RNR Tapah menjadi
persinggahan kami setelah Syakir penat memandu dari Kuantan ke Perak. Mahu
tidak penat. Tambahan pula, dia pecut bagai kilat yang menyambar bumi. Aku jadi
penumpang setia ini juga penat sebab kecut perut dengan kelajuan yang Ya Rabbi…
Rupanya, ada sebalik
kesah dengan kedingginan Syakir yang agak pelik. Kesian benar dia. Wajahnya
yang agak tidak bermaya kebelakangan ini ada kena mengena dengan Ayahnya.
“Sudah beberapa minggu
aku dapat kad ini…” Sekeping poskad di letakkan dihadapan aku.
Aku baca isi kandungan yang
tertera alamat rumah dan stem dari Tapah.
“Kehadapan anakku…”
Membaca isi yang ditulis untuk Syakir. Kelihatan muka Syakir seperti tidak
kesah jika aku membacanya.
“Maaf
atas segala-galanya. Terima kasih sebab bebaskan Ayah. Ayah dapat tahu, ketua
kumpulan Black Moria sudah tiada. Mungkin sudah ditangkap atau mati. Ayah dapat
tahu, kamu telah melangsaikan hutang Ayah dan memasukkan mereka ke penjara.
Ayah sekarang ini, cuba untuk membina hidup baru. Semoga semuanya baik-baik.
Salam…”
Aku menghembus nafas.
Lega. Lega kerana suspek yang dikehendaki sudah ditangkap. Tetapi apa yang
merisaukan Syakir.
“Alhamdulillah…” Ujarku sepatah. “Awak patut gembira
bukan bersedih dan dingin. Happylah…
awak patut rasa Syakir…” tetapi, Syakir hanya mendiamkan diri.
“Bagaimana Aku nak happy?! Aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa
dan aku nak buat pertaruhan dengan Mak aku. Aku nak tahu kenapa mereka berpisah
sebegini rupa! Kenapa Mak aku bertindak tidak mahu menjaga aku malah serahkan
kepada Ayah. Ayah pula tertekan dan tinggalkan aku sendirian. Mak bapak jenis
apa?! Mereka langsung tidak bertanggungjawab. Selama ini aku mencari jawapan.
Salah akukah? Dia orang benci aku sebab aku menyusah pembawa sial ke?!”
Aku lihat emosi Syakir
membuatkan aku turut beremosi. Setitis air mata menitis. Aku pegun. Untuk
pertama kali air mata seorang lelaki bernama Syakir menitis. Sakitkah hati itu
sekarang ini? Hanya doa sahaja yang aku mampu pohonkan agar hati kecil
sahabatku kini kembali tenang tidak gentar berhadapan segala kemungkinan yang
akan berlaku.
“Syakir… sabarlah. Dia
orang buat semua ini pasti ada sebab yang tertentu. Awak janganlah buat
kesimpulan terburu-buru. Jom… bersemuka dengan dia orang dan tanya. Pasti
mereka ada sebab tersendiri.” Aku memberikan semangat agar Syakir yakin dengan
tindakannya untuk berjumpa dengan keluarga kandung sendiri.
“Kau…” Syakir mengumam
perlahan. Bulu matanya masih basah dengan sisa air mata yang tinggal.
Menjadikan aku terharu dengan hidup Syakir dan dalam diam aku bangga dengan
semangat juangnya untuk mencari keluarganya sendiri. Jika aku berada ditempany,
pasti tidak sanggup. Pasti sudah jatuh disandung batu.
“Thanks sebab jadi kawan aku. Entah siapa-siapa, hanya lelaki yang
tidak bermaruah. Hidup atas harta kau sahaja.” Syakir menahan sendu.
“Hahaha… Syakir. Awak
buat lawaklah. Jom kita gerak. Ayah awak sudah menunggu tu. Pasti kau orang
saling merindui. Jom!” Putusku. Tidak mahu babak sedih untuk Syakir
berpanjangan. Macam lawak pula melihat wajah itu bersedih buat kali pertamanya.
Aku melangkah kembali
ke Wira Turpedoku besama Syakir. Aku pula mengambil tempat sebagai pemandu
pula. Biarlah Syakir berehat dahulu. Tanpa sedar setitis air mata mengalir dan
dengan tangkas aku mengesatnya agar tidak terlihat oleh Syakir.
HOTEL Kawan menjadi
tempat penginapan kami. Aku ikutkan sahaja kata syakir mahu menetap selama seminggu.
Mungkin. Pada hari Ahad baru kami berangkat pulang. Kesian pula aku lihat
Syakir yang tampak bersedih sepanjang jalan mencari pennginaan ang sesuai.
Rumah rehat Tapah yang menjadi pilihan pertama kami sudah penuh ditempah.
Apalah sangat Tapah ini sampai penuh bilik sudah ditempah oleh orang. Bandar sekangkang
kera tetapi padat kemain lagi. Dua buah bilik hatel kawan berkatil bujang hanya
bersebelahan sahaja diantara satu sama lain.
Aku membaringkan
tubuhku di atas katil melegakan urat saraf yang tersimpul. Tidak semena-mena,
aku terbayang satu wajah yang sudah lama aku lupakan. Mungkin inilah sengsara
yang aku akan hadapi. Pedih, perit dan seksa rasanya tidak pernah aku rasa
selama hidup ini.
“Haira… Saya rindu
awak…” Akhirnya, terluah juga kata-kata ini.
“Untuk terus menutup
mata dengan keadaan awak saya rasa janggal dengan keadaan awak Haira. Maaf…”
Itu sahaja yang mampu aku ucapkan untuk Haira. Walau Haira tidak ada dihadapan
mata. Aku harap kata-kata ini sampai ke dalam hatinya. Bila difikirkan kembali,
siapakah anak dalam kandungan Haira. Aku langsung tidak dapat menjawab. Biarlah
masa yang menentukan. Suatu hari nanti pasti aku dapat tahu siapa budak itu.
“Yaahhhh….” Akhirnya
aku mengeliat keletihan. Dalam kepenatan aku tertudur sambil bermimpikan wajah
Haira yang menjadi pujaan hati dari dahulu sehingga sekarang. Harap dia sihat
selalu. Itulah doaku sepanjang hari. Harapan semoga dia sentiasa dalam keadaan
sejahtera.
RUMAH kedai yang
setinggi tiga tingkat kami perhatikan. Tampak sangat usang tetapi masih mampu
menampung penghuninya. Kedai runcit yang bersebelahan dengan tangga sedang
rancak menerima penggunjung walaupun pada waktu pagi. Sudah pukul 9, tetapi
kedai-kedai sudah mula beroperasi tidak seperti Kuantan, pukul 10 dan 11 baru
mula beroperasi. Lain tempat, lain cara hidup.
Kakiku melangkah
mendaki tangga ke pejabat rela bersama Syakir. Puas kami bertanya akan alamat
rumah kedai tersebut. Tetapi, semua menunjukkan arah yang sama. Tidak sangka
Syakir masih menyimpan lagi surah ayahnya suatu ketika dahulu sebelum Syakir
bebas dengan hutang.
“Syakir… Awak yakin ke
ini rumahnya? Pelik semacam je?” Tanyaku dengan perasaan was-was.
“Tak… tapi, dimana lagi
dia nak pergi? Kami bukan datang dari keluarga yang kaya raya macam kau.”
Aku mengikut sahaja
langkahnya.
Sampai hadapan pintu
masuk pejabat rela. Syakir bertindak terlebih dahulu mengetuk pintu pejabat
itu. Ada juga pejabat dalam bangunan ini. Pejabat kaki tangan kerajaan pula tu.
Miskin benar bandar Tapah ini. Lihat sahaja bangunan kedainya sudah boleh
tafsir bagaimana penduduknya.
“Ye Encik. Ada apa
boleh saya bantu?” Tanya seorang pak cik yang dalam lingkungan 40’an. Uniform
yang membaluti badan sudah bermaksudkan bahawa dia salah seorang anggota rela.
“Kami nak jumpa orang
di alamat ini.” Ucap Syakir sambil mengajukan sekepung kertas kecil yang sudah
lusuh dimamah usia. Aku hanya mendiamkan diri.
“ouh… bawa mari. Biar
pak cik tengok. Hemmm….” Dia memerhatikan kertas kecil itu dengan penuh
terliti. “Rasanya, sudah betul ini alamatnya. Tingkat atas ini memang ada
beberapa penghuni yang bekerja menjadi tukang sapu di UiTM Tapah. Boleh pak cik
tahu apa hubungan kamu berdua dengan penghuni?”
“Aa…. Kami anaknya…”
Ujarku. Jawapan selamat apabila Syakir bertindak mendiamkan diri.
“Ouh… Tapi sekarang.
Mereka tiada. Sudah keluar awal pagi. Pergi kerja. Tengok, pintu gril pun sudah
berkunci. Datang lain kali sahajalah…” Sambil tangannya menyentuh gril dan cuba
untuk membukanya.
“Kalau macam itu. Pukul
berapa mereka balik?” Tanya Syakir.
“Entahlah… Pak Cik tak
pasti. Kalau malam. Pasti ada. Sabtu dan ahad selalunya pekerja akan cuti.”
Terang pak cik itu.
“Kami datang lain
kali.” Putus Syakir pantas. Tangan dihulur tanda berjabat tangan dan kertas
kecil di masukkan semua ke dalam poket kecil seluarnya. Aku turut bersalaman
dengan Pak Cik itu. Orang berbudi kita berbahasa. Lagi pula, dia orang tua.
Perlulah hormat bukan?
Kami singgah di kedai
makan Tapah yang terletak dilaluan menghala tol tapah. Pelbagai jenis lauk pauk
yang ada. Antaranya, ikat keli masak merah, rebung masak lemak, masak lemak
cili padi dan beberapa ulam-ulaman. Tetapi, diantara banyak lauk. Satu pun
tidak membuka seleraku. Tetapi, aku hanya mengambil dua senduk nasi bersama
ikan keli masak merah dan sayur kangkung. Syakir pula, berlaukan ayam masak
lemak cili padi. Kami makan alar kadar sahaja. Selesai makan, aku menyedut air
yang terhidang. Sirap limah dan Syakir, laici lemon. Sungguh menyelerakan.
Dalam keasyikan
menyedut menuman, aku seperti tertarik ke suatu arah. Seorang budak mungkin
dalam lingkungan setahun lebih, tergedek-gedek ditarik oleh ibunya yang jalan
menghala kearah kedai makan ini. Wajahnya yang bermekap tebal aku tatap, tetapi
tidak aku kenali. Pakaiannya biasa-biasa, tidak seksi dan tidak juga bertutup
penuh. Rambutnya hanya disanggul sekali.
“Maa… Waa…”
Kedengaran tangisan si
kecil itu. Hati aku mula tertarik dengan wanita ini. Sirap limau aku sedut
lagi. Aku memandang ke arah Syakir yang sibuk membelik telefon bimbitnya. Laici
lemon telah habis dilanyak. Kini pandanganku tertarik semula kepada wanita
bersama anak kecilnya tadi. Wajah itu seperti kerisauan, gelisah gelagaknya.
Aku terpandang pada tangannya ada beberapa keping duit satu ringgit untuk
dihulurkan kepada mak cik kedai makan yang kira-kira separuh umur itu. Tetapi,
mak cik itu menggeleng dengan muka tidak puas hati membuatkan wajah itu tampak
sedih. Terdetik aku untuk membantu. Tetapi siapalah aku. Nanti, dianggap
mengambil kesempatan pula.
Dengan perasaan duka,
wanita itu melangkah pergi bersama anaknya. Anaknya menangis-nangis, meraung
kelaparan. Mungkin. Aku terasa tidak sampai hati pula melihat adengan itu.
“Jom blah!” Putus
Syakir setelah melegakan isi perut. Dia terus bangun dan berlalu ke kereta. Aku
tidak membantah, hanya menurut. Dalam masa sekarang fikiran Syakir agak
terganggu dengan perasaan sendiri.
Aku yang masih lagi
memikirkan wanita dan anak kecil tadi, pantas banggun dan melangkah ke arah mak
cik itu tadi.
“Mak Cik. Perempuan
tadi kenapa ye?” Tanyaku dengan berkhemah.
“Ouh… tadi… dia nak
beli nasi goreng ni dengan telur goreng. Harga tiga ringgit. Tapi, dia cuma ada
dua ringgit. Dia minta kurangkan harga sedikit. Apa dia ingat ini pusat
kebajikan ke? Jadi mak cik halaulah dia pergi. Hidup menyusahkan orang. Kalau
mati nanti. Tak tahulah” Terang pekerja itu dengan beberapa patah ayat yang
tidak sedap didengar.
“Hemm…berapa harga.
Biar saya bayarkan?” Aku tidak mahu bercakap banyak. Mak cik itu kelihatan
terperanjat dengan tindakanku. Mahu tidak mahu, dia bungkuskan juga dengan
plastik dan jual beli dibuat. Profit kedai tu. Kalau ditolak pasti rugi!
Bungkusan ada di
tangan. Lima ringgit aku hulurkan.
“Kalau kita bersedekah
rugi ek?” Tanyaku kepada mak cik itu. Mahu tidak memerah wajah tua itu.
Sebersalah dengan kata-kataku.
“Tak apalah… adik
ambillah… saya ikhlas…” Ujar mak cik itu mula bertukar fikiran.
“Kalau mak cik ikhlas,
tak payah tunggu. Terus bagi. Tak apalah… saya pun ikhlas nak bagi mak cik baki
tu. Ambil sahajalah…” Luahku dan terus berlalu pergi meninggalkan mak cik si
tangkai jering itu terkulat-kulat seorang diri.
Aku melangkah menyangi
wanita tadi. Kesian pula aku melihat wajahnya dan anak kecil tadi. Seperti daif
sekali kehidupan mereka.
“Maaf… Cik… cik…”
Panggilku dari belakang. Langkah kaki itu berhenti dan perlahan-lahan menoleh
belakang.
Dia diam menunduk.
“Bungkusan awak… mak
cik itu sedekah…” Ujarku.
Dia masih lagi diam
menunduk.
“Ambillah. Mesti anak
awak tengah lapar sekarang ini.” Melihat anak kecil yang baru sahaja belajar
berjalan. Kasihku tumpah. Sepertinya, anak kecil ini ada tarikan yang
tersendiri.
“Maa.... af… Saya tak
boleh ambil…” Ujar Wanita itu perlahan.
Aku menjadi pelik.
Kenapa?
“Kenapa?” Tanyaku
hairan
“Saya masih ada khudrat
untut membeli makan. Kalau terpaksa gadai nyawa, saya masih berdaya untuk
bekerja. Anak saya tanggungjawab saya.” Tegasnya membuat hatiku berasa kagum
dengan keperibadiannya.
“Jadi, Bagaimana
tanggungjawab suami awak?” Tanyaku lagi. Rasanya itu adalah pertanyaan
perangkap baginya walaupun aku tidak berniat langsung untuk menyindir. Lihat
wajah itu makin keruh aku jadi gelabah. “Ambillah… saya ikhlas… kalau awak nak
bertegas sekali pun. Fikir kesihatan anak awak.”
“Waaa…. Maaaaaa….”
Jeritan tangisan si kecil mengamit pandangan. Aku menghulurkan bungkusan makanan
tetapi langsung tidak disambut. Akhinya, aku menarik tangannya untuk mengambil
bungkusan makanan dari tanganku. Anak kecil itu aku dukung dan bermain
acah-acah dengannya. Tidak semena-mena anak kecil terkekeh ketawa riang.
Jari jemari yang halus
mulus itu menyentuh pipiku, mencubit dan tarik. Menampar-nampar lembut pipiki.
Dan terkekeh ketawa sekali lagi. Aku turut tersenyum dengan terlatah itu.
Kelihatan wanita berhadapan denganku hanya memerhati tidakan anak kecilnya yang
riang di dalam kendongganku.
“Paaa… Paaaaaaa…”
Tergamam aku mendengar
panggilan anak kecil itu. ‘Papa’? Wanita dihadapanku turut tersentap sepertiku.
“Daniel…” Panggil
Mamanya. Terus sahaja tangan si kecil itu mendepa tanda mahu didukung oleh
ibunya pula. Anak kecil itu bertukar tangan. Dari pelukkanku beralih pula dalam
pelukkan ibunya pula. Tadi anak itu menangis-nangis kini gelak ketawa.
Belum sempat aku ucap
apa-apa kepada wanita itu. Dia terus menunduk tanda hormat persisi orang Jepun
dan terus menonong pergi sambil menjinjit bungkusan makanan yang aku serahkan
tadi. Tidak semena-mena aku tersenyum kecil. Pembiranku turut dibawa. Terasa
hati kini lapang. Terus aku melangkah kembali ke Wira Turpedo yang Syakir
sedang menungguku di dalam kereta. Kesian pula melihat Syakir yang
berseorangan. Harap dia tidak marah sebab aku pergi sebentar.
Lega hatiku apabila
melihat Syakir masih sedia menunggu didalam kereta. Aku fikir, Syakir terus
memecut kereta lalu meninggalkan aku berseorangan.
“Awak tunggu?” Tanyaku
sesampai sahaja dihadapan kereta.
“Habis takkan aku nak
jalan kaki. Kunci pada kau. Kalau tidak aku dah pecut tinggalkan kau yang lebab
macam siput ni.” Amboi mulut!
“Hahaha… Okey.”
Pintu dibahagian
pemandu aku bukan dan duduk dengan selesa. Secara berkhemah, pedel minyak aku
tekan dan membawa kami kembali ke penginapan kami.
JENDELA bilik menjadi
tatapan sejak habis solat Isyak tadi. Langsung tidak mampu memandang ke arah
lain kerana itu sahajalah yang mampu dipandang oleh matanya kerana
pepamandangan yang berbeza berbanding biliknya yang berdinding kosong.
Keluhan demi keluhan
dilepaskan menunjukkan bertapa bosannya dia. Mahu keluar, Syakir terlebih
dahulu melangkah pergi. Mahu ditemani katanya biarlah dia bersendirian
menyelasaikan masalahnya. Mungkin, Syakir pergi ke rumah kedai itu lagi untuk
berjumpa dengan ayah kandungnya. Biarlah anak beranak itu meluahkan perasaan
terpendam tanpa kehadiran orang luar.
Keluhan kebosanan sudah
beberapa kali terluah dibibirku. Mahu tidak mahu, aku menapak keluar dari bilik
untuk mengambil udara diluar. Jalan bertar aku pijak. Hampa… lain hidangan yang
dimahukan dihadapan mata. Lain pula terbentang. Hanya pandangan kosong, sebuah
rumah using dan barisan beberapa kedai yang sebaris Hotel Kawan. Biasalah,
kalau hotel bajet, memang begini pemandangannya. Nasiblah murah.
Seven eleven, kedai dua
puluh empat jam menjadi sasaran ku. Aku menapak masuk terus perutku berasa
lapar. Ter pandang meja dan kerusi yang menjadi tempat santai untuk pelangan.
Aku mencapai secawan maggi ayam dan terus ke kaunter untuk membayar. Meja tadi
tempat untuk makan malam. Sekembangnya maggi, aku mengunyah dengan lazat. Waaa…
sedapnya!
“Maaa… air… tu…”
“Marboro satu dek?”
“Maa…”
“Jangan macam ini
Daniel. Nanti Papa marah.”
Lembut suara wanita itu
seperti dia pernah dengar. Tetapi dimana ye? Berlegar-legar suara itu di dalam
mindaku. Suapan maggi diteruskan sambil teligaku pasang peka.
“Daniel?” Bibirku
mengumam perlahan. “Macam pernah dengar.” Ligat kepalaku memikirkan dimana aku pernah
dengar suara yang gemersik kalbu itu. Sengguh merdu sekali.
“Maaa… Waaa…”
“Jangan macam ini
Daniel. Mama tak ada duit ni. Papa tunggu ni. Nanti kita kena marah.”
Kedengaran suara wanita
itu menasihati anaknya. Apa punya ibulah. Anak nak air dibuarkan. Rela membeli
rokok. Ceh! Apa salahnya anak kecil itu mahu minum. Berikan sahajalah. Bebelku
di dalam hati. Kata mama, jangan masuk campur hal rumah tangga orang. Perlu
hormat! Hormat apa kejadah kalau sampai menyakitkan. Pening aku dengan
orang-orang sekarang ni. Akhirnya aku slup mee maggi dengan lahap sekali. Anak
kecil yang meregek aku pekakkan sahaja.
“Hey! Kan aku suruh
cepat kenapa lembak sangat?! Macam kayu balak aku tunggu kau dalam kereta. Anak
dan bapak sama lembak!” Templak seorang lelaki bertshirt hitam yang agak ketat
melekat padah tubuh itu. Terlakar otot-otot perut yang sasa.
Eyukkk… Aku
mengambarkan badan lelaki. Astagfirullahaladzim… ucapku di dalam hati. Cuba
menghilangkan perasaan teruja melihat tubuh lelaki yang tiba-tiba muncul terus
menyembur. Aku lelaki tulen! Sematku di dalam ingatan.
“A… abang… Maaf lambat.
Daniel nak air. Saya pinjam duit abang sekejap ye.” Pinta Si Isteri dengan
berkhemah.
“Kau ingat aku Along?
Bank? Pinjam-pinjam. Bila kau nak bayar. Aku cakap kau degil. Menyusahkan aku
sahaja. Cepat masuk! Atau aku tinggalkan kau kat sini!” Templak lelaki itu
lagi. Apa jenis suami ni?
Aku yang mendengar
kata-kata lelaki itu mula naik baran. Kesian lihat Si Isteri itu hanya menunduk
malu, sedih dengan sikap Si Suami. Aku lihat Si Isteri melangkah membuntuti Si
Suami dari belakang sambil mengendong Si anak yang menangis kerana tidak dapat
apa yang di harapkan. Aku tumpang sumpati untuk anak itu. Anak sebesar itu
apalah yang dia fahaminya. Aku terpandang wajah penjaga kaunter seperti
terkejut apabila terlayar drama sebabak secara langsung. Mukanya aku liht
seperti ketakutan habis. Kesiannya.
Wow, terhibur jugak baca..Karya sendiri ke ni..?
ReplyDeleteya ... :D
DeleteTQ baca...
Blognya bagus... kereen... cool...
ReplyDelete