Saya…”
“Keluar!” Ujarku tegas. Haira menjadi kelu
disebelah.
“Keluar!” Jeritanku bergemar di dalam kereta.
Terjongket bahu Haira menahan jeritanku. Rasa hati tidak mampu dilawan. Sangat
kecewa dengan apa Haira buat. Adakah salahku? Wanita yang aku fikirkan seorang
lemah lembut yang pandai menjaga maruah diri, tetapi sebenarnya semua itu
hanyalah lakonan semata-mata. Semua perempuan sama sahaja, hanya pentingkan
pangkat kedudukan, harta kekayaan baru kaum lelaki dipandang. Langsung tiada
perasaan ikhlas untuk bersahabar berkasih.
“Naim! Apa semua ini?! Apa salah saya sampai awak
tengking saya bergini. Saya… saya masih sayang awak dan…”
“Cukuplah! Keluar, aku tak mahu dengar apa-apa dari
pada perepuan murahan.” Ucapku kasar. Tanpaku sedar, aku terdengar esakkan
daripda Haira. Maaf. Hanya itu yang aku mampu ucapkan di dalam hati.
“Keluar!” Suaraku keraskan lagi agar Haira faham
gejolak jiwaku dan bingkas keluar dari kereta.
Haira langsung tidak berganjak walau satu inci. Aku
melepaskan keluhan. Aku menghampiri Haira seakan-akan mahu melekapkan sebuah
ciuman pada pipinya. Haira seperti menahan nafas dengan tindakan aku yang
seperti cuba mengambil kesempatan. Satu senyuman sinis tiba-tiba terukir. Haira
langsung tidak menegah dari tindakanku malah, seperti mengalakkan lagi. Kini
aku sedar, dia bukan wanita yang aku cari sebagai peneman. Dan sekarang
kesuciannya telah diragut oleh lelaki lain. Pintu dibahagian penumpang aku buka
dan menolaknya seluas mungkin.
“Keluar. Aku tidak bernafsu nak menyiumkau waktu
ini. Aku sudah tiada hati.” Pedih dan sakit. Pedih hatinya, pedih tambah patah
lagi hati ini. Mahu menerima kenyataan satu-satunya wanita yang aku cinta
dengan sepenuh hati berpaling arah. Sanggup meniduri lelaki lain.
Esakkan Haira sudah hilang daripada kereta setelah
dia keluar dan menutup pintu. Pedal minyak aku tekan dengan kasar, Wira Turpedo
aku pandu laju dan membelok keluar. Aku hilangkan semua rasa di dalam dada dan
menjerit sekuat hati. Seperti biasa, kenderaan lain sering mencemburui aku
apabila aku memecut kereta dengan begitu laju.
Taman Bandar menjadi tempat pilihan aku. Entah sejak
bila aku sukakan tempat ini. Tempat yang penuh dengan pasangan yang sedang
hangat bercinta, ada yang berjogging, bersiar-siar dan ada juga yang datang
bersama keluarga tersayang membawa anak-anak bermain dipadang. Tasik Taman
Bandar menjadi penarik buat semua penggunjung, tidak terkecuali aku.
Pergerakkan air sangat tenang dan sesekali gelombang kecil terbentuk menandakan
ada pergerakan didasar tasik. Langit yang mendung walaupun jam menunjukkan
waktu tengah hari, membuai perasaan. Mungkin banyak tumbuhan-tumbuhan
menggelilingi taman ini sebab itulah langit tampak mendung dan nyaman walaupun
matahari mencacak di atas kepala.
Bangku batu di tepi tasik bawah sepohon pokok kelapa
yang renek reduk mengamik aku melabuhkan punggung disitu. Aku melegakan perasan
kacau aku dengan melihat pemandangan yang menghijau. Hilangkan pereasaan marah,
benci dan segala rasa yang bercampur baur dihati. Sanggup benar Haira membuat
kerja terkutuk itu. Tahukah dia Zina adalah satu dosa besar?
Allah SWT ada melarang di dalam surah al-isra ayat
32 agar tidak menghampiri zina kerana ianya adalah perbuatan keji dan satu
jalan yang buruk. Di dalam surah al-furqan ayat 38 hingga 70 pula menjelaskan
bahawa orang yang berzina akan mendapat balasan dosanya, azabnya akan dilipat
gandakan pada hari kiamat dan akan kekal dalam azab dan lembah kehinaan.
Hukuman mereka yang berzina, lelaki dan perempuan
ialah seratus kali sebatan, tanpa belas kepada kedua-daunya yang boleh
menyebabkan terhalang daripada melaksanakan hukuman Allah SWT daripada an-nur
ayat 21. Andainya mereka yang telah berkahwin, biar apapun alasannya,
balasannya ialah direjam dengan batu sehingga mati kedua-duanya. Andainya
hukuman tersebut tidak terlaksana di dunia, dan mereka akan mati dalam keadaan
tidak bertaubat lalu tempatnya ialah di neraka.
Bertapa azabnya azab kepada mereka si pendosa. Aku
melepaskan keluhan. Air tasik yang tenang lasung tidak menenangkan jiwaku yang
seakan-akan gundah gulana ini. Bagaimana mahu aku berhadapan dengan Haira
berkeadaan begini. Aku tak sanggup berhadapan, semakin sakit hati aku
dibuatnya. Tambahanpula, wajahnya yang buat-buat simpati membuatkan aku makin
sakit.
Boys like girls daripada LMC berdering di dalam
poket seluar. Aku menjawab panggilan itu.
“Hello…” Jawabku malas.
“Assalamualaikum… saya ASP Firman. Saya ingin
memaklumkan yang kami sudah jumpa dimana keberadaan Encik Syakir.”
Hatiku menahan debar. Automatik ingatanku terhadap
Haira melenyap. Debaran menanti khabar Syakir seperti meragut tangkai hatiku.
“Ya. Ada apa terjadi pada Syakir? Tuan ada dimana?
Bagaimana dengan keadaan Syakir?” Tanyaku bertubi-tubi. Kedengran desakkan
nafas ASP Firman.
“Saya ada bekas tapak kilang simen di Semambu.”
Ujarnya perlahan.
“Okey. Saya datang.” Pantas aku mematikan talian
bingkas ke kereta. Enjin dihidupkan dan terus memecut laju.
Aku memakirkan wira turpedo betul-betul ditepi
tembok pagar yang tinggi. Kelihatan beberapa kereta pronda memakirkan kenderaan
merek ditepi-tepi kedua-dua belah tembok. Ramai yang datang untuk melihat dan
mengetahui keadaan yang sebenarnya berlaku. Apa yang terjadi?
Pagar kuning yang bercop polis diikat setiap hujung
pagar agar tiada seorang orang awam pun dapat melepasinya. Sebuah kilang yang
sudah kelihatan usang dan tidak berpenghuni. Katanya orang ramai, kilang ini
dikosongkan dua tiga tahun dahulu. Kata pemilik, mahu menaik tarafkan kilang
menjadi lebih canggih dengan segala peralatan yang baru. Tetapi, tunggu punya
tunggu sehingga tiga tahun tiada perubahan. Penduduk masing-masing
menanti-nantikan pembukaan kilang ini agar dapat peluang pekerjaan bagi
anak-anak mereka yang lepasan sekolah dan peringkat menara gading.
Keluhan mereka hanya dapat didengari sahaja tanpa
membuat apa-apa tindakan. Apa yang aku mampu buat? Dari kesibukan orang ramai,
aku seperti nampak kelibat seseorang yang aku kenali. ASP Firman sedang sibuk
bercakap dengan salah seorang anak buatnya. Selepas memberikan laporan, anak
buahnya itu kembali masuk ke dalam kilang kembali. Aku melangkah menghampiri
ASP Firman apabila kelihatan tiada lagi yang datang menghampirinya.
“Tuan.” ASP Firman menoleh ke arahku.
“Macam mana dengan Syakir.” Dia hanya mendiamkan
diri dengan pertanyaanku.
“Tuan! Jawab!” Aku mendesak. Bahunya aku goncangkan.
Tetapi, dia hanya mengeraskan badannya. Aku sudah seperti lelaki meroyan.
Masing-masing mendiamkan diri. Aku melirikan mata ke
arah ASP Firman dengan benggangnya. Langsung tiada kata-kata daripada pegawai
tinggi itu. Akhirnya aku memeluk tubuh sambil menyandar ringan dipintu peronda.
Mataku pula melirik ke arah satu bungkusan kecil ditangan seorang anggota
berpangkat konstable. Bungkusan kecil lut sinar itu bertukar tangan dengan ASP
Firman dengan berlapikkan sarung tangan getah. Bungkusan lut sinar itu
dibelek-belek oleh ASP Firman. Mata kami bertentang. Aku membalasnya tajam.
Matanya kembali kepada bungkusan lut sinar itu lalu kakinya melangkah
mendekatiku.
“Tengku.” ASP Firman mendekat.
Aku membalas dengan pandangan hairan. Apa?!
“Tengku kenal ini?” Tanyanya berkhemah. Bungkusan
lut sinar tadi dihulurkan.
Terdapat sebuah telefon bimbit jenama Samsung.
Samsung galaxy note 4?! Inikan kepunyaan Syakir. Tetapi, dimana dia? Aku sangt
mengenali note 4 ini. Note 4 yang aku hadiahkan kepada Syakir sebelum tamat
persekolahan dan hadiah ini adalah semperna hari lahirnya yang ke 17. Tiba-tiba
terdetik dihati, dia masih setia mengunakannya. Terselit perasaan terharu.
“Ya. Ini milik Syakir. Hadiah daripada saya. dan
ukiran huruf ‘N’ pada cover tersebut adalah bukti. Tulisan dengan menggunakan
maker pen dawat kekal warna merah.” Terangku. ASP Firman kembali membelek note
4 Syakir. Dia terangguk kecil.
“Kami akan periksa jika ada beberapa kesan cap jari
dan beberapa isian maklumat yang mencurigakan di dalam note ini terlebih
dahulu. Kemudian saya akan serahkan kepada Tengku.” Katanya. Aku hanya
mengangguk tanpa sepatah kata. Mana Syakir?!
Selesai penyiasatan masing-masing kembali reda.
Semuanya balik buat kerja masing-masing. Tinggal aku yang menanti berita dan
ASP Firman bersama beberapa orang anak buahnya masih setia menanti
membelek-belek beberapa bungkusan yang mereka rasa mencurigakan. Pisau Rembo,
pistol yang kotor berselit lumur, plain
cotton hand dan note 4. Plain cotton
hand?! Kegemaran Syakir.
“Ini?” Aku terkelu. Syakir terlibat dengan sendikit
atau dia menjadi mangsa. Kenapa dia tinggalkan barang kesayangannya. Tak
mungking?! Plain cotton hand yang
berlapik bungkusan lut sinar aku angkat tinggi. ASP Firman memerhatikan
tindakanku.
“Ada apa Tengku? Kenal ke dengan sarung pegelangan
tangan itu?” Tanyanya tenang. Aku terkelu. Tidak! Aku yakin bukan milik Syakir!
Hatiku memberontak menidakkannya.
“Tak. Tak mungkin! Telahan saya tidak betul!” Aku
tidak percaya. Harap telahan aku tidak benar. Aku menyambar bahu ASP Firman.
“Tolong! Tolong selamatkan kawan saya. saya tak nak
dia terapa-apa.” Aku merayu. Perasaan takut menyelubungi diriku. Bagaimana
Tuhan terlebih dahulu mengambilnya. Tidak! Jangan fikir yang bukan-bukan.
Syakir masih hidup dan aku akan jumpa dia nanti. Dia akan muncul! Aku pasti!
ASP Firman mengangguk tanda dia bersetuju untuk
menyelamatkan dan menjejak Syakir. Dan aku sangat yakin Syakir masih hidup dan
selamat walau dimana sahaja dia berada. Tuhan hanya menguji persahabatan kami.
Ya, aku yakin itu.
nice story
ReplyDelete