
SETELAH segala persiapan perkahwinan berakhir dengan
jayanya. Alhamdulillah, perkahwinan
yang dirancang diantara dua keluarga berjaya juga dilaksanan. Walaupun seri di wajah
kedua mempelai kelihatan agak suram, seperti mereka tidak rela perkahwinan itu diteruskan.
Maklumlah, mana ada orang suka kahwin dengan sepupu sendiri. Orang cakap tidak
elok mengahwini sepupu sendiri kerana bimbang dengan pembawakan penyakit yang
dikenali sebagai Talasemia.
Talasemia bermaksud kecacatan darah. Apabila
pasangan wanita mempunyai Talasemia dan secara automatic pasangan lelaki turut
mempunyai penyakit tersebut kerana mereka dari kalangan keluarga. Apa entah
lagi, mereka sepupu daripada sebelah ayah. Sudahlah dari benih yang sama.
Apabila mereka berkahwin pasti anaknya akan menjadi pembawa talasemia atau
penghidap. Berkemungkinan besar anak akan mengalami kecacatan seumur hidup.
Haru…
Sebab itulah didalam islam dilarang mengahwini
sepupu sendiri. Tetapi, ianya tetap sah jika pasangan tersebut terlalu
menyintai antara satu sama lain. Jika berpisah, akan bunuh diri. Sebab itulah
orang suruh cinta Tuhan dan RasulNya terlebih dahulu, baru senang hidup!
Langkahnya menghampiri pintu gelangsar. Baru satu
jam yang lepas kamar itu sudah sah menjadi kamarnya dan Hinata. Oh tidak, bala
apa pula yang berlaku selepas ini. Tidak habis-habis dengan perancangan masa
hadapan keluarga ini. Bukan dia tidak suka dan benci kepada Hinata, tetapi
lebih daripada itu. Kalau dibenarkan, dia mahu menjaga Hinata sehingga ke akhir
khayatnya tetapi…
Sob! Sob!
Kedengar bunyi tangisan dari kamar itu. Sungguh
hatinya tidak tenang dengar suara tangisan itu. Langkahnya mendekati Hinata
yang sedang berdiri dijendela. Kelihatan ramai warga Kampung Konoha sedang
beransur pulang kerumah masing-masing. Hem, boleh tahan meriah.
“Hinata…”
Dengan perlahan-lahan gadis yang sudah sah menjadi
isterinya dipeluk erak. Hinata tergamam. Setiap sendi dan uratnya seperti
terkenci membiarkan pelukan Neji keatas dirinya.
“Neji…” Gumam Hinata.
“Saya tahu awak tidak cintakan saya. Tetapi, biarkan
perasaan gembira mereka reda dahu dan saya akan lepaskan awak pergi.” Ucap
Neji.
Hinata tergamam. Kenapa dengan Neji sebenarnya. Jika
benar dia tidak berniat menikahi dirinya. Kenapa perlu ada perkahwinan ini.
Jika benar kerana paksaan semata-mata. Tapi, pelukan ini seperti Neji
menghantarkan suatu mesej.
“Neji, awak…” Hinata cuba berpaling agar kelihatan
jelas wajah Neji..
Neji melemparkan senyuman yang paling manis buat
sepupu kesayangannya yang sudah merangkap Isteri. Tetapi, sayang perkataan itu
akan terkubur semua setelah beberapa hari berlalu.
“Jangan risau. Tidak lama lagi awak boleh balik
semula kepada Naruto.” Ujar Neji.
Hinata tidak mampu berkata-kata. Kenapa semua orang
perlu pergi dari hidupnya. Mula-mula ayah. Ada tetapi seperti tidak ada.
Setelah itu, Naruto. Setelah segala yang dilalui bersama lelaki itu pergi
kepada seseorang yang dipanggil kekasih lelaki. Hem… sekarang suaminya sendiri
akan meninggalkannya. Tidak layakkan dia untuk berasa bahagia seperti gadis
lain diluar sana. Beruntung sekali jika jadi seperti Sakura dan Ino. Mereka
bertegas dalam pilihan mereka sendiri. Kenapa tidak dia. Ya… seorang yang lemah
yang tidak mampu memutuskan apa-apa tindakan. Dalam lamunan memikirkan nasibnya
kelak, satu titisan air jernih menitis. Menangis.
“Hinata. Jangan menangis okey. Walau bagaimana
sekali pun, saya tetap berada disisi awak walau dimana jua awak berada. Seperti
dahulu.” Neji cuba menyakinkan Hinata bahawa dia setia menjadi pelindung dan
penjaga kepada Hinata walau apa jua yang terjadi.
“Neji… sob…sob…” Dalam tangisan Hinata mengumam
memanggil Neji.
“Hem…”
“Kenapa semua orang tidak sayang dengan saya. Semua
orang nak tinggalkan saya. Saya langsung tidak bermakna kepada mereka ke?
Kenapa ?” Rintih Hinata pada dada bidan Neji. Tangannya merangkul erat pinggang
Neji. Melepaskan segala yang terbuku dihati.
Neji bertindak melurut rambut belakang Hinata.
Pelukkan Hinata turut dibalas. Dia sendiri sedar, ketika zaman kanak-kanak dia
sering memandang rendah pada Hinata dan mengejinya. Memandangkan gadis itu
lemah dalam segala hal, itu menjadi tiketnya untuk mengenakan Hinata. Setelah
dia selesai menjalanai latihan ninja, Hinata akan pulang dengan tersenyum
riang. Seperti tidak ada tekanan yang berat di wajah itu. Manakala dia perlu memikirkan
tentang pelajaran ninja yang diajar oleh keluarga. Katanya, Hinata perempuan.
Belum masanya dia berlaja. Kata-kata itulah menjadikan Neji bangga dengan
kebolehan yang ada.
Bila sudah matang, Hinata dipandang sebagai adik
yang perlu dilindunggi dan dikasihi. Kanak-kanak memang tidak matang bukan.
Bagaimanakah Hinata lalui zaman kanak-kanaknya? Pasti gembira. Ataupun sedih,
sedih langsung tidak diperhatikan oleh keluarga. Setiap detiknya dihabiskan
oleh pegawai peribadi Hinata waktu kecil. Sadis.
“Hinata wanita istimewa…” ujar Neji perlahan di
teliga Hinata. Hinata hanya mendengarnya tampa riak.
“Hhuk…Hhuk…” Neji terbatuk. Mula-mula perlahan dan
makin lama makin kuat.
“Neji. Awak tak apa-apa?” Hinata kerisauan apabila
melihat Neji seperti menanhan sakit apabila tangan lelaki itu menyentuh
dibahagian dada seperti sakit itu menjelma.
“Neji…” Hinata memegang bahi Neji dan tangan yang
satu lagi bertindak mengurut dada bidan itu yang masih lagi dibaluti
tuxedo putih.
“Keluar….” Arah Neji.
“Tapi”
“Keluar!...” Tengking Neji kepada Isterinya, Hinata.
Dengan wajah yang tampak kerisauan dan terkejut
bercampur akibat daripada tengkingan Neji akhirnya Hinata bertapak pergi.
Kenapa dengan Neji? Dia sakit ke? Kenapa? Munkin benar apa yang selama ini dia
fikirkan. Kebahagiaan untuknya hanyalah drama permainan bagi orang lain.
“TIDAK! Saya
tahu awak nak jadi lebih kuat! Tapi bukan cara seperti ini!”
“Kampung kita
banyak ninja yang handal, Hokage ketiga, Cikgu Kakashi, Pendita gatal dan Nenek
hokage juga akan datang ke kampung Konoha nanti. Mereka ada, cukup kita
menuntut ilmu. Bukan serah diri kepada orang lain untuk dipergunakan!”
Otaknya kembali mengingati kata-kata Naruto. Jika
Naruto tidak menghalang waktu itu pasti dia akan menyesal seumur hidup. Membuat
keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu. Memang tidak boleh pakai, kenapalah
dia perlu mendengar kata-kata Orochimaru yang baru setahun jagung mengenalinya.
Perh… boleh menjadi Ahli pukau kalau macam itu. Tapi dia seorang ninja. Aduh!
Kenapa dia terlupa, dalam ninja juga mempunyai tektik pukauan. Hai otak. Kau
masih belum cukup kuat. Perlu berlatih dengan lebih kerap lagi selepas ini.
Tekat Sasuke. Bukan dia tidak sedar tentang semua
perkara. Nafsu untuk mengalahkan dan membunuh Itachi sangat kuat. Apa entah lagi
sekarang Itachi mempunyai jutsu sendiri. Gila! Dia perlu berusaha menandinggi
lelaki itu.
Dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan
Hinata dan Neji, dia berjalan menyusuri lalui belakang kedai-kedai. Malas muhu
berserabut dengan warga kampung. Sakit mata. Wajah itu tersenyum riang, mana
tidaknya wajah Naruto tampak tenang dan bahagia walaupun gadis kesangannya
suudah menjadi milik orang lain. Dia faham sangat bahawa Naruto sangat
mencintai Hinata. Tetapi, bagi Naruto kebahagian Hinata turut menjadi
kebahagiannya dia juga. Dan bagi Sasuke kebahagian Naruto adalah kebahagian Dia
juga. Hem… pelik bunyinya.
“Sasuke…” Panggil seseorang dengan suara yang agak
serak. Mungkin baru lepas menangis.
“Hem…” Kaki Sasuke terhenti apabila melihat susuk
tubuh yang tidak berapa dia kenali tetapi biasa dia tengok. Hmm… faham tak?
“Kau!” Gumam Sasuke.
“Sasuke, kenapa awak tidak datang. Saya tunggu awak
sudah lama tahu tak.” Sasuke hanya menelan air liur. Orochimaru, sama ada nama
mahupun bentuk badannya sangat mengerunkan. Tolonglah! Tolong pergi dari depan
mata aku. Sungguh kau menyakitkan mata aku. Rintih hati Sasuke. Tetapi, jeritan
batinnya hanya terdengar dihati. Dia tahu pelbagai cerita daripada warga konoha
bahawa Orochimaru gemar menggunakan emosinya untuk menarik perhatian orang
sekeliling. Jika terperangkap dengan jeratnya pasti sukar untuk keluar daripada
gangguannya. Macam manalah boleh termasuk dalam jerat Orochimaru yang
menyeramkan ini. Nasiblah Naruto menyelamatkannya. Haru…
“Kau siapa nak paksa-paksa aku. Kau tak apa-apa
pertalian darah dengan aku. Jadi, apa-apa tindakan yang patut untuk aku, bukan
kau yang tentukan.” Ujar Sasuke. Tampak sangat tenang dalam kata-katanya.
“Tapi, saya perlukan awak… sa..sa…” Teragak-agak
Orochimaru mahu menyampaikan sesuatu. Kata-katanya terhenti disitu.
Dulu kata lain sekarang kata lain. Dulu kata dia
akan menaja segala latihan Sasuke untuk menjadi kuat dan menandinggi Itachi.
Sekarang terbalik pulak. Memang muka penipu.
Sasuke pula hanya memandang tajam kearah lelaki yang
tampak pelik di matanya. Mana tidaknya, dengan pakaian jubah seluar, rambut
yang panjang dan tidak terurus, muka putih melepak macam tepung gomak, bila
pandang sekali sudah macam rupa ‘fuzoku’
pula. Hem… dunia-dunia, apalah nak jadi.
“Tuan Orochimaru…” Panggil Kabuto.
“Awak! Awak buat apa kat sini, kenapa awak ikut.
Saya sudah cakap diantara kita sudah tiada apa-apa!” Marah Orochimaru kepada
kabuto. Kabuto tidak puas hati, lalu dia menghampiri Orochimaru lalu berlutut
disisi kaki lelaki yang berwajah tepung gomak itu.
“Tolonglah… sayang berikan saya peluang. Saya tahu
awak masih sayangkan saya bukan.” Kerana emosi Kabuto terlepas memanggil
Orochimaru. Maklumlah sudah terbiasa. Jika diluar mereka selalunya bersikap
professional. Mungkin terkenan penangan Sasuke, sehingga kini Orochimaru tidak
mampu lupakan. Hahaha…
Sasuke yang hanya menjadi penonton sedari dari tadi
hanya berdiri membatu kebinggungan. Lalu dia menggeleng kepala. Kakinya
melangkah untuk berlalu dari situ, malas melayan manusia seperti dihadapannya
saat itu. Entah apa-apa.
“Sasuke….” Lirih sekali suara Orochimaru. Dia pula
melutut di kaki Sasuke dan dengan pantas mengamik tangan itu lalu gengam.
“Sasuke... jangan… tolonglah bersama saya…” suara
lirih itu sekali lagi merayu kepada Sasuke. Wajah Sasuke tampak berang.
“Bapok..” Ujar Sasuke.
Orochimaru terkejut dengan kata-kata Sasuke.
Wajahnya berpaling ke wajah Sasuke untuk melihat keikhlsan di raup wajah itu.
“fuzoku!”
Orochimaru sekali lagi terkejut dan wajahnya
kelihatan makin cemgkung daripada biasa macam zombie. Memanglah, pakai bedak
macam tepung gomak siapa suruh, sekarang sudah nampak macam zombie. Namu
Orochimaru tidak mampu membalas kata-kata Sasuke yang berbaur hinaan.
“Lelaki murahan…” Sekali lagi Orochimaru terkejut.
“Tak guna!…gila pangkat! Mata macam panda… gigi
ular… rambut macam perempuan… bla…bla…bla…”
Selesai Saasuke melemparkan hinaan tentang luaran
Orochimaru. Orochimaru terduduk lesu ditanah. Dia tidak menyangka hinaan
seperti itu keluar daripada mulut Sasuke yang dahulunya adalah seorang yang
namak sopan dan lemah lembut dihadaannya. Tetapi sekarang, sebaliknya Sasuke
menghinanya seerti orang kampung yang lain. Teruk sangatkah dirinya disetiap
mata warga kampung. Tidak layakkah dia mendapat kasih sayang daripada orang
yang dia cintai. Kenapa?....
Sasuke mendugus dan berlalu pergi.
“Sasuke…” Sekali lagi Orochimaru merintuh perlahan.
Manakala Kabuto yang sebelahnya terhantuk-hantuk kepalanya di tanah. Gila…
Bukan sasuke mahu menjadi kurang ajar, lebih-lebih
kepada Orochimaru yang lebih tua daripadanya. Tetapi dia perlu melakukan itu
untuk drinya juga. Dia perlu bebaskan dirinya daripada mempunyai apa-apa ikatan
pun dengan Orochimaru tepung gomak. Walaupun kata-kata hinaannya yang
dilemparkan kepada Orochimaru entah apa-apa, asalkan hatinya puas daripada
fikirkan Orochimaru.
Benar kata Naruto, Nampaknya Orochimaru terlalu
lemah untuk menjadikan dia seorang yang kuat dan mampu menandinggi Itachi. Ya,
dia perlu menjadi lebih kuat untuk menandinggi Itachi.
Hidungnya menghirup udara yang segar di situ. Apa
entahlagi dirinya berteduh dibawah pohon yang rendang dan segar sekali dengan
warna hijau. Memang menyegarkan mata, mana tidaknya, dengan suhu udara yang
normal dan sinaran cahaya matahari yang agak terik tetapi tidak berapa panas.
Hem… selesa sekali.
Ingatannya terimbau kembali sewaktu dia melihat
Naruto bermesra-mesraan dengan Sasuke. Masih lagi dia tidak jelas tentang
hubungan mereka. Atau memang benar tekaan mindanya sebelum ini bahawa Naruto
mempunyai wanita lain? Arggg… serabut sungguh otak ini memikirkan segala
kemungkanan soalan yang berlegar di otak ini. Berat sekali bagi dirinya untuk
melalui. Melihat Neji yang sudah hampir dua minggu hanya menyendiri daripada
dirinya. Suka duduk termenung seorang diri, hanya duduk terperap didalam bilik
sahaja. Dirinya yang melihat Neji berkeadaan begitu juga turut kebosanan. Tidak
bosankah Neji?
Setiap kali dia bersendiriannya, dia hanya
menghitung jari dengan mengingati kata-kata Neji bahawa lelaki itu akan
melepaskannya setelah segalanya mulai reda. Keluhan berat dilepaskan bagi
melegakan rasa terbuku dihati.
Drap!
Telinga Hinata menangkap bunyi ranting kayu
terpijak. Hatinya berdebar kuat. Tidak perdah dia mengalami ketakutan seperti
ini sebelum ini. Haish… kenapa ini?
Kepalanya di palingkan kebelakang terpandang wajah
suaminya. Hinata bingkas berdiri bagi menghormati kehadiran suaminya.
“Awa… awak buat apa disini?” Tanya Hinata. Hairan.
Taman ini sudah menjadi tempat harian untuknya, tetapi tidak pernah dia
terluhat kelibat Neji walau pun sekali. Meroyan ke apa?
Tanpa menjawab soalan Dania, Neji terlebih dahu
melabuhkan punggungnya disebelah Hinata. Teragak-agak Hinata untuk turut duduk
diseblah Neji. Janggal dengan situasi itu. Mana tidaknya, belum pernah lagi dia
duduk berdua-duaan dengan Neji. Boleh katakana ini adalah kali pertama kali
dalam hidupnya.
“Hinata, awak cintakan Naruto.” Tenang sekali
pertanyaan yang dilemparkan oleh Neji.
Hinata tidak terus menjawab. Hanya angukkan kecil
menjadi jawapannya.
“Hem..” Neji hanya melepaskan keluhan.
“Saya ingat bila kita sudah kahwain dan Naruto sudah
tinggalkan awak, awak akan mula mencintai saya. Hem…” Luah Neji. Di hatinya
dalam diam dia mula mencintai isterinya yang sudah dua minggu dikahwininya.
Hinata terkelu. Neji mencintai dia kah? Wah… berita
hangat ini, Neji seorang hati batu mencintai sepupunya sendiri.
Mata Hinata hanya tertunak kearah wajah Neji yang
tampak tenang.
“Tapi, walau apa jua perasaan kita, apa jua yang
berlaku diantara kita, saya tetap akan tunaikan janji saya. Saya akan lepaskan
awak setelah segalanya selesai.” Ujar Neji.
Hinata tidak mampu berkata apa. Hanya menanti dalam
debar. Ya Tuhan, inikah engakhirannya.
“Hhuk!...Hhuk!...” Neji terbatuk kecil. Tetapi, lama
kelamaan semakin teruk batuk itu.
“Neji!” Terjerik Hinata mana tidaknya, ditelapak
tangan terdapat suatu cecair setelah Neji menekup mulutnya.
“Neji kenapa dengan awak?” Tanya Hinata segan seribu
kebimbangan.
Neji menggelengkan kepala. Tangannya yang terdapat
secair, darah menggengam seperti menyimpan suatu di hati.
Neji yang tampak sangat tertekan ketika itu bingkas
bangun dan melangkah perlahan. Hinata yang sedar kelakuan Neji mula tampak pelik
dari biasa turut membontoti Neji, dengan pantas dia mendepakan tangannya bagi
menghalang Neji dihadapan tubuh lelaki itu.
“Awak… Kenapa?” Seperti terdesak Hinata menayakan
soalan. Dia mula menampakkan air jernih di tubir mata.
“Jangan halang!” bentak Neji dengan suara dinggin.
“Tidak!” Hinata berkeras.
Sekali lagi Neji mengengam jari jemarinya bagi
memendam rasa. Perlahan-lahan dia menapak berdepan dengan Hinata.
Perlahan-lahan dia merankul tubuh Hinata. Rambut panjang mengurai Hinata
diurut-urut. Semakin lama semakin erat pelukan itu, seperti tidak mahu
dilepaskan.
“Hinata…” Neji mengumam perlahan.
“Neji…” Hinata turut mengumam memanggil nama Neji
pula. Semacam sahaja bunyinya.
Satu kucupan hinggap di dahi Hinata. Lama sekali
seperti itulah kali terakhir untuk dia menyium dahi putih, licin lagi gebu itu.
“Neji…” Hinata sekali lagi mengumam.
“Hyuga Hinata… Aku ceraikan kau dengan talak tiga.” perlahan-lahan
dia mengucapkan kata-kata keramat ditelinga Hinata.
Hinata terkedu. Seperti diawan-awangan apabila
kata-kata keramat itu dilapaskan. Air matanya yang tadinya ditahan dengan
sedaya upayanya akhirnya menitis jua. Sedih, siapa yang tidak sedih. Walaupun
perkahwinan tanpa cinta, tetapi diceraikan secara mengejut tanpa sebab yang
munasabah memang boleh membangkitkan sedih. Jadi, apa maksud kata-kata cinta
yang dilafaskan sebelum ini? Kata-kata cinta untuk melukai hatinya kah. Kejam
sungguh Neji!
“Neji…”
Perlahan-lahan rangkuman dipinggang dilepaskan.
Wajahnya tampak sangat bersahaja dan tenang sekali. Seperti tiada apa-apa yang
berlaku.
“Tapi kenapa! Awak cakap cintakan saya! Tapi awak
cer…ceraikan saya…” dengan emosi yang melanda di otak, dia mengajukan
pertannyaan kepada Neji.
Neji hanya tersenyum manis. Baginya, ucapannya tadi
adalah suatu yang mengarut. Tetapi dia perlu melakukannya demi kebahagian
Hinata kelak. Walau bagaimanapun, dia berasa sangat gembira apabila melihat
kesedihan Hinata di atas perpisahan ini. Ini bermakna ada sedikit walaupun secebis rasa cinta Hinata untuk Neji.
“Neji!” Hinata sudah kegeraman. Tangannya dinaikkan
dibahu Neji. Mengengam bahu dan mengoncang. Tergoncang tubuh itu.
Neji bertindak menepis kedua-dua belah tangan dengan
lebut dan perlahan sekali.
“Saya akan mati…” Ujar Neji perlahan. Hinata
tersentak.
“Penyakit kanse hati tahap empat. Puan tsunade pun
tidak mampu mengubatinya, walaupun mengunakan jutsu terhebat sekali pun. Virus
itu sedah mencengkam setiap sudut hati dan jika melakukan pembedahan sekali pun
aku tetap akan mati.” Terang Neji. Tampak tenang sekali walaupun di fikiran
pelbagai jenis emosi yang terpahat.
Hinata tidak mampu untuk berkata apa. Hanya tergamam.
Dengan tenaga yang masih tersisa. Neji melangkah
pergi. Meninggalkan Hinata sendirinya dengan memandam rasa. Bagai mana dia mahu
berhadapan dengan Hinata dan memberi ketenangan di jiwa sepupunya itu jika
hatinya sekarang ini turut berperang dengan apa yang telah diucapkan. Huh!...
Hinata terjatuh melutut ditanah. Fikirannya
berperang dengan kata-kata Neji dan Hatinya, seperti mimpi indah dan ngeri
silih berganti. Apakah semua ini? Benarkah Neji mencintaannya, dan melepaskan
dirinya agar dia tidak menanggung segala bebannan yang ada pada Neji. Kenapa
dia perlu melakukan semua itu. Sebab cinta kah?
Air matanya tidak berhenti menangis, tangisi nasib
dirinya dan tangisi takdir Neji. Otaknya memaikan kembali peti rakaman.
“Hyuga Hinata…
Aku ceraikan kau dengan talak tiga.”
Bersambung...
ciao~~ ciao~~
salam, ashi, cerita menarik, but gaya penulisan tu ada yg kena ubah sikit, ayat pon kena betuklan, n cerita tu sepatutnya pon diperbetulkan .... maaf klu teguran saya ini awak x suka . Good Luck semoga berjaya mnjadi penulis terkenal >.< jgn down tau saya harp satu hri nnt awak mnjadi penulis terkenal... trimalah teguran org itu dengan enang hati ye ;) Gambatte!!! truskan usaha >.<
ReplyDelete