
DUA
Tahun…
“Mama! Lapar…” Melihat
Mama sedang berperang di dapur, perutku mula menyanyikan lagu kroncong Kuantan,
Pahang.
Roti telur yang
dihidangkan oleh Mama sudah habis aku lanyak. Licin pinggan. Papa pula ada
mesyuarat dengan pembekal-pembekal di luar daerah, Jadi, aku terpaksalah
bersengkang mata meneliti setiap fail-fail yang perlu untuk ditandatangani.
Mungkin sebentar lagi diaakan pulang memandangkan sudah tiga hari dia mesyuarat
itu dijalankan. Semoga bawa balik berita gembira.
“Kejaplah… dah nak siap
ni… kamu tak nak keluar mana-mana ke? Macam anak dara dah Mama tengok. Duduk
terperap dalam rumah. Mana girlfriend
kamu? Cakap ada yang sudah sangkut. Seorang pun tak datang jumpa Mama. Nak juga
merasa menimang cucu… hemmm…” keluhan Mama aku tadah dengan penuh kesabaran.
Telinga aku tebalkan tidak mahu kasi tembus. Bahaya! Akhirnya, aku buat endah
tidak endah sahaja dengan kata-kata Mama.
LMC memekak. Aku
pandang Skrin telefon, kelihatan nama Syakir tertera pada skrin telefon bimbit.
Senyuman mula berputik dibibir.
“Hellooo Best friend…” Jawabku melerek.
“Woi! Jom lepak! Boring… lagi pun ada benda nak minta
tolong kau.” Ujar Syakir dicorong telefon.
“Huh?! Tolong apa?”
Tanyaku kehairanan.
“Nanti aku cerita.
Cepatlah!”
Aku berfikir-fikir
seketika.
“Okey. Waktu makan
tengah hari. Kat Malay Town.” Putusku. Lalu panggilan dimatikan selepas Syakir
menjawab okey.
Setelah kejadian di
rumah usang tersebut, Syakir sudah pun kembali seperti sediakala. Ramsul sudah
ditangkap dan didakwa kerana memiliki senjata api tanpa berlesen dan membawa masuk
pendatang tanpa izin. Tambahan pula, Ramsul juga menerima dan memberi rasuah
kepada beberapa kaki tangan kerajaan untuk memalsukan dokumen perjalanan pendatang
tanpa izin ini. ASP Firman juga turut berjanji akan selalu berhubung dengan
kami jika terdapat beberapa informasi tentang ketua kumpulan Black Sugiwira.
Hemmm… entah apa-apalah namanya.
Aku kembali merenung
meja makan yang kosong masih belum terisi dengan makanan.
“Tadaa… Makanan sudah
siap. Sup Belut kegemaran kamu.” Ujar Mama. Air liurku sudah kecur tidak tahan
dengan aroma sup yang lazat menyelerakan. Mama menatang sedulang bersama
semangkuk sup belut kegemaranku ke meja makan,
“Sebelum makan cuci
tangan dan baca doa… tinggalkan kat Fura sikit. Sekejap lagi dia datang
rumah….” Pesan Mama. Singa bertina sengal nak datang?! Mama ni!
“Buat apa dia datang?
Asyik-asyik datang rumah. Macam sudah tiada rumah…” aku sudah mula bertudung
memoncong.
“Biarlah…. Dia baik.
Tak macam kamu. Mak saudara sendiri pun tidak kenal…” perli Mama.
“Baiklah sangat.
Belakang Mama macam singa jadian. Pantang nampak manusia asyik nak terkam
sampai mati.”
“Yelah… Sudah! Makan
cepat. Kejap lagi teman mama pergi shopping
dengan Fura.”
“Huh?!” Aku buntu.
Tidak boleh jadi ini. Aku sudah Janji dengan Syakir. Ish Mama ini, orang baru
sahaja mahu mencekik dia sudah buat aku tidak berselera.
“No alasan…”
“Tetapi…. Orang….”
“No…no…no…no…” sambil mengoyangkan jari terlunjuk
kanannya.
“Mama ini tak adil!”
Gumamku kesar.
Senduk sup belut aku
ceduk dengan lemah sekali. Langsung tidak bermaya untuk makan. Walau apa pun,
aku akan cuba menyelinap keluar. Lagi pun singa betina sengal ada, bolehlah dia
bawa Mama. Boleh jadi bodyguard.
Karate dia mengalahkan aku tu…
Selesai makan aku terus
naik menunggu waktu. Beberapa ketika, aku terdengar suara riuh rendah dibawah,
macam ada tetamu. Tetapi, siapa? Aku berlalu mengendap siapa yang bertandang ke
rumah. Kelihatan Safura berada bersebelahan dengan seseorang orang yang tua sebaya
dengan Mama. Siapa ya? Nenek aku ke? Mak dia? Weirdo… Aku memasang niat. Pantas kunci Wira Turpedo aku ambil.
Sudah 6 tahun kereta proton tempatan itu aku guna. Banyak jasanya. Mahu beli
kereta import aku tersangatlah mampu, tetapi kerasa sayang aku pakai sahaja
sampai mana dia mampu untuk berjalan.
Wira Turpedo terus ku
pecut. Malay Town menunggu dihadapan. LMC berkonsert lagi. Huh… Apa yang Mama
nak ni?
Aku menjawab panggilan
itu dengan malasnya. Butang garisan hijau pada stereng aku tekan.
“Apa kamu buat ni! Mama
sudah cakap hantar Mama pergi Shopping!
Kamu kat mana?! Patah balik!” Bagai mahu pecanh gegendang telingaku apabila
mendengar suara halilintang Mama. Mengalahkan muzik di dalam kereta yang aku
pasang sudah di tahap maksima.
“Ala… Mama… Orang ada
hal ini. Nantilah…” Aku cuba memberi alasan. Walaupun kesudahannya nanti, aku
perlu tadah sebanyak mana bebelan dari Mama. Redha sahajalah.
“Pergi mana?! Cakap
dengan Mama!” Nampaknya. Mama betul-betul marah ni.
“Mama! Ada polis
trafik. Mama. Bye… bye…” terus butang garisan merah aku tekan. Fuhhh… selamat.
Keretaku pakirkan
berhadapan dengan sebuah Restaurant Jepun yang agak kecil dan comel. Entah
apalah yang dalam fikiran Syakir memberikan persanan ringkas untuk mekan di
restaurant makanan penjajah ini. Aku sudah lapar nasi ni. Walau sudah dua tiga
jam habis dua pinggan aku belasah. Dasar tekak melayu, tidak lari kemanalah.
Nasi tetap menjadi pujaan hati.
Aku lihat Syakir sudah
bersedia dengan setalam Shushi di atas meja. Comel sahaja mejanya. Kecil tetapi
tampak tersangatlah kemas. Memang sesuailah dengan nama Restaurant Jepun.
Kakkoiii… apa entah namanya Restaurant ini. Berbelit lidah aku dibuatnya.
Sebiji shushi aku suapkan ke dalam mulut. Entah apa yang rasa, Nasi gebu dan
telur bersama rumpai. Itulah yang aku rasa bila benda alah itu sampai ke anak
tekak. Nak cakap sedap, tak lah sesedap mana, boleh sahaja sampai ke anak
tekak.
Syakir turut menyuap
sebiji shushi ke mulutnya pula. Sesi makan langsung tiada sebarang suara.
Orange yakult aku sedut untuk membasahkan tekak yang kering. Aku menunggu
sehingga Syakir mengeluarkan kata-katanya. Apa yang perlu diucapkan. Mals
menunggu, aku terus bertanya.
“Syakir… awak nak buat
apa sekarang?” Tanyaku.
Sudah hampir setahun
setengah dia menjadi menganggur terhormat. Bukan Syakir tidak pernah bekerja.
Tidak sampai setahun, dia sudah dipecat. Katanya, bos besar tidak puas hati
dengan khimatnya. Tambahan pula, bosnya itu bermasalah identiti diri. Hemm…
bila difikirkan balik, memang patut Syakir buat hal dan dipecat. Syakir lelaki
tulen okey!
“Entah…” Hanya sepatah
dia menjawab.
Aku mengeluh. Entah
sampai bilalah dia nak cari kerja dan aku tanggung makan dan tempat tinggal
dia. Elaun aku berikan sebanyak 2,500 sebulan. Harap mencukupi. Semua
perjumpaan dengan pembekal aku minta Syakir yang uruskan. Pasti semuanya
bersetuju dengan cadangan Syarikat. Setakat ini, semuanya berjlan dengn lancar.
Yang mendapat nama, Aku. Tetapi terima kasih kepada Syakir. Mungkin dia
perlukan masa untuk berehat untuk memikirkan tentang masalahnya.
“Lepas ini kita pergi
MBS nak?” Tanyaku. Tiba-tiba, terdetik dihati untuk membaca novel. Almaklumlah,
kebanyakkan perjalanan hidup kita ini sudah dibukukan. Macam dalam cerita
novel. Hemm… mungkin dari situ ada jawapan tentang masalah Syakir. Ada juga
logiknya. Semuanya mungkin terjadi.
“Ikut suka hati…” Macam
dingin sahaja bunyinya. Tetapi, itulah Syakir.
East Cost Mall menjadi
pilihan. Memandangkan berdekatan dengan restaurant Jepun tadi. Eloklah terus
menuju ke Mall tersebut. Tak payah tercari-cari parking kereta yang kosang. MBS
menjadi pilihan yang terletak di tingkat dua Mall tersebut. Pelbagai jenis
novel tersusun di atas rak. Yang mana satu yang patut aku pilih ya? Yang ini?
Atau yang ini? Waaa… siapa boleh tolong? Aku tak pernah baca novel.
“Naim…”
“Hemmm….”
“Aku nak ke Perak. Tapi
aku nak pinjam duit dengan kau.”
“Huh?!” separuh terkejut
aku dibuatnya. Kenapa dengan Syakir? Dia nak buat apa ke sana. Aku sangat kenal
dengan Syakir. Dia mana ada sanak saudara di sana. Hanya sebatang kara.
“Aku mesti pergi.”
Tegas Syakir. Dia dapat membaca yang aku cuba membantah.
“Tapi… untuk apa?” Tanyaku
kehairanan. Apa yang tidak kena sebenarnya?
Syakir menarik nafas
dan hembus. Belakannya di sandarkan ke rak. Hujung tapak kasut dikuis-kuis.
Hemm… style baru Syakir.
“Susah nak cerita.”
Luah Syakir. “Tapi, aku tak paksa kau bagi pinjam. Kalau kau bagi, aku janji
untuk ganti. Walau terpaksa aku jadi hamba keluarga kau.” Ujar Syakir. Sanggup
dia?!
“Syakir jangan. Saya
langsung tidak kesah pasal duit. Janji awak cerita kat saya apa masalah awak.
Kitakan best friend! Ceritalah. Mana tahu saya boleh bantu awak. Apa guna kita
jadi best friend kalau tidak dapat bantu diantara satu sama lain.” Aku cuba
memancing Syakir agar bercerita.
Syakir diam.
Akhirnya aku mengambil
sebuah novel yang bertajuk Aku Akan Menjagamu hasil nukilan Faj Asiah. Harap menariklah ceritanya. Kaki melangkah ke
kaunter untuk membayar buku tersebut. Syakir masih lagi terkaku disitu. Dalam
kepala, ligatku memikir apa yang berlaku kepada Syakir. Buat apa Syakir mahu ke
Perak? Kalau ke berak faham jugalah aku. Akhirnya kami mendiamkan diri. Syakir
benar-benar kelihatan dingin pada hari ini. Tetapi… dia memang selalu macam
itukan?
Sehingga ke petang kami
menghabiskan masa bersama. Penat tidak usah dikatakan. Memang penat, tetapi
kami puas bergelak ketawa menonton wayang yang bertajuk Teenage Mutant Ninja
Turtles. Bila ingat kembali, mahu pecah perut di panggung. Mana tidaknya,
penyu-penyu hodoh itu buat lawak bodoh. Tetap, yang mengecewakan aku, Syakir
langsung tidak gelak. Gelak beriman mungkin.
KAKIKU rapatkan,
tanganku susun di atas peha. Bila dipantulkan ke cermin, pastinya seperti duduk
di atas perlamin. Dihadapan Mama dan Papa perlu bersopan. Senang nanti kalau
buat silap atau kesalahan di luar rumah, Mama dan Papa tidak akan mempercayai.
Yang mereka tahu, anaknya yang seorang ini baik, bersopan santun tetapi tak
lembut. Aku anak lelaki yang tulen okey!
Telinga turut faham
situasa di atas perlamin. Hanya menadah tanpa memberi. Mama sedang
meronda-ronda dihapanku sambil membebel entah apa-apa. Semuanya masuk telinga
kanan keluar telinga kiri. Papa hanya buat bodoh sahaja membiarkan anak
lelakinya kena mara. Kata Papa, adatlah. Bini kamu nanti membebel lagi parak.
Jadi, sekarang kira latihan mengebalkan telingalah.
“Kamu tahu tak. Kamu
lihat muka Mommy Safura tadi. Kecewa dengan kamu tahu tak? Mama sudah cakap.
Yang mana lebih penting? Kawan atau saudara. Kemana kamu pergi, hubungan
kekeluargaan perlu diutamakan. Kalau kamu tidak sukakan Fura sekali pun.
Hormatnya sebagai sepupu. Tambahan pula, dia seorang perempuan yang perlu diberi
penghormatan…”
Ahhh… apa yang Mama
merepek ini!? Serabut!
“Rose… sudah-sudahlah
tu. Kesian budaknya.” Ujar Papa.
Papa baru sahaja sampai
sudahlah penatnya belum kebah. Mama membebel tidak pasal-pasal. Kesian Papa.
Sudahnya esok pasti tidak ke pejabat. Aku juga yang kena buat. Kesian Aku.
“Huh…. Bukan apa. Sejak
dari kecil dia tahu duduk bermain seorang diri hingga ke besar. Sanak saudara
kita langsung dia tidak ambil tahu. Bukan apa, kalau dia kahwin nanti, ramai
yang tidak datang bertandang sebab tidak kenal pengantinnya.” Luah Mama.
Selamat… nyaris aku
fikir Mama ada rancangan yang pelik-pelik dengan Safura, Si singa betina sengal
itu. Seram tambah takut aku sahaja. Oh Mama… mulia benar hati itu.
“Kamu dengar tak Naim!”
Pekik Mama. Hilang terus lamunan aku.
Papa yang ralit dengan
akhbarnya hanya mengeling. Matanya sahaja memerhati setiap perkataan, tetapi
telinga mendengar setiap patah perkataan Mama.
“Kamu tahu tak,
sekarang ini banyak yang tidak mementingkan kekeluargaan. Sudahnya, bila mereka
kahwin, baru tahu yang mereka akan berkahwin dengan darah daging sendiri. Dan…”
Blah…blah… masuk telinga kanan keluar
telinga kiri dan sebaliknya.
“Mama… Orangkan anak
tunggal.” Aku menyedarkan Mama.
“Jangan
menjawab! Dengar!” Bidas Mama
“Huh…”
Hanya keluhan yang mampu
aku luahkan. Selainnya menadah selagi yang boleh. Sehingga jam hampir menjejak
ke tengah malam, barulah reda sedikit. Dapatlah melegakan urat-urat yang
tersimpul akibat duduk tegak seperti pengantin di atas pelamin.
LANTAI FAJ Holding Sdn
Bhd, aku jejak. Lantai yang berkilat dengan sinaran lampu-lampu kristal di
syiling menampaknya bangunan ini kelihatan gagah perkasa. Tangga yang dihiasi
mozek yang berkilau keemasan. Pagar tangga yang terukir cantik dan di saluti
dengan warna cat keemasan juga. Tanggaku daki lalu membawaku ke araf lift yang
dikhaskan untuk ketua-ketua setiap bahagian sahaja. Bangku kecil, comel dan
dibaluti sarung yang berbulu menjadi hiasan sekeliling dinding lift. Aku
melabuhkan punggung diatasnya. Rasa enak, rasanya bagus juga kalau tertidur
dalam lift ni.
Nomber bangunan tingkat
sepuluh FAJ Holding Sdn. Bhd. tertera pada skrin lift menandakan sudah sampai
ke pejabatku. Seperti kebiasaan, kucing Diva sudah menggedik.
“Selamat pagi bos
kecik…” Menganjing atau apa ni?
“Pagi…” Jawabku lemah.
“You sudah breakfast?”
Tanyanya.
“Belum…”
“Tengku… Jom Breakfast
sama. Sudah lama I teringin nak breakfast sama dengan you. Jual mahallah you
ni…” Ujarnya sambil gelak dihujungnya.
Uikkss… Nak muntah aku
dibuatnya.
“Cik Risa. Saya ada
temu janji pukul berapa?” Tanyaku.
“Ala… you ni. You tahu
kerja-kerja. Tak teringin ke pergi breakfast dengan I…”
Uikkss… lagi sekali aku
rasa nak muntak. Risa memang tidak makan saman langsung. Nasiblah dia PA Papa.
Kalau aku, sudah lama aku tendang keluar. Nasib badanlah, sebab belum jumpa PA
yang sesuai untuk aku. Tadah sahajalah.
“Apa yang teringin
sangat dengan awak. Bukan boleh makan pun. Baik saya makan goreng pisang
sebelah pasar. Lagi syok! Sedap pula tu.” Balasku tanpa perasaan.
Risa mula memoncong
tanda protes. Nasib kaulah!
“Pukul berapa temu
janji dengaan pembekal.” Ulangku sudah dua kali.
“Time
Lunch!” Dua patah
sahaja terkeluar. Nampak sangat merajuk. Bajek aku nak pujuk! Boleh jalanlah!
“Okey…”
Lalu aku berlalu ke
bilikku dan menghempas punggung di kerusi tetapku. Perkara pertama yang wajib
aku buat ialah, mengeliat.
LMC berkaroke.
Siapalah yang kacau
pagi-pagi buta ni. Aku memandang skrin telefon bimbitku. Syakir!
“Pinjam kereta kau!”
Pinta Syakir dihujung talian.
“Huh?!” Aku kehairanan.
Terkejut dengan suara Syakir yang tiba-tiba tanpa salam terus sergah.
“Pinjam kereta kau. Kau
gunalah kereta bapak kau dahulu.” Selamba badak dia sahaja.
“Okey. Aku ada kat
pejabat.”
“Aku on the way.”
Terus talian dimatikan.
“Apa kes dengan Syakir
ni?” Pelik dengan tindakan Syakir. Kenapa dengan dia? Bermain persoalan tentang
Syakir dikepala.
Telefon bimbit terus
masukkan ke dalam pokek seluar dan terus berlalu keluar. Meja Risa aku lalu
tanpa sepatah kata.
“Bos kecik!” Laung Risa
dari belakang. “Nak pergi breakfast ke? Nak ikut!”
Aku langsung tidak
membalas. Nak ikut-ikutlah. Siapa kesah?!
Lift aku naiki dan
button huruf ‘G’ aku tekan. Terasa Lift berjalan menuruni pejabatku. Lantai
keemasan aku jejak dan melangkah laju menuju ke kereta. Sesampai sahaja
berdekatan Wira Turpedo, batang hidung Syakir masih tidak kelihatan. Apa yang
patut aku buat? Menunggu sahajalah jawabnya.
Lima belas minit baru
muncul Syakir yang tampak tergesa-gesa. Dia datang menghampiri aku. Nafasnya
yang sesak akibat tergesa-gesa kemari.
“Sorry tunggu… hu…ha… hu…ha… Aku nak pinjam kereta kau.” Pintanya
buat kali kedua.
“Awak nak ke mana?”
Tanyaku berwajah keairanan. Mataku terhala wajah Syakir yang jelas kepenatan.
“Perak.” Sepatah dia
menjawab.
“Kenapa?” Sepatah juga
aku bertanya.
“Waaahhh… Kawan Tengku ini handsome
sangatlah. Kenapa awak tak pekenalkan kepada saya… kalau macam inilah handsomenya, saya sanggup makan tepi
pasar tau.” Ujar Risa yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Ingatkan sedang
mengorat jantan lain kat pejabat. Dasar!
“Gedik! Balik pejabat
sekarang!” Marahku. Mahu tidak marah. Masa kerja dah nak mula. Pandai betul
merayap.
“Naim… Aku serious ni.
Aku perlu bertolak sekarang!” Ujar Syakir seperti terdesak.
Aku pening. Apa
sebenarnya terjadi. Kenapa dengan Syakir?! Hello… ada sesiapa nak jawab?
“Naim! Mana kunci
kereta kau?!” Syakir semakin terdesak, lalu merampas kunci kereta dari
gengamanku. Aku gelabah seketika sehingga Syakir masuk ke dalam kereta pada
bahagian pemandu. Aku tidak berlengah terus masuk bahagian penumpang mana boleh
jadi ni.
“Tengku! Awak nak ke
mana? Kejap lagi Papa You datang apa yang I nak jawab?” Tanya Risa separuh
menjerit.
Tergiang-giang suara
Risa menjerit sambil berlari mengejar Wira Turpedo yang menonong pergi.
Kepalaku keluarkan dan menjerit.
“Risa! Cari Alasan!”
Jawabku sambil membalas jeritannya. Kelihatan jelas wajah Risa kembali masam
mencuka. Mental ke apa budak ni.
Syakir tanpa bicara
terus memecut Wira Turpedo. Tajam matanya menumpu sepenuh perhatian pada
pemanduannya. Kereta yang agak banyak membuatkan aku jadi kecut perut kerana
Syakir cuba mencelah beberapa kereta. Boleh sahaja kemalangan ketika ini, jika
Syakir tidak cekap memandu. Simpang malaikat 44. Harap semuanya selamat. Amin…
-MAAF-
maaf jika cerita ini agak perlahan n banyak kekurangan. sebab saya budak baru belajar. semoga semua terhibur.. ^_^
No comments:
Post a Comment
Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.