Aku membelet-belet wallet ditangan. Ahmad
Nor Syakir Bin Rusman, nama yang terterapa pada kad pengenalan. Jelas tergambar
wajah Syakir berlumuran dengan darah malam semalam. Apa yang sebenarnya berlaku
kepada Syakir? Hatiku bagai direntap pedih. Ya Allah, selamatkan Syakir,
lindungi dan selamatkan dia. Aku memohon pilu dari yang Maha Esa. Moga-moga
doaku didengarinya.
Kakiku masih mencecah lantai KMC
sementara menanti waktu melawat. Dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu
bertapa gejolaknya hatiku ingin mengetahui keadaan Syakir. Sihat ke, sudah
sadar ke, bila boleh keluar. Lagu boys like girls berdering di dalam poketku
menyedarkan aku dari lamunan sendiri.
“Hello Pa…” Aku
menjawab malas.
“Kamu dimana
Naim?” Tanya Papa. Marah ke?
“KMC…” Balasku. Hanya berbasa-basi.
“Bua tapa?” Tenang.
“Tunggu kaw… orang yang Naim langgar
semalam…”
“What!
Kenapa tak call Papa?”Papa menjerit
dicorong telefon bimbit. Mungkin terkejut sebab aku tidak maklumkan kepada
keluargaku awal-awal tentang keberadaanku.
“Eh… bukan-bukan, orang itu pengsan
depan kereta, dan dia tidak sedarkan diri. Jadi, saya hantar ke KMC. Dan doktor
tidak membenarkan saya balik sebab dia tidak dapat menghubungi keluarga orang
tu.” Terangku panjang lebar.
“Okey. Kalau sudah settle datang ke pejabat segera.” Ringkas sahaja Papa membalas.
Aku lega.
“Baik Papa…”
Telefon bimbit dimatikan.
Kedengaran orang ramai riuh dengan tapak
kaki berjalan masuk. Mungkin sudah sampai masa melawat. Aku beredar ke tingkat
2, dan number bilik 1028 aku buka dan melangkah masuk. Syakir masih lagi tidak
sedarkan diri. Bantuan pernafasan terpakai kemas pada mukanya. Ada beberapa
wayar untuk membaca pegerakan jantung. Aku bersandar pada dinding sambil
memerhati jalur-jalur kasar yang membaca pegerakan jantung. Bergunung-ganang,
begerigi yang bermaksud keadaan Syakir masih dalam keadaan stabil. Aku menarik
nafas lega. Bandage tertampal disana sini wajahnya, dahi berbalut anduh
meluluhkan hati aku. Satu-satu kawan aku terlantar di atas katil Hospital.
Subah berjam-jam, Syakir masih lagi
berkeadaan begitu. Tiba-tiba, tubuhnya seperti mengeletar, kepala
tergeleng-geleng, kedua-dua belah tangannya menumbuk-numbuk sambil menjerik
marah. Wajahnya berkerut-kerut seperti melepaskan suatu perasaan.
“Lepaskan Aku!”
“Aku tak salah!”
“Aku tak tahu apa-apa!”
Terjerik-jerik Syakir dan menjerit-jerit
menyatakan sesuatu yang aku kurang fahami dengan maksudnya. Aku pantas
menghampirinya. Syakir seperti bermimpi ngeri. Apa sebenarnya yang terjadi?
Langsung aku tidak faham.
“Syakir…” Gerakku dengan lembut agar
Syakir tidak terkejut.
“Syakir…”
“Syakir…”
“Huh! Ha…ha…ha…A… Aku kat mana?” Tanya
Syakir tercungap-cungap menarik nafas. Bantuan pernafasan direntap.
“Syakir, Awak okey… sekarang awak ada
kat Hospital.” Jawabku.
Wajah Syakir berpeluh-peluh seperti baru
berlari keliling padang MPK sebanyak lima kali. Tercungap-cungap dia menarik
nafas. Kesian. Apa yang jadi sebenarnya kepada Syakir? Bagaimana dia ada di kawasan
Bukit Istana?
“Kau buat apa kat sini?” Tanpa ucapan
selamat. Mata Syakir tajam memandang aku dalam desakkan nafasnya.
“Saya yang bawa awak ke sini. Malam
semalam awak langgar kereta saya semasa dalam perjalanan balik rumah. Badan
awak berlumuran dengan darah.” Terangku. Risau benar hati aku.
“Ouhh…” sepatah balas Syakir.
“Syakir, awak ada apa-apa nak kongsi
dengan saya?” Tanyaku spontan.
“Tak ada.” Dua patah sahaja balasannya.
Aku megeluh.
“Saya berjumpa awak dalam keadaan yang
parah. Baju, wajah awak berlumuran dengan darah. Itu awak cakap tiada
apa-apa?!” Aku mula berangin lain macam. Geram dengan keras hati Syakir.
“Apa yang kau nak kesah. Jangan masuk
campur hal aku!” Kedinginggan Syakir membuat bulu romaku meremang.
“Apa masuk awak Syakir. Jangan masuk
campur?! Apa semua ini? Kita dah janji jadi kawan baik sejak dibangku sekolah
lagi. Awak masih tidak percayakan saya? Syakir bangunlah. Takkan nyawa awak
jadi taruhan masih nak pendam. Cerita kat saya, mana tahu saya boleh tolong
awak cari jalan keluar.”
“Aku cakap jangan masuk campur hal aku!
Maksudnya jangan! Dan kau tak ada untuk itu!” Syakir menengkingku tiba-tiba.
Mahu luluh jantungku.
“Syakir… apa yang awak cakap ini.” Aku
bingung.
“Keluar! Keluar!”
“Syakir…”
“Keluar! Aku cakap keluar! Berambus!” Hampa
Aku keluar dengan langkah yang lemah.
Biarlah, Syakir berdendirian dahulu. Mungkin dia perlukan masa untuk bertenang.
Dia, Syakir. Bijak membuat keputusan. Tetapi, dalam hati ini terasa dengan
tengkingannya. Sabar sahajalah. Orang sakit memang suka beremosi ke? Susah juga
kalau menjaga orang sakit. Ketahanan mental dan emosi perlu kuat.
TAN SRI Tengku Adam Kamal Tengku
Mukhris. Nama yang terukir khas dimuka pintu diketuk perlahan. Dengar suara di dalam
memanggil masuk. Aku masuk lalu menjenggukkan kepala. Papa sedang menghadap komputer
sambil memegang sebuah fail hitam ditangan. Aku melangkah masuk dan menuju ke
meja pejabat Papa. Kertas di dalam fail dibelek dengan tekun. Aku sudah siap
duduk dihadapnnya pun masih tidak berganjak dari kerjanya.
“Papa” Aku mula kebosanan dan terus
menegur.
“Yes….”
“Papa suruh saya datang sini ada apa-apa
masalah atau nak naikkan pangkat saya?” sambil tersengih-sengih seperti kerang
busuk. Heeee…
“Tiada pekarang yang penting sangat.
Cuma masalah sikit nak minta pendapat anak Papa ini berkenaan dengan Pasaraya.”
Tangan tua itu masih lincah dihadapan komputer menaik beberapa kekunci dan enter.
“Pasal apa Papa.” Tidak jadi aku mahu
ambil serious. Kalau hal kecil rasanya tidak perlu aku memikirkan sangat.
Goyang kaki sahajalah.
“Kita ada dapat surat daripada
pelangan-pelangan kita tentang masalah komunikasi pekerja kita dengan mereka.
Mereka kata, pekerja-pekerja bangla kita susah menerima dan memberikan
komunikasi dengan baik. That’s why,
Papa panggil kamu datang untuk selesaikan masalah ini. Papa harap kamu boleh
tunjukkan kebolehan kamu dalam menyelesaikan masalah ini”
“Tapi Papa. Macam mana dengan pekerja
saya kat Sungai Isap. Kalau pun saya siasat masalah ini perlu memakan masa.
Pekerja akan buat sesuka hati sahaja bila orang atasan tiada. Buku akaun pun
perlu diteliti tiap-tiap hari.” Luahku. Bukan senang nak berkomunikasi dengan
orang tidak faham bahasa. Akan memakan masa juga. Sudahlah kena ulang cakap
beratus kali baru faham. itu pun belum tentu faham seratus peratus. Arah lain,
buat lain. Hampeh tak ada.
“Bukan dipasaraya Sungai Isap pun ada
pekerja yang tidak boleh berkomunikasi dengan baik seperti pekerja bangla.
Tetapi, ada juga pekerja bangla cakapnya lagi lancar daripada orang kita yang
suka rojakkan bahasa.” Bidas Papa.
Aku mengangguk faham. dalam masa yang
sama aku dapat jupa jalan penyelesaian bagi masalah kecil. Wait! Inikan masalah kecil. Kenapa perlu ambil serious. Tidak masuk akal langsung!
“Wait
Papa!” Separuh menjerit. “Inikan Cuma masalah kecil sahaja. Kenapa perlu ambil serious?! Cuma masalah komunikasi yang
rementemih sahaja.” Bantah sambil lewa aku. Papa sendiri cakap masalahnya tidak
sebesar mana.
“Orang tua pun ada cakap, tidak elok
melenggah-lenggahkan kerja. Naim, hal remeh temehlah penyebab sesebuah lelagasi
itu musnah. Kalau diselidih dengan lebih terperinci, dari kecil masalah akan
menjadi satu punca sebesar-besar masalah. Lagipun, customer is always right.”
Menarik nafas.
“Jangan pandang benda sekecil zaraf
tiada mata. Zaman sekarang macam-macam boleh terjada. Berlaku sabotaj oleh
pekerja sendiri konon mahu dapat wang lebih sanggup menerima rasuah. That’s why, Papa mahu kamu selesaikan
pekara remeh temeh ini dahulu. Kalau hal kecil ini kamu tak boleh selesaikan.
Bagaimana mahu gantikan tempat ini? Dia memerlukan seseorang yang luas
pengalaman, bijak, berstategi, berkarisma dan matang. Bukannya budak yang masih
meleleh air liur basi seperti kamu.” Templak Papa. Lelegan kerusi diusap-usap
perlahan. Dia seperti mencabar dalam diam.
“Huh…” Aku mengeluh. “Saya tak meleleh
air liur basilah Pa…”
“Jadi. Papa sudah serahkan satu
tanggungjawab kepada kamu sebelum Papa menyerahkan seluruh Syarikat ini. Ini
legasi kita. Amanah daripada orang dan punca rezeki bagi yang bekerja dibawah
kita. Kita tidak boleh menghampakan mereka. Papa perlu cari orang yang
benar-benar layak dan mempunyai nilai moral yang tinggi sebagai contoh kepada
pekerja-pekerja yang lain. Do you
understand?!” Taskirah Papa dengan tenang. Aku hanya mengangguk kebosanan.
Taskirah Papa macam-macam versi ada. Semuanya dengan teori dan hadis. Kalau
cerdik sikit, ayat Al-Quran menjadi bahan menasihati aku. Tetapi, kebanyakkan
pendapatnya sangat logik dan penuh makna. Kadang-kadang terselit rasa bangga
kerana Papa banyak kali dipanggil sebagai pakar motivasi dan penceramah tentang
peniagaan dimana Universiti mahu pun Kolej Swasta. Huh! Tapi awas yang cuba masuk jarum nak membomohkan aku jadi lelaki
kepada perempuan kehausan kasih sayang. Aku kasi
lesing baru tahu!
SEHARIAN tidak Masuk ke pejabat
menyebabkan bertimbun-timbun fail dan kertas-kertas. Duit yang berkepuk-kepuk.
Payah juga kalau uruskan seorang diri. Perlu teliti dan tiada sebarang negatif
dalam akaun Syarikat. Ini semua kerja Papa. Disebabkan aku baru mahu bekerja,
dia kerah aku menguruskan pelbagai jenis fail dan akaun Syarikat. Tidak boleh
silap langsung. Katanya, itu baru suku kerja yang perlu aku buat berbanding
dengan kerja CEO. Hailah… berat juga mahu menguruskan Pasaraya sekangkang kera
ini ya.
‘Riches
do not come by crossing your fingers and walking through the day hoping. Riches
and wealth come from well-laid plans.’ Itulah
kata-kata seorang penulis terkenal dunia. Seorang ahli peniagaan. Kata-katanya
menjadi inspirasi setiap insan dan membangkitan semangat mereka menjadi lebih
berkobar-kobar membina kehidupan yang lebih baik.
Aku bula bersemangat pula untuk bekerja.
Jika bukan Islam lebih maju dan boleh bejaya tanpa kepercaan dan peganggan yang
kukuh. Apa kurangnya umat Islam. Betul kata Papa, jika kita tidak mulakan mahu
harapkan siapa lagi? Orang melayu perlu bangkit dan sedar akan kepincangan
rakyat Malaysia.
Fail diatas meja aku belek dengan
perasaan terujak. Sehelai, dua helai… Mama.... Boring!
‘Tok!
Tok! Tok!’
“Masuk…” Jawapku lemah. Sebenarnya malas
nak melayan sesiapa sahaja termasuklah kekasih hati Haira. Tapi, sebagai orang
atasan perlu jadi prihatin dan pendengar keluhan pekerja. Pekerja boleh
memberontak dan menjatuhkan sebuah legasi, kata Papa.
Semasa aku melintasi Haira, Haira hanya
menunduk dan aku langsung tidak ucapkan selamat pagi. Pasti Haira kecewa dengan
aku. Memikirkan hal kerja dan Syakir, membuatkan aku malas nak ambil tahu hal
lain.
Haira!
“Naim…”
“Haira…” Aku terus menunduk membelek
fail yang sudah ada ditangan. Dalam hati
Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi air mata rasa mahu tumpah apabila melihat mata
bening itu. Ya, baru aku perasan, Haira mempunyai sepasang mata yang cantik,
bening menyinari. Kesucian hati terpancar melalui hati tulusnya.
“Saya nak minta maaf pasal semalam. Saya
tidak bermaksud nak sakiti awak dan…” Kata-kata Haira aku potong. Otak aku
langsung tidak mampu memberikan tumpuan untuk berborak dengan seseorang sekarang.
Tiba-tiba teringatkan Syakir di KMC. Apa khabarnya?
“Tidak perlulah. Saya rasa awak nampak
saya tengah buat apa. Maaf. Saya lancang. Saya ada banyak kerja. Nanti kita
sambung…” Bibir spontanku aku gigit ganas. Jahanam punya bibir! Pasti sekejap
lagi banjir punya. Aku langsung tidak memandang Haira. Aku takut dengan
sentuhan hati aku yang lemah dengan Haira. Saya minta maaf Haira. Haira yang
terpaku membatu keluar dengan lemah. Maaf sangat-sangat Haira. Saya tidak bermaksud
apa-apa. Arrhhh… serabut!
Fail-fail yang atas meja aku habiskan
semaknya. Fail akaun aku semak atur, catat dan kira. Pengiraan sangat rumit dan
merapu sampai kepada pengiraan calculus. Beberapa kertas daripada pembekal
menjadi rujukan dan kadang itu terpaksa jugalah aku menyelongkar fail lama yang
bertimbun dimeja kecil. Susah betul memegang amanah orang. Jika sekali orang
tidak percaya, tiada lagi untuk keduakalinya. Lumrah hidup, siapa tidak mahu
maju dan terus maju. Orang yang berpaling tadah akan hilang kepercayaan dan no compromise! Arrhh…. Serabut! Aku bakar juga semua kertas serabut ini karang!
Akhirnya aku tersandar lesu di kerusi
tidak seberapa gah. Kerusi supervisor…
aku berpusing-pusing sambil mata terpejam. Penat juga kerja pejabat rupanya.
Ingatkan aktiviti luar sahaja buatkan aku penat. Mata aku pula rasa nak layu.
Jam didinding aku terpandang, 6.30 petang. Oh Mama… dari pagi sampai ke petang
tanpa makan dan minum semata-mata untuk semak kertas yang sudah hilang seri?!
Hampa… Lapar… sedih…
“Apa Syakir buat dalam wad sekarang?”
tiba-tiba ingatanku kepada Syakir. Bagaimana terjumpa ditengah jalan dengan
berlumuran darah. Doktor pun sahkan bahawa Syakir dipukul berkali-kali dengan
suatu objek dan tumbukkan dan tendanggan. Syakir bernasib baik sebab pukulan
tidak mengenai organ penting. Hanya luaran sahaja yang cedera teruk kerana dibelasah
dengan keras dan kuat. Doktor juga sudah membut laporan polis mengenaik kes
Syakir. Dan, Syakir akan disoal siasat mengenai kejadian yang menimpa ke atas
dirinya bila dia tersedar.
Pintu ditolak. Mencari susuk tubuh tegak
yang terbaring lesu dikatil. Tetapi hampa. Hanya katil yang tidak tersusun
menjadi tatapan mata. Mungkin Syakir pergi ke bilik air melepaskan apa yang
patut. Aku duduk disopa kecil disuatu sudut. Majalah yang menjadi santapan mata
sementara menunggu aku capai dari meja kopi. Bagaimana mahu menjaga anak
selepas dilahirkan. Merona sekejap wajah aku. Kelu. Kenapa majalah pasal anak
ada dekat sini. Siapa mahu baca?
Sedah sejam aku menunggu. Batang hidung
Syakir aku tidak nampak inikan pula bayangnya. Mana Syakir? Hati aku mula
kerisauaan jika apa-apa yang menimpa Syakir. Aku keluar dan mendapatkan
jururawat menanyakan sama ada pesakit bernama Syakir sudah keluar atau belum.
Katanya, Syakir pergi ke tandas. Okey. Tapi kenapa sampai sejam? Aku minta
jururawat itu untuk mencari Syakir sekitar KMC. Hatiku bula berasa lain macam.
Aku turut mencari sekitar KMC. Lorong-lorong makmal. Kawasan stor, dan semua
tandas. Kata Jururawat lagi kemungkinan besar Syakir sudah melarikan diri.
Hampa di mana mahu cari.
Terima kasih aku ucapkan kepada mereka.
Aku melangkah hampa ke pintu masuk KMC. Hari ini, pengunjung tidak ramai sangat
berbanding hari sabtu dan ahad. Sebuah teksi berhenti tidk juah dari pintu.
Dengan tergesa-gesa seseorang yang tidak diketahui identitinya menyelinap dan
terus masuk ke dalam perut teksi. Mencurigakan.
Aku tergerak untuk membontoti teksi
tersebut. Wira turepedo aku hidupkan dan laju mengekori teksi tersebut.
Mencelah berbagai-bagai jenis kereta dalam kelajuan 180 km per jam.
Hampir-hampir aku terbabas. Tuhan masih sayangkan aku. Sebuah bus sekolah
berhenti serta mert dihadapan, teksi itu pantas mencelah dan aku menekan pedal
drek dengan kasar. Hampir muka menyebam stereng. Teksi itu sepertinya perasan
aku mengekorinya. Mungkin sedang bergelut dengan pistol dikepala. Aku terkandas
dan bila kenderaan reda aku baru gerak semula. Hampir sahaja aku terlibat dalam
kemalangan ngeri. Oh Mama…
TIDUR malamku tidak selena sebelumnya.
Seharian aku memikirkan ke mana Syakir pergi. Puas otakku berkisar jika
terlintas tempat yang sering dilawati Syakir. Tetapi hampa tiada. Mama dan Papa
tiada di rumah pagi ini. Kata mereka keluar ke rumah teman mereka untuk gotong
royong untuk acara doa selamat malam ini. Ahhh… apa sahajalah.
‘Dingdong…’
‘Dingdong…’
Suis pengera rumah beberapa kali
berbunyi membawa aku bangkit dari tidur yang lena. Maklumlah hari cuti khas,
hari buruh. Tambahan pula, aku anak bos hari-hari aku boleh cuti. Memandangkan,
Papa dan Mama berjaya menerap aku penuh dengan tanggungjawab, membuatkan aku
sudah lalu dan selesa mengikut kata-kata mereka. Tombol pintu depan kayu jadi
aku tarik. Mata aku genyeh-genyeh agar penglihatan aku terang agar mamai aku
hilang. Oh Mama…
Tiga lelaki yang boleh tahan tegap dan
sasa berdiri tegap dihadapan pintu. Gayanya seperti gangster jalanan.
Pakaiannya hanya tshirt biasa yang boleh didapati di pasar malam dan bandel.
Hoohoho… sangat tidak bercita rasa. Kutuk-kutuk juga, dia orang ini nak apa
datang rumah orang pagi-pagi buta begini?
“Maaf… Boleh kami berjumpa dengan Tengku
Naim? Kami dari IPK Kuantan. Saya ASP Firman, Investigation officer bagi kes
Ahmad Nor Syakir. Boleh kamu ambil keterangan?” Tanya ASP Firman.
“Ooo… Haa… Sila masuk.” Aku mula
serious. Hilang kantuk aku. Demi Syakir.
Aku menjemput mereka duduk di sofa. Aku
cuba berlalu untuk membuat kopi atau apa yang patut asal bukan roti telur yang
sudah siap dihidang diatas meja. Menangis tidak berlagu aku karang.
“Ehh… Tengku. Tidak perlu buat air. Kami
hanya jalankan tugas dan kami perlu segera balik ke pejabat.” ASP Firman
melarang. Aku menepuk dahi. Aku layan dia orang macam kawan aku pula. Okey, Be Professional!
Aku kembali duduk disofa bersama mereka.
“Baiklah. Apa yang Encik ASP dan
Encik-encik mahu tanya saya. Ada apa-apa info yang perlu saya kongsi?” Tanyaku
serious.
“Tetapi, sebelum itu… errrmmm…” Mata ASP
Firman melarikan pandangan kepada dua rakannya. Mungkin sebagai saksi. Akau
mereka ada kerjakan kes lain selepas ini.
Aku kehairanan. Wajah ASP Firman seperti
malu-malu kucing dan mukanya hanya menunduk. Yang lain turut sama menunduk. Apa
ke hal?!
“Errrmmm…. Kami minta tolong Tengku
pakai baju dahulu. Kurang manis jika orang lain lihat Tengku berurusan dengan
kami hanya memakai boxer.”
Aku memandang tubuhku. Oh Mama… Tolong!
Memalukan tuannya betul.
“Maaf… maaf… saya pergi pakai baju
dahulu…” Tidak boleh menahan lagi, aku dapat merasakan wajahku merona merah. Tak
guna!
Aku terus bergegas menaiki tangga terus
meluru masuk ke dalam bilik. Mana-mana baju aku sarung sahaja ke badan.
Hoohoho… kalau Mama tahu harus dia membebel. Wajah ASP Firman aku pandang dan
kami mula serious. ASP terlebih dahulu menanyakan soalan sementara seorang
pencatat dan seorang lagi memegang kamera bagi menjadikan bahan untuk laporan
setiap kes.
“Syakir adalah kawan baik saya semenjak
dibangku sekolah lagi. Kami satu kelas dan selalu menghabiskan masa bersama
sehingga kami tamat persekolah. Apabila kami melanjutkan pelajaran di
Universiti, kami membawa haluan masing-masing. Dan malam itu adalah malam
pertama saya terjuma dia dalam keadaan yang lemah dan tubuhnya basah dengan
darah. Wajahnya juga banyak darah mengalir menitis.” Ceritaku.
“Tengku ada syak sesiapa yang terlibat?”
ASP Firman seperti mengesyak aku pula.
Aku terdian berfikir sebentar.
“Seperti saya cakap. Kami sudah lama
terputus hubungan selepas menjejakkan kaki ke menara gading.” Aku menerangkan
lagi sekali.
“Jika macam ini, sukar untuk kami
menyelesaikan kes ini. Lagi pun, Encik Syakir langsung kami tidak dapat
berjumpa. Tengku tahu kepada dia pergi.”
“Kali terakhir saya jumpa sehari selepas
dia dalam wad. Dia baru tersedar daripada koma dan bila saya menegur dan
bertanya kepadanya, dia marah-marah dan mengamuk. Cakapnya pun dingin semacam.
Bila saya mendesak dia cakap jangan masuk campur urusan aku. Pergi berambus.”
Aku mengajuk apa yang Syakir cakap. Aku cerita lengkap apa yang jadi da nisi
perbualan aku dengan Syakir.
ASP Firman melepaskan keluhan.
“Kenapa Tuan Firman tidak pergi
mengambil keterangan sebelum Syakir melarikan diri dari KMC?” Tanyaku cuba
menduga kecekapan polis.
“Kita perlu mengikut procedure yang ditetapkan. Masa kami
datang, doktor tidak membenarkan kami masuk sebab pesakit masih belum stabil
dan kami juga tidak mampu berbuat apa. Lagi pun, dengan emosi Syakir, ianya
langsung tidak dapat membantu kami. Lain pula jadinya nanti.” Balas ASP Firman.
Aku mengangguk. Benar juga katanya. Masa itu, emosi Syakir masih belum stabil
dan aku sendiri sebagai kawan baiknya pun kena halau keluar. Sadis sekali!
Aku mengeluh hampa. Syakir kemana awak
pergi? Saya risaukan awak? Harap awak selamat walau dimana sahaja awak berada.
“Baiklah. Lebih baik kami beransur
dahulu. Maaf jika menganggu masa Tengku masa-masa cuti begini. Jika ada apa-apa
perkembangan kami akan contact Tengku. Dan, Tengku pun bergitu juga.” Secara
berhemah dan formal sekali. ASP Firman dan anggotanya menunduk hormat. Aku juga
turut tertunduk ala mat-mat Jepun. Alahai… Salam berjabat dan mereka
bertiga berlalu ke pintu. Aku mengiringi mereka. Semoga Syakir dapat dijumpai.
No comments:
Post a Comment
Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.