
Aku melangkah masuk ke
dalam banglo, kelihatan Mama dan Papa sibuk menjerit memekik terlolong.
“Gol!”
Itulah sorakkan pemain
ke dua belas pasukan harimau malaya. Harimau malaya patut berbangga dan bermain
bersungguh-sungguh kerana Mama dan Papa aku langsung tidak menghiraukan
kepulangan anak tunggal tercinta ini semata-mata menonton pelawanan diantara
pasukan Harimau Malaya dengan Thailand. Buat masa ini Malaysia mendahului 2-1 dalam
perlawanan suku akhir tersebut. Aku harap Thailand menang puas hati aku.
Tengok itu, Mama dan
Papa langsung tidak mempedulikan aku. Tidak tanya dari mana, buat apa seperti
kebiasaannya. Jealous dengan Harimau
Malaya. Aku terus melangkah ke bilikku dan berguling seenaknya.
Wajah Syakir menjelma
diminda. Dimanakah kawan baik ku, Ya Allah. Adzan berkumandang menandakan waktu
solat Maghrib berkumandang. Tap! Aku
tersedar, aku langsung tidak menunaikan satu solat pun pada hari ini. Apa yang
mahu jadi padaku, ya? Lalu, aku bingkas banggun dan berlalu ke bilik air untuk
menunaikan suruhan Tuhan.
HARI berganti hari,
hari yang aku lalui sama sahaja. Tiada walau seinci yang berubah. Bila aku
masuk pejabat yang semeyeh aku, aku langsung tidak menghiraukan pekerja-pekerjaku
termasuk Haira melainkan mengenai kerja. Haira ada juga mahu memulakan buah
bicara, tetapi aku langsung tidak menggendahkan. Malah, aku terus berlalu
dihadapannya tanpa tanya khabar atau pun ucapan selamat. Aku terpandang wajah
keruhnya, tetapi makin aku pandang makin terasa sakitnya hati ini ditipu.
Melihat mata beningnya aku makin tidak keruan, mahu berdarah hati ini dicucuk
sembilu.
Seminggu lagi khidmat
aku di pasaraya FAJ Sungai Isap 2 sebelum aku berpindah menyandang jawatan
General Menager di Syarikat FAJ holding.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang dan masa untuk berangkat pulang.
Aku menyusun kertas yang sudah hilang kesucian dan fail yang berterabur diatas
meja kecil yang sudah uzur menanti roboh.
Aku melangkah ke pintu
kelihatan wajah Hira yang agak sembab sedang menyusun beberapa bungkus kertas
A4 mengikut jenis. Dia melirikkan matanya ke arahku. Tergamam sebentar melihat
wajah kemerah-merahan dan ada setompok lebam di bahagian dahi. Hatiku mula
terdetik kerisauan. Mahu sahaja aku melangkah menghampiri Haira dan memeluk
tubuh itu erat. Kerana ego, aku terkaku dan memandangnya dengan penuh tiada
perasaan. Mungkin sengaja dia solekkan wajah sampai lebam supaya hatiku menjadi
cair apabila melihat wajahnya. Dasar!
Tanpa menoleh lagi. Langkahku
teruskan sehingga kaki menjejak lantai Wira Turpedo. Aku melepaskan lelah.
Wajah Haira yang mendung melihat langkahku membuatkan aku berasa serba salah
terhadapanya. Tetapi, aku tidak boleh tipu diri dengan berlakon seperti lelaki
suci yang kalis dengan segala yang terjadi. Sanggup menerima Haira bagaikan pak
sanggup menutup aibnya yang telah tercemar.
Enjin kereta
dihidupkan. Untuk kali keduanya aku mengeluh agar jiwaku tenang untuk mula
memandu. Baru sahaja aku mahu masukkan gear undur, pintu bahagian penumpang
terbuka dengan sendiri. Oh Mama! Siang-siang ada hantu! Aku mengucap dan
memohon kepada Tuhan supaya hantu itu cabut lari. Aku fuhhh kiri, aku fuhhh
kanan dan…
“Kau apa hal?!
Terpercit air liur kat muka aku!” Suara. Suara yang sangat aku kenali dan
rindu. Suara yang sering menghiburkan aku dengan dinginnya. Ya Allah! Rindunya
aku!
“Syakir!” Aku menjerit
keriangan. Senyuman melebar hingga ke telinga. Aku merangkul tubuh sasa Syakir
dengan hati gembira. “Rindu awak!”
“Hoi! Gila! Aku lelaki
dan aku bukan gay!”
“Takkan lelaki dengan
lelaki tak boleh peluk kot.” Aku melepaskan rakumanku. “pelukkan adalah salah
satu jenis perbuatan untuk mengalirkan kasih sayang sesama manusia. Bukan
bermaksud gay atau lesbian sekali pun. Takkan awak tak
pernah peluk ayah…”
“Stop membebel!” tengking Syakir.
Apahal ini, masuk-masuk
sahaja di dalam perut Wira Turpedo terus berangin. Kenapa ya? Adakah…
“Syakir. Awak okey.
Mereka kejar awak ke? Dia orang nak bunuh awak ke? Tell me!” Aku mendesak. Lengan Syakir menjadi mangsa.
“Kau boleh tak jangan
pegang-pegang aku! Jijiklah!” Syakir memarahi aku. Apa yang mahu dijijikkan
denganku. Aku bukannya buat tak senonoh pun. Pelik?
“Apa yang awak…”
‘Pap!’
“merepek… ni….dan” Aku
dapat merasakan pukulan kuat pada bahagian medulla
oblongata. Seluruh alam menjadi gelap.
Kedengaran suara-suara
berbisik dipendengaran. Syakir seperti marah-marah. Ya Allah selamatkanlah
Syakir.
SUARA ngilaian ketawa
yang kuat mencecah pendenggaranku. Aku tiba-tiba tersedar daripada tidur yang lena.
Siapakah yang ketawa menyeramkan itu. Macam langsui. Mama… Naim kena culik
dengan bunian. Mama…
“Apa kau nak buat
dengan kawan aku Hah?!” Kedengaran suara Syakir. Mahu sahaja aku mencelik untuk
melihat wajah sahabatku. Tetapi, kelopak mataku tetap juga memberat tidak mahu
celik melihat wajah sahabat itu. Ya Allah, kenapa dengan aku?
“Hahaha…” Ngilaian
ketawa tadi. Siapakah itu? Kenapa ketawa dia macam langsui atau sama waktu
dengannya. Dimana aku sekarang?
“Kau fikir apa yang aku
nak buat?” Tanya suara itu membalas petanyaan Syakir dengan pertanyaan.
“Mana aku tahu. Yang
aku tahu aku nak ayah aku selamat… Mana dia syaitan?” Suara Syakir keras.
Kenapa dengan Ayah Syakir?
“Hahaha… ayah kau ya…
nanti aku akan buat satu perjumpaan diantara anak dan ayah. Arrhhh… So sweet…” Suaranya sengaja
disenggaukan. Ada suara-suara yang gelak ketawa silih berganti. Siapa mereka?
Kenapa ramai sangat orang kat sini? Aku dimana? Syakir kenal mereka kah?
“Dan!” Suasana kembali
sepi. Memberi ruang suara tadi nmenyambung kata-katanya “Kita akan mengadakan peasta…” Umumnya.
“Hahaha…”
“Fuiiikkk…
wiiikkk….”
Suara ramai tadi
kembali gelak dan bersiur gembira. Apa yang mahu digelakkan sangat? Aku jadi
pening. Kelopak mataku cuba digerakkan tetapi, tetap juga melekat tertutup
rapat. Aku sudah matikah?
“Aku tak kesah kalau
kau orang mahu buat pesta apa sekali pun. Janji dengan aku lepaskan kawan aku
dan mana ayah aku!” Suara Syakir makin mengeras. Dengan siapakan dia berlawan
cakap. Syakir kena ugut? Dia mangsa? Siapa mereka? Soalan bertali arus menerjah
minda menanti jawapan yang belum tentu dapat.
“Hahaha…. Aku akan
lepaskan. Aku mana pernah mungkir janji seperti kau! Hahaha… aku akan lepaskan…
hahaha….” Suara ramai kembali menyambut ketawa itu sambil bersiur seperti
tertandinggan lawan mati.
“Aku akan lepaskan
mereka selepas bau bangkai menjelma… hahahaha….” Makin galak ketawa dan siurlan
silih berganti daripada mereka-mereka berhati syaitan.
“Kau!” terdengar
tengkingan Syakir. Aku dapat merasakan kemarahannya yang memuncak. Mereka mahu
membunuh aku ke? Oh Mama… Tuhan tolong aku… aku merintih dalam hati.
Gelap.
KEPANASAN seperti api
yang marak menyala sehingga memakan bumbung rumah usang ini. Badanku langsung
tidak dapat bergerak walau seinci. Kelihatan beberapa orang yang aku tidak
kenali cuba untuk memadamkan api yang marak ini dengan beberapa buah baldi yang
kecil. Walau apa jua pun usaha mereka untuk memadamkan api, api semakin marak
menyala. Seluruh permukaan kulitku berasa pedih dibakar, disiat dan tikam. Ya
Allah seksanya…
Rupanya apa yang
diucapkannya memang betul-betul dibuatnya. Kenapa mereka kejam. Apakah salah
aku terhadap mereka? Bagaimana dengan Syakir? Syakir?! Badanku semakin panas
dan membisa terpercik api yang marak memakan kayu yang sudah dimasuki
anai-anai. Perlahan-lahan ada suatu cahaya putih daripada kesamaran api yang
kemerahan-merahan menyala. Siapa itu? Sakit anak mataku menahan pedih cahaya
yang semakin cerah. Ada suatu bentuk tubuh seseorang yang semakin lama semakin
menghampiriku.
“Naim!” keras suara
itu. Siapa?
“Naim!” aku cuba
membuka lebih luas kelopak mataku. Siapa?
“Naim! Bangun!” Aku
tersedar. Serta merta pandangan aku kepada api yang marak, silauan cahaya putih
yang terlampau, lenyam dalam serta merta.
Gelap!
“Naim! Banggun! Kau
kena keluar dari tempat ini kalau nak selamat.” Ujar suara itu. Suara siapa?
“Naim! Bangun! Buka
mata!” Suara tu kedengaran keras tetapi tetap berlembut. Siapa?
“Naim!”
Aku gagahkan juga
membuka mataku yang memberat seperti syaitan yang beratnya satu juta kilogram
bergayut pada bulu mataku. Aku seperti berlawan dengan diri sendiri,
perlahan-lahan aku berjaya membuka kelopak mataku. Sekeliling tampak suram
tanpa cahaya. Wajah Syakir berhadapan denganku tetapi aku langsung tidak dapat
melihat mukanya dengan jelas.
“Syakir… kita kat mana?”
Tanyaku. Tekak yang perit mebuatku sukar untuk berkata-kata.
“Kita dipengkalan
mereka.” Ujar Syakir perlahan. Huh?!
Mereka! Siapa mereka?
“Huh?! Siapa?” Tanyaku kehairanan.
“Mereka… bagaimana ye?
Sendikit penjualan dadah dan pinjaman mudah… atau along sebagai part time mereka… Huh…” Syakir seperti keberatan untuk menceritakan. Syakir mengeluh
kelesuan. Tempat bersebelahanku diambil untuk melepaskan lelah. Ikatan pada
tanganku dibuka.
“Ayah aku meminjam sejumlah
50,000 ringgit untuk memulakan perniagaan. Sampai suatu tahap ayah aku mencapai
kejayaan, rakan kongsinya belot. Kerana tamak, dia telah merampas segala yang
kami ada. Hutang ayah aku makin hari makin bertampak sehingga mencecah 100,000
ringgit. Ayah aku buntu dan tinggalkan aku berseorangan tanpa arah. Ayah aku
lari entah ke mana. Mereka berjanji akan cari ayah aku kalau aku sudah dapat
duit itu. Akhirnya, aku dah dapat dan Cuma tunggu masa ayah aku muncul dan mula
hidup baru.” Cerita Syakir. Terajis sekali. Bagaimana dengan pembelajaran
Syakir? Macam mana dia kumpul 100,000 tanpa sebarang perniagaan yang maju?
Pelik?!
“Syakir… Mak awak macam
mana?” Tanyaku tidak tahu menyabar.
Syakir mendiamkan diri.
Kegelapan menyukarkan aku melihat wajahnya.
“Dia dah mampus. Mak
yang tidak bertanggungjawab…” Balas Syakir dengan dingin.
Terajis!
Aku hanya mampu
mendiamkan diri. Tidak tahu mahu membalas apa. Aku bukan kawan yang baik ke?
“Jom. Kau mesti keluar
dari tempat ini. Kau tiada apa-apa urusan untuk berada disini bersama aku. kau
mesti pergi!” Aku hanya mengeras melihat Syakir berusaha merungkaikan ikatan
pada pergelangan kakiku. Kenapa dia tak mahu aku turut serta dengan masalahnya?
Kami kami kawan baik bukan?
“Kenapa…” Pergerakan
tangan Syakir terhenti. “… awak tak mahu saya tolong awak. Kitakan sahabat.
Kawan baik… kita masih kawan bukan?” Tanyaku. Persoalan dari hati ke hati.
Kedengaran keluhan
kasar dari Syakir.
“Kau tiada hak nak
masuk campur dalam hal keluarga aku!” Tegas dan pedas. Syakir menyentak tali yang
terikat pada buku lali aku kasar. Perhhh…
pedih! Kejam! Terasa kakiku longgar dan penafasan kembali lapang.
“Kita boleh lari
sama-sama Syakir. Kita laporkan kepada Polis tentang hal ini. Kita boleh cari
ayah awak melalui penyiasat persendirian yang akan saya upah. Kita akan
selamat.” Ideal spotan daripaduku. Wow!
“Tidak semudah itu.
Mereka sendikit yang terkenal. Black Sugiwira diantara sendikit yang terkenal
di jepun. Dan sekarang, mereka berada di Malaysia melalui sumbangan seseorang
yang sangat berpengaruh dalam perniagaan. Dialah yang membuat hidup aku huru
hara. Dan aku bersumpah akan jatuhkan mereka semua dalam lantai konkrik di
penjara.”
“What! Orang melayu kita tikam belakang!” Terkejut. Rupanya mereka
ini bukan orang Malaysia. Datang tempat orang mahu bermaharajalelah. Bajek!
Siapa mereka! Bedebah tak guna! Yang paling tidak dapat dimaafkan, mereka ‘Si
Bedebah’ telah menghuru harakan hidup sahabat aku. Bangsat!
“Kerana harta, pangkat,
kuasa… manusia boleh buta untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata.
Sanggup memperjudikan diri sendiri hanya kerana apa yang mereka impikan. Dan,
biarkan nasib yang menentukan sama ada mereka jatuh ke tanah atau terbang bebas
diangkasa.” Lauh Syakir dengan penuh kata-kata berfalsafah. Wow! Berfalsafah ke berpunjangga? Arhhh… abaikan!
“Wow! Dasyat!”
‘Krik…krik…’
“Tetapi… walau apa pun
yang berlaku. Saya tetap tak mahu tinggalkan awak seorang diri. Kitakan best
friend. Saya tetap akan bersama dengan awak walau ke mana sahaja. Susah senang
bersama. Kalau awak tidak mahu keluar dari tempat ini. Saya pun tak akan.” Aku
bertegas.
“Keadaannya berbeza.
Kau tak kenal mereka siapa. Jangan ambil keputusan ikut suka hati kau sahaja!”
Syakir naik berang.
“Siapa yang ajar.” Gumamku
perlahan sambil bibir memoncong tanda protes. Sambil buat comel.
“Apa sahaja!”
Syakir bingkas berdiri
membuka pintu yang agak usang lagi menjijikan. Dindingnya bagai mahu kopak
akibat anai-anai yang bermaharajalela di sana sini dinding. Aku harap kami akna
selamat sehingga berjaya keluar. Bagaimanalah rumah usang ini jadi markas
mereka? Aku tidak mampu bayangkan. Seram pun ada bila memikirkan logikkah rumah
seburuk ini masih berdiri kukuh.
Syakir menunjukan tanda
bulatan pada jari telunjuk dan ibu jari tanda ‘O’, tiga lagi jari hantu, manis
dan kelinking tanda ‘K’. ‘Ok!’. Mataku mula bercahaya. Syakir bersetuju dengan
cadanganku. Alhamdulillah…
Kami berjaya menyelinap
keluar dari rumah usang. Tiadalah seseram mana apabila lampu menerangi ruang
tamu. Tambahanpula semua pengikut Si Bedebah semuanya bergelimpangan tidak
sedarkan dengan beberapa irama lagu asli dari bibir masing-masing, berdengkur.
Sumbang gila!
Dalam aku menarik nafas
kelegaan, aku tiba-tiba terasa pelipisku tersentuh dengan sesuatu yang licin
dan sejuk. Aku cuba melegakan hati.
“Syakir… Awak kat mana.
Janganlah main sorok-sorok…” Aku berdebar. Aku tertoleh kiri dan kanan tetapi
langsung tidak nampak kelibat Syakir.
‘trapp…’
Aku sudah menelan air
liur.
“Syakir… awak tahukan
saya penakut… he… heee…”
Senyap.
“Naim! Arrhhh….” Aku terdengar jeritan daripada
Syakir dari arah belakang. Aku berpaling untuk melihat keadaannya.
“Syakir!”
“Kau nak ke mana huh!”
Tanya Si Bedebah itu. Badannya agak tegap. Tetapi, tidak dapat dinafikan lagi
bahawa aku lagi tegak daripada mereka disini. Hoohoho…
“Naim! Lari!” Jerik
Syakir yang sudah pun tersengkur di belasah dengan sebatang kayu baseball pada seorang lagi Si Bedebah.
Jahanam!
“A…a…a… Nak lari ke
mana huh? Kalau satu langkah kau berganjak. Bangkailah kau jadi.” Ujarnya.
Tetapi, amarannya langsung aku tidak gentar. Senyuman sinis aku balas. Tidak!
Aku tidak akan tinggalkan Syakir bersendirian. Selagi hayat dikandung badan,
Syakir tetap aku akan selamatkan. Kami kawan baik! Dan aku tetap akan pegang
kepada janji! Tekatku.
“Naim! Jangan ikut suka
hati kau! Blah!” Jerit Syakir semakin
nyaring.
“Tak nak!” Balasku.
“Apa yang kau tak nak?!
Benggong!” Syakir mula kebenganggan.
Tidak! Aku akan lawan.
Apa guna tali pinggang hitam aku semasa menyertai taekwondo? Apa guna aku menyertai
Skuad Elit sehingga ke peringkat kebangsaan? Apa guna latihan menembak semasa
menyertai Skuad Elit? Apa guna latihan lasak meningkatkan stamina aku semasa
menyertai Skuad Elit? Arhhh… serabut!
“Naim! Jangan degil
boleh tak. Blah!” Ulang Syakir lagi
“Kau mahu kemana… ha…
ha… ha…”
“Dia orang ingat boleh
larilah tu”
“Ha… ha… ha…” Ketawa
mereka bersatu. Apa yang lawaknya? Aku makin benggang. Sebenggang Syakir
terhadapku.
‘Pap!’
Satu tumbukkan terlepas
tepat ke muka Si Bedebah yang sedang mengacu pistol di pelapisku. Tidak
semena-mena pistol di tangannya terlepas terpelanting jauh. Aku mengatur
strategi. Pantas aku mengunci pegerakannya, terus aku jatuhkan tubuhnya dan tangannya aku kilas ke belakang.
“Arrgghhh…”
Jerit Si Bedebah itu
kesakitan.
“Arrhhh…” kedengaran Syakir mengerang. Aku
tersentak.
“Syakir!” Aku terjerit.
“Kau nak kawan kau
selamat. Jangan melayan!” Ancamnya.
“Blah!” Rintih Syakir keras
“Syakir…” gumamku
perlahan. “Sejak bila awak jadi lemah macam ini? Awak tak pernah mengalah. Awak
selalu melawan…” Ujar ku perlahan. Tangan Si bedebah yang aku kilas hampir
sahaja terlepas. Mujur tindihan pada pelipat membuatkan pegerakannya terbatas.
“Kau jangan nak main-main!”
Terjerit Si Bedebah satu lagi. Syakir seperti mendapat kekuatan untuk melawan.
‘Bang!’
Aku terdengar satu
tembakan. Dari arah Syakir.
Syakir!
Aku masih lagi memegang
kemas pegelangan tangan Si Bedah disisiku suapaya dia tidak terlepas. Makin kuat
eranggannya, makin kuat aku kilas. Harap badan sahaja seperti abe-abe sado, tapi hampas pun tak ada.
Aku lihat. Syakir
langsung tidak goyah untuk melayan Si Bedebah itu. Pangkal lehir dicekit
sehingga menyebabkan pistol di tangannya terlepas. Syakir memang berani
mengambil resiko walaupun dengan keadaan yang agak genting ini. Boleh sahaja Si
Bedebah itu melepaskan tembakan ke dua jika dia cukup keberanian.
“Kau!” Terketar-ketar
Si Bedebah mahu mengeluarkan kata-kata.
Pegelangan tangan
Syakir, tetapi dia langsung tidak mampu melawan jari Syakir dari terus
mencekit. Perut Si Bedebah itu di sepak bertubi-tubi dengan kepala lutut. Kedengaran sangat sakit
kerana terdengar bunyi eranggan dari pada Si Berdebah itu.
Pangkal lehir itu
dilepaskan dan terus menghumban lelaki itu bangsat itu ke tanah. Ditindih dan
ditumbuk bertubi-tubi di bahagian muka. Pasti cacat. Syakir bingkas banggun dan
mula menyepak pada bahagian tulang rusuk pula. Auchhh… Pastinya sakit. Kesian…
‘Bang!’
Aku terdengar suatu
bunyi tembakan dari arah bertentangan.
“Syakir!” Dengan pantas
aku menerpa ke arah Syakir yang terjatuh di tembak. Bahunya digengam kuat tanda
dia ditembak disitu.
“Hahaha…. Kau mahu
kemana huh? Mahu pergi mati? Kalau nak aku boleh sahaja tolong kau pergi mati?”
“Kau…” Syakir mengumam
perlahan
Siapa dia? Syakir
seperti kenal dengan lelaki tersebut. Dari sengau suaranya seperti aku dapat
menangkap siapa dia. Bukankah dia yang memerangkap kami? Apa yang dia mahu? Mahu
sahaja aku banggun dan belasah Si Bangsat tersebut. Tetapi, ditegah oleh Syakir
yang menghalang itu. Aku pantas memaut bahunya untuk bersiap sedia larikan diri
jika berkesempatan.
“Kau pasti anak Tengku
Adam bukan? Aku tahu… keturunan kau memang bawa sial. Dulu, bapak kau bawa sial
pada aku. Sekarang kau pula. Bawa sial kepada kawan kau. Hahaha…” Lalu
orang-orang Si Bedebah itu menyambut ketawa Si Bangsat. Tak lawak pun…
“Siapa kau?” Tanyaku
kasar.
“Aku? Kau tanya aku?
Hahaha…” sambil ketawa.
“Aku adalah Ramsul.
Dulu bapak kau khianat aku dalam peniagaan. Adik aku pun jadi mangsa sampai
adik aku mahu bunuh diri sebab bapak kau yang bajek bagus. Apa dia ingat semua
benda boleh dibeli dengan duit? Huh?!
Dasar jantan tak guna. Adik aku sampai mati, dia masih lagi tidak mahu mengaku
salah silapnya. Kalau aku tidak dapat bapak yang tidak guna itu. Anak dari
benihnya pun jadilah. Jadi, inilah yang kau mahukan sangat bukan?” Tangan
kanannya yang memegang sepucuk pistul naik separas bahunya. Tepat-tepatmengacukannya
kearahku?
“Sekarang kau mati…”
Ujarnya.
Dua tiga tapak
mendekat. Jarinya mula digerakkan untuk menembak. Aku menelan air liur. Oh
Mama… Ya Allah selamatkanlah aku… Aku menutup mata sambil menguatkan semangat.
Otak ligat berfikir apa yang patut aku buat.
“Naim. Dengar cakap
aku. Kau kena blah sekarang. Biar
sahaja aku mati. Lagi pun, aku sudah tiada siapa-siapa didunia ini. Kau kena
selamat.” Ujar Syakir perlahan tetapi mampu didendari oleh pendengaranku.
“Tidak. Kita akan
selamat.” Ujarku. Kedengaran mereka yang ada seperti ketawa terkekeh-kekeh geli
hati dengan drama sebabak yang mengerikan ini. Dasar!
“Mati…”
‘Bang!’
“Naim!” Jeritan Syakir
bergemar. Serta merta tubuhku ditepis ke tepi. Aku terduduk diatas tanah lembab
berembun. Syakir…
“Polis!” Jerit salah
seorang dari pada mereka Si Bangsat. Berkeliaran mereka berlari untuk
selamatkan diri daripada beberapa anggota polis yang datang menyerbu. Kelihatan
Si Bangsat yang mahu menambak kami jatuh ditembak oleh anggota polis. Aku
terpegun seketika. Tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Yang aku mahu tahu,
Syakir selamat.
Aku dibanggunkan oleh
dua orang anggota polis yang lengkap dengan beruniform khas mereka untuk
bertempur di dalam hutan. Tiba-tiba, aku berasa cemburu kerana tidak penah
merasa berada dalam suit itu. Hem…
Syakir segera di
berikan rawatan oleh beberapa orang anggota yang mahir dengan ubat-ubatan
kecemasan. Dengan senang sahaja peluru pada bahagian bahu Syakir dikeluarkan.
Sebanyak dua biji peluru pada bahu kanan Syakir. Aku tergamam seketika. Hebat
benar Syakir kerana menahan tembakn itu. Walau bahunya sudah cedera dari awal.
Jika kali terakhir itu tembakan untuk Si Bangsat itu, bermakna sebelum
pergelutan itu lagilah Syakir sudah terkena tembakan dan langsung tidak
merintih kesakitan. Aku terbangg pula dengan kehebatan kawab baikku ini,
Syakir.
Terima kasih aku
ucapkan kepada ASP Firman. Sungguh licik orangnya. Tidak salah dia menjadi
seorang anggota polis berpangkat ASP atau lebih. Kerana kerjanya sangat tip-top. Pandai mengambil peluang. Rupanya,
dia sudah memasang alat pengesan pada bahagian Wira Turpedoku. Kemana sahaja ia
dibawa, satu titik merah akan menunjukkan arah lalui yang di ikuti oleh Wira
Turpedo. Apabila melihat Wira Turpedo mengikuti lalui yang berbeza seperti
selaluinya, dia terus mendapatkan skuadnya untuk menyiasat ke mana arah kami
tuju. Dan akhirnya, sangkaanya tepat. Dan kami terperangkap dengan beberapa
pengkhianat Negara dan beberapa orang warga Jepun yang sudah dibuang
kerakyatkan.
ASP Firman siap memesan
supaya berhati-hati kerana, ketua kumpulan Black Sugiwira masih tidak dapat
dikesan. Hanya orang-orangnya sahaja yang mampu ditangkapnya. Awas! Mereka
sangat licik dan kejam. Kekejaman mereka persis zaman Jepun berkuasa pada zaman
perang dunia kedua dahulu. Bila mendengar ASP Firman berkata begitu aku mula
rasa lawak pula. Rupa ASP Firman persis keanak-anakkan bila berkata-kata.
Penulisan yg begitu menarik dn refreshing! Hahah, keep it up.
ReplyDeleteNaim kena tembak ke?! 0_0
ReplyDeleteSyg giller kat Syakir tu LOL
ReplyDelete