Cerpen: Couple Boy (Naruto Version) Part 1




“NARUTO…”

“Hinata…”

Serentak mereka bersuara. Dalam suasan yang nyaman dan ditambah pula persekitaran taman yang indah di temani oleh debunga yang galak mekar. Deruman angin sepoi-sepoi bahasa mentafsirkan kata hati mereka.

Cuaca agak mendung yang mungkin memahami gundah di hati mereka. Fikiran meraka sama-sama melayang memikirkan apa yang aku pada waktu yang akan datang.

Tidak! Aku perlu beritahu pekara yang sebenar sebelum terlambat. Mesti buat pilihan sekarang sebelum perkara menjadi sebaliknya. Ya, Hinata tidak akan apa-apa. Dia dari keluarga Hyuga. Yang penting Sasuke. Dia perlu dijauhkan dari Oruchimaru bangsat tu!... Naruto berdialog sendiri.

“Hinata, maaf…”

“Hah?”

“Maaf!... Maaf Hinata!..”Bersungguh-sungguh Naruto meminta maaf walaupun dia tidak buat salah. Setitis air mata mengalik membasahi pipi.

“Naru…”Panggilan Hinata tergantung apabila Naruto dengan tangkasnya mengucup bibir Hinata.

Beberapa minit barulh wajah mereka menjarak, Wajah Naruto kelihatan sayu sekali seperti ada sesuatu yang berat terkadung di fikirannya. Seperti memikirkan masalah Negara.

“Naruto…” Hinata mengumam sambil kedua-dua jari tulunjuknya dipintalkan sesame sendiri. Pemalu.

“Hinata, saya… terpaksa pergi. Kita tak boleh bersama…” Luar Naruto dengan berat hati.

Hinata tersentak. Dunia seperti berpusing-pusing mengejek dirinya yang tidak sempurna. Wanita keterunan Hyuga tetapi mempunyai cakura yang sangat lemah… mukan cakura, tapi lebih tepat kekuatan fizikalnya yang lemah.

“Tapi, Naruto…” Wajah Hinata mula berair dengan air mata. Sedih, apa tidaknya. Elok-elok bersama tiada rebut tiada angin tiba-tiba  perpisahan menyelinap diantara mereka. Haru..

“Maaf, saya tidak boleh kasi tahu apa sebabnya. Yang pasti kita tak dapat bersama. Ada orang yang lebih memerlukan saya dari pada awak, Hinata…” Naruto seperti sebasalah mahu memceritakan situasa yang sebenar.

Ada orang lebih memerlukan Naruto dari diri ini. Tiada hargakah diri ini kepada Naruto... Sampah ke diri ini. Tangis Hinata dalam hati.

 Hinata cuba berkalih untuk melihat dirinya. Berbaju sweeter yang berhoodie dibelakang seluar yang agak lusuh atas buku lali. Tidaklah sampah sangat.

“Naruto…”

“saya tidak mahu sakiti hati awak dengan tinggalkan awak macam itu sahaja. Saya nak ianya terjadi melalui perbincangan.” Hinata hanya menggeleng. Tidak pasti untuk apa yang pasti. Air matanya makin lebat.

“Pasti awak jumpa orang lebih baik dari sayakan… Saya sedar, saya tidak patut berada disisi orang hebat disisi awak…”Hinata meluahkan perasaannya.

“Tidak Hinata, Tiada penganti awak. “

“Habis kenapa kita perlu berpisah?”Hinata seperti merayu.

“Saya  mohon, maaf sangat-sangat. Saya mesti pergi. Jaga diri awak…” Naruto bingkas bangun dan berlalu pergi meninggalkan Hinata yang sedang betelekuk ditanah yang dihampakan dengan bunga. Tersengar esakan Hinata. Walaupun agak lembut tapi mampu menyakitkan ulu hati ini. Maaf Hinata.


“ADIK!...”

“Ya, akak… nak bunga apa.” Tanya ‘Flowers Girl’ dalam lingkungan 13 tahun.

“Mmm… bagi akak tulip ini ye adik.” Jawab Sakura sambil jari telunjuknya terarah pada beberapa kuntuman bunga tulip yang berwarna merah.

“Baik…”

Sakura tersenyum sendirian.  Bunga tulip memang banyak dibudayakan oleh manusia. Tidak tahu kenapa. Tapi yang pasti bentuk kelopak yang lebar membuatkannya menjadi kuntuman bunga yang simple.

Nama genus untuk 100 spesies tumbuhan berbunga yang termasuk ke dalam keluarga Liliceae. Ianya juga berasal dari Asia tengah, tumbuh liar di kawasan pegunungan Pamir dan Hindu Kush dan Stepa di Kazakhstan. Negeri Belanda terkenal sebagai negeri bunga tulip. Tulip juga merupakan bunga nasional Iran dan Turki.

“Akak, sudah siap. 600 Yen kak…” Ujar ‘Flowers Girl’ itu tadi.

“Ok,Terima kasih ye dik..” Ucap Sakuraa. Sambil tersenyum dia berlalu pergi.

“Na…na…na…” Sambil bernyanyi riang dia berjalan seperti monyet baru mendapat bunga. Tetapi memang dia baru dapat, opss… bukan dapat tapi baru beli bunga…

Sambil berjalan serupa monyet dan tersenyum riang, Sakira terlihat akan kelibat Hinata yang tampak murung dan tidak bermaya.

“Hinata…” Sakura mengumam.

Sakira berjalan menghampiri Hinata yang sedang melangkah agak terhuyung-hayang.

“Hinata!...” Sakura memanggil gadis itu.

“Hah!?...”Hnata kehairanan.. ‘Sakura…’

“Hai, dari mana?” Tanya Sakura…

“A..rr..mmm…” Belum sempat Hinata berkata-kata. Sakura menyampuk.

“Hah! Baru lepas dating dengan Naruto kan.” Sambil tersenyum dengan senyuman penuh muslihat Sakura menyiku lengat Hinata.

Hinata merona merah.

“Baguslah, Bolehlah langsungkan perkahwinan korang cepat-cepat. Lagi pun Naruto itu mana ada keluarga. Tak lama lagi bulan Ramadhan dan terus Hari Raya. Dapatlah budak berhinggus itu rasa beraya bersama keluargakan.” Ujar Sakura sambil jarinya kanannya bermain di dagu lagak seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Hah! Dan saya boleh jadi pengapik awak!” Sakura teruja. Hinata hanya mendiamkan diri.

Kalau bukan Sakura gadis bertuah yang memerlukan Naruto, Tapi siapa. Sakura!?... Tak mungkinlah… Dia kan sukakan Sasuke…  Hinata bermonolog didalam hati.

“Heii! Hinata! Awak dengar ke tidak apa yang saya cakap!” Sakura cuba mengejutkan Hinata dari lamunan sambil kedua-dua belah tangannya menghogah-hogah tubuh badan Hinata.

“Hah?!”

“Awak ini okey ke tidak?” Sakura menanyakan soalan dengan rauk wajah yang diubah menampakkan kerisauan diwajah itu. Nampak tak disitu!

“Ermmm…”

“Hinata, Awak jangan segan-segan nak kongsi masalah dengan saya. Kita satu batch. Apa-apa msalah, kita satu kumpulan dapat selesaikan. Kalau ianya berkaitan masalah peribadi, Saya janji boleh simpan rahsia.” Ujar Sakura sambil melahirkan sebuah seyuman agar Hinata yakin dengan kata-katanya.

Hinata tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Memang dia memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah dirinya. Hendak berkongsi bersama Naruto, Hemm.. lelaki itu terlebih dahulu mengangkat kaki menarik diri untuk membantu. Adakah dirinya memang layak menghadapi masalah seorang diri?

“Sakura…sob…sob…” Air mata Hinata berjuraian dipipi. Lantas dia memeluk tubuh sakura yang diliputi buju blouse yang singkat mengikut tubuh badan yang dipadankan dengan skirt singkat atas peha. Seksa de!

“Hinata, Kenapa ini. Syuuu…” Sakura cuba memujuk Hinata dengan lagak memujuk anak kecil minta pelempang.

“Sob…sob…”

“Jom, Kita ke tempat lain.”Ajak Sakura.

Di bangku berhampiran taman, Sakura dan Hinata duduk . Masing-masing terdiam, Hinata lebih kepada menenangkan diri sebelum becerita. Ya, dia perlu bercerita dengan Sakura. Tiada jalan lain lagi, sebelum masa depan dia hancur, dia perlu menjalankan langkah pertama terlebih dahulu. Agar kelak tidak menyesal diri.

“Sebenarnya…”

Sakura mula memberikan tumpuan.

“Ayah mahu menunaikan hasrat arwah ayah Neji untuk satukan kami keluarga Hyuga. Jadi Ayah tetapkan perkahwinan kami yang akan berlangsung dibulan hadapan.”Terang Hinata

“Apa!!!” Sakura terkejut.

Hinata hanya mengangguk mengiakan kata-katnya tadi.

“Habis. Naruto sudah tahu berita ini?!”

Hinata menggeleng.

Sakura mengeluh.

“Kalau macam itu kenape tak beritahu. Awak sukakan Naruto dan Naruto sukakan awak. Jadi apa korang tunggu lagi.” Sakura mula naik berang dengan kelembakpan Hinata.

“Naruto min…minta… putus….” Halus sekali bunyi ayat itu. Seperti dengar tidak dengar sahaja di pendengaran Sakura.

“Apa!....” Sakura terjerik terkejut.

Hinata hanya mengangguk.

“Naruto!...” Sakura menggumam kemarahan.


PERLAHAN-lahan dia melalui jalan yang meliputi tanah dan beberapa tumbuhan hijau yang mencacatkan tanah itu. Jalan yang yang agak sunyi hanya ditemani dengan bunyi cengkerek yang kadang ia kedengara.

“Sasuke!” Laung suatu suara di belakang.

“Bedebah.” Guamam Sasuke. Dia sangat mengenali suara itu. Siapa lagi kalau bukan budak sekumpulan dengannya, Naruto.

“Sasuke! Saya tidak izinkan awak pergi!” Teriak Naruto apa bila dirinya automatik berhenti dihadapan Sasuke.

“Kau siapa nak halang aku?!” Marah Sasuke. Dia memang benci dengan pengacau daun. Apa entah lagi pengacau daun seperti Naruto.

“Awak tahu dan awak kenal Orochimaru kan?! Dia hanya mahu gunakan tubuh awak untuk kempentingan dirinya sendiri!” Naruto cuba untuk memujuk Sasuke untuk balik ke Kampung Konoha.

Sasuke berhasrat mahu pergi kepada Orochimaru setelah dirinya kelihatan lemah setelah dirinya diberi tanda dari ular buatan itu dengan gigitannya. Setelah gigitan itu dirinya kelihatan begitu lemah dan hampir menelan chakura sendiri. Oleh sebab itu jugalah dia mengambil keputusan untuk keluar dari Kampung Konoha.

Tambahan Orochimaru juga berjanji akan menjadikan dirinya kuat dan lebih kuat agar jadi ninja yang terhandal. Cukup untuk mencari Uchiha Itachi dan membunuh si bedebah itu.

“Kau tak tahu apa-apa!” Ujar Sasuke dengan tenang.

“Tidak! Saya tahu awak nak jadi lebih kuat! Tapi bukan cara seperti ini!” Pekik Naruto lagi.

“Kampung kita banyak ninja yang handal, Hokage ketiga, Cikgu Kakashi, Pendita gatal dan Nenek hokage juga akan datang ke kampung Konoha nanti. Mereka ada, cukup kita menuntut ilmu. Bukan serah diri kepada orang lain untuk dipergunakan!” Hujah Naruto panjang lagi lebar. Dalam hati berdoa agar langkah Sasuke berpatah balik pulang ke Kampung Konoha.

“Ha…ha…ha… Lawak lah kau ini Naruto. Tak sangka pulak kau datang kat aku dan tinggalkan siHinata itu!” Ujar Sasuke dengan lawaknya. Puih! Sapa nak pergi kat Orochimaru itu. Sudah lah muka putih selepuk sudah nampak macam mayat hidup dah muka dia. Tak pasal-pasal nanti giliran aku pulak jadi mayat hidup, Sasuke bermonolog di dalam hati.

“Hah?... Sasuke? Awak ini betul ke tak?” Tanya Naruto. Dia berasa hairan dengan tindakan Sasuke yang tiba-tiba sahaja ketawa. Kena sampuk kea pa?

“Tak adalah, aku saja main kan perasaan kau. Nak tengok sejauh mana kau sayangkan aku daripada si Hinata lembut itu.” Terang Sasuke akan tindakan yang baru dibuatnya.

“Aaa… Sanggup kau mainkan perasaan aku. Kesian Hinata…” Keluh Naruto dengan wajah sedih. Mana tidaknya, kali terakhir mereka berjumpa wajah Hinata sangat mendung seperti terluka. Apa entah lagi wajah itu turut sama seawal mereka berjumpa pada hari tersebut. Kenapa dengan Hinata? Naruto tertanya-tanya kepada diri sendiri.

“Cakap BFF, ‘Boy Friend Forever’. Jadi aku nak tengok mana yang kau pentingkan.” Ujar Sasuke selamba tampa memikirkan perasaan orang. Alah… orang yang jenis tiada perasan memang macam itu.

“Kau jealous ek??...” Sambil tersengih seperti kerang busuk Naruto bertanya.

“Perhh… tak ada maknanya aku nak jealous!” Sasuke termalu sendiri. Kakinya yang tadinya melangkah untuk pergi dari konaha kininya berpatah balik dengan wajah tampak berseri sedikit dari tadi. Almaklumlah, ada yang pujuk…

Naruto tersenyum, Bukan boleh kira si Sasuke ini.  Kalau tidak dihalang, mahunya dia betul-betul pergi dekat si zombie itu. Itulah nak cakap perempuan kalau merajuk susah nak pujuk. Eeh… Sasuke lelakilah. Oh! Tidak!


GLOVE di sarung dengan ganasnya ke jari- jemari yang yang mulus cantik dan runcing. Gelang pemberat dipasang pada kaki buku lali. Sepik rabut dikenakan agar tidak megaburi pandangannya. Bintang diluar bersinar agak terang seperti menyetujui akan apa yang akan dia lalukan sebentar lagi. Ikukat hati mahu sahaja dia kuburkan sahaja si lelaki lembak yang tidak tahu menjaga hati dan perasaan wanita. Dah cakap berkali-kali, hati wanita sangat halus dan tidak boleh disentuh walau sedikit, jika tidak satu badan wanita itu merana. Apa maksud dia ek? Ada faham? No comment!

“Naruto! Jaga Kau!”Gumam Sakura kegeraman. Tampa petir, rebut, hujan segala bagai tiba-tiba nak putus. Ini boleh menaikan darah tinggi ini! Sakura membebel sendiri. Dah macam mak-mak lah pulak Sakura ini.



“PAK CIK RAMEN! Kasi ramen satu mangkuk. Panas punya!” Jerit Naruto. Dia ingat Pak Cik Ramen pekak lah itu.

Naruto memang gila Mee Ramen sejak azali lagi, entak apa yang best sangat sampai dalam mimpi pun boleh terbawa-bawa. Sah kena manderem. Tapi agak-agaklah, zaman ninja mana ada bomoh ke apa ke. Kena posion? Mungkin lah…

“Hai, Naruto. Satu mangkunk sahaja, selalu sepuluh mangkuk.” Pak Cik Ramen cuba beramah mesra. Sangat kenal dengan pelangan tetapnya. Kalau tidak order sepuluh mangkuk, dua puluh mangkuk yang dia bedalnya.

“Ala… Duit tak masyuk lagi lah. Lain lah pak cik nak belanja. Ini nak mencekek duit budak macam saya sahaja. Saya ini budak-budak lagi. Macam dalam drama P.Ramli cakap, Sapa ek? Pelakon dia? Haji Bakhil? Hah!! Dia cakap bukan saya. ‘hak..hak.. Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak.’” Sambil memerli pak cik ramen, dia mengajuk drama sebabak yang pernah dia tonton di wayang sewaktu ketika dahulu.

“Oo… kamu perli pak cik ya Naruto!” Pak Cik Ramen kelihatan bengang dengan perlian Naruto.

“Bukan perli pak cik, lebih kepada mengigatkan kita sesama manusia yang mudah lupa. Pak cik kan sudah tua. Tak lama lagi dak KO. Ingat-ingatlah bersedekah, berseri sikit wajah pakcik diakhirat nanti.” Nasihat percuma dan beberapa perlian di tambah oleh Naruto lagi.

“PAP!” Satu ketutkan mengenai kepala Naruto. Agak bengkok senduk kuah ramen apabila pak cik itu mengetuk kepala Naruto dengan sendok tersebut.

“Aduh! Pak cik ini, dah malam pun nak buat dosa ke? Kang pak cik tidur tup-tup sudah ada di alam lain macam mana?” Adu Naruto dengan muka masih menahan sakit sementara tangan mengosok kepala. Mana tahu tiba-tiba lebam. Boleh tahan kuat juga taiko ramen ini ketuk. Kalah Taiko di pasaran gelap.

“Kamu ini Naruto, cakap pakai langgar sahaja. Nasib lah kampong kita ini tiada trafik light. Kalau tak, sudah kena samanlah mulut longkang kamu itu!” Bebel pak cik ramen.

Naruto hanya memoncong tidak puas hati.

“Siap!” Jerit Pak cik Ramen dengan penuh teruja kerana dapat menyiapkan semangkuk ramen. Fuhhh… teliur. Kalau Jalan-Jalan Cari Makan berorperasi kat Konoha memang kasi ‘A’ triple quietrilian plus.

“Wah… Nampak nikmat!” Ucap Naruto. Bibirnya sudah mengeluarkan air liur nikmat dengan bauan perencah yang di masukkan kedalam ramen.

“Hem… semuanya 4,500 Yen. Macam biasa…” Ucap Pak cik ramen bersahaja.

Naruto ketika itu menikmati mee ramen yang lebut lagi kenyal tersedak. Mulutnya kemerahan kerana kepanasan.

“Apahal harga sama macam saya order sepuluh mangkuk?” Tanya naruto tak puas hati. Hilang nikmat merasai kelazatan ramen.

“Ganti rugi…” bersahaja pak cik ramen menjawab.

“Ganti rugi apa?” Tanya Naruto kehairanan. Setahu dia tak pernah berhutang atau musnahkan apa-apa barang dalam kedai ramen. Kenapa perlu ganti rugi. Pelik bin ajaib.

“Ganti rugila, Dosa kau kutuk pak cik tadi. Kamu itu Hero Kampung Konoha banyak musuh. Entah esok lusa dah masuk dalam tanah.” Ayat selamba sekali lagi keluar dari bibir Pak Cik Ramen itu.

“Amboi… Pak cik pun sama… Lebih baik layan ramen yang lazat ini.” Ujar Naruto. Tidak mahu membuang masa membiarkan mee raman panas itu kempunan untuk masuk ke dalam mulutnya.

“Yamm…” Sambil menjamah mee didalam mulut. Bibirnya melakar senyuman yang paling manis. Nikmatlah sangat!

“Pang!!!” Satu lagi ketukkan yang kuat mengenai kepala Naruto. Naruto tidak dapat berkata apa. Pergerakan pantas dari pihak musuh tambahan rasa mee ramen yang panas didalam mulut membutkan pergerakannya terkaku. Tubuh Naruto meremang.

Pak Cik ramen yang terkejut dengan situasi itu pantas berpaling ke arah naruto. Manalah tahu tiba-tiba Kampung Konoha diserang hendap untuk balas dendam kepada Naruto. Ialah orang hebat. Siapa yang tidak cemburu!

Pak Cik ramen menggeleng. Dia fikir Kampung konoha diserang hendap tapi rupa-rupanya budak-budak mahu mencari hiburan.

“Tak guna kau Naruto. Kau ingat kau sudah di nobatkan hero kampong sesuka hati sahaja nak but perempuan macam pakaian kau. Bila nak pakai, pakai, tak nak pakai buang dalam tong sampah.

“Ahh… apa ini sakura tong sampah? Pakai buang??... lagu itu lagu lama. Mana pakai sudah lagu Stacy dalam cerita ini. Orang guna lagu Yura-yura dari Hearts Growlah sekarang ini” Naruto sudah mula merepek.

“Hotak Kau.Kenapa kau putus dengan Hinata. Tahu tak yang dia dalam kesulitan sekarang!” Marah Sakura dengan beberapa juraian air mata.

“Hah?! Kesulitan akau kesusahan? Kenapa dengan Hinata? Dia sakit ke? Atau Neji cuba untuk kenakan dia lagi walaupun Hinata digelar anak tertutup?” Soalan bertubi-tubi keluar dari mulut Naruto. Tetapi wajahnya tetap sama. Langsung tiada riak risau disitu. Sakura makin benggang.

“Sob…sob…, Tak apalah Naruto. Lupakan, Lelaki semua sama. Kau dengan Sasuke, sama sahaja dua-dua Pentingkan diri sendiri!” Sakura putus asa. Matanya tidak tahan mahu memusnahkan empangan dibina. Telalu sedih, sedih dan hatinya terasa sakit dengan kelakuan segelintir lelaki seperti Naruto yang boleh dikatogerikan sebagai pakai buang. Apa entah lagi pengaruh novel-novel Malaysia yang baru sahaja Kampung Konoha mengimport khas dari Malaysia. Sadis habis!

Tidak mahu menunggu lama, Kakinya melangkah pergi. Tidak mahu Naruto lihat tangisannya. Hem… lagi seperti Naruto, apa dia tahu hati wanita. Yang dia tahu, berkepik dengan si Sasuke. … “Sasuke…” Gumam Sakura sambil matanya menagisi akan sesuatu yang agak samar di benak fikirannya.

“Kita orang memang sama. Kita orang ini lelakilah!” Ujar Naruto perlahan sambil matanya melihat langkah sakura pergi dengan tergesa-gesa. Apalah perempuan ini, semuanya suka feeling lebih-lebih. Haru…



KELUHAN berat sekali lagi dilepaskan. Entah kali keberapa. Dia pun malas nak mengira, buat sakit kepala sahaja. Hem… Matametik memang memeningkan kepala pun kan?

Matanya dihadap kelanggit yang cerah. Tampak sempurna dimatanya. Tambahan pula suasa yang berwarna-warni melahirkan ketenangan dijiwanya. Benar kata Naruto sewaktu ketika dahulu, di taman bunga ini sangat tenang.

Sambil mentafsil kata-kata naruto, bibirnya melahirkan senyuman. Mana tidaknya, tempat itu juga hubungan Naruto juga Hinata terjaling menjadi pasangan kekasih. Sadisnya, tempat ini juga menjadi saksi hubungan Naruto dan Hinata putus disebabkan dirinya.

Rasa bersalah memenuhi jiwa? Kalau pun ada kenapa hatinya rasa riang gembira? Mungkin jugak gembira kerana dia tidak akan kehilangan kawan baik dalam masa terdekat. Dalam diam otaknya nakal membayangkan Jutsu Naruto ketika Naruto mengenakan Jutsu perubahan keatas diriny menjadi seorang gadis yang comel. Bibirnya tersenyum nakal.

Dalam memikirkan naruto, Otaknya melayang akan kata-kata Naruto semalam. Benarkah dia akan dipergunakan oleh Orochimaru jika dia pergi kepada ular jadian itu? Bolehkah dia jadi kuat jika terus berada di Konoha? Persoalan demi persoalan berlega di benaknya.

Kata-kata naruto semalam berlegar kembali di benaknya.

“Tidak! Saya tahu awak nak jadi lebih kuat! Tapi bukan cara seperti ini!”

“Kampung kita banyak ninja yang handal, Hokage ketiga, Cikgu Kakashi, Pendita gatal dan Nenek hokage juga akan datang ke kampung Konoha nanti. Mereka ada, cukup kita menuntut ilmu. Bukan serah diri kepada orang lain untuk dipergunakan!”

“Betul juga…” Ujar Sasuke perlahan.

“Pap!” Satu tepukan yang kuat mengenai tulang belakangnya.

“Apa yang ‘Betul Juga’. Kau tahu tak, penat aku cari kau satu kampung semata-mata tak kasi benda ini.” Ujar Naruto sambil melepaskan lelahnya.

“Kau cari aku ke Hinata. Pasti ada benda yang istimewa kau nak bagi kat Hinata kan.” Dakwa Sasuke.

“Tak lah, Hinata mana minat benda ini semua.” Sebuah bola yang kelihatan seperti bola Kristal yang mana didalamnya seperti berpusar. Bila lihat betul-betul, ianya kelihatan seperti Saringan Naruto.

“Apa itu?” Tanya Sasuke kehairanan. Macam Saringan. Tapia pa pasal boleh melantun macam bola. Dalam hati terbit rasa cemburu, Naruto jadi kuat lagi kah?

“Origami Saringan.” Pendek jawab Naruto.

“Hah?!” Naruto hanya mengangguk.

“Susah betul dapat barang ini. Edisi terhat pendita gatal. Habis duit untuk makan Ramen untuk sepuluh mangkuk semata-mata barang edisi terhat ini. Terpaksa berhutang dengan Pak Cik ramen 4,500 Yen pulak itu” Terang Naruto panjang lebar siap nyatakan hutang yang ditanggungnya, mana tahu kawan baiknya ini baik hati nak tolong langsaikan. Hehehe…. Naruto berniat jahat.

“Jadi benda ini awak kasi kat saya lah ini. Kalau kasi maknanya free of charge lahkan. Okey.” Dengan pantas Sasuke mengambil.

Naruto terlonggo sendiri. Apa pasal aku cakap nak kasi, kan sudah kasi free… Aduh, cibai punya mulut! Marah naruto kepada diri sendiri.

Di suatu sudut balik pokok, Hinata menyaksikan kemesraan Naruto dan Sasuke. Nampak sweet walaupun kedua-duanya sama jantina. Naruto tidak pernah memberikan apa-apa kepadanya untuk diingati. Adakah Naruto tidak suka dirinya diingati oleh budak lemah sepertinya atau Naruto adalah seorang yang tidak normal?

“Naruto…. Awak GAY ke?” Hinata bertanya perlahan.

Dari rumah Naruto hingga ke taman dia menjadi baying Naruto semata-mata untuk mengetahui siapakah yang layak berada disamping Naruto?

Fikiranya lasak memikirkan akan diri Naruto yang terlalu rapat dengan Sasuke melebihi pasangan kekasih. Haru… jangan Naruto tukar jantina menjadi perempuan sudahlah.

Tidak! Tidak!, tak boleh fikir benda lain yang penting meminta naruto menggahwini dirinya terlebih dahulu sebelum perkahwinannya dengan Neji berlangsung sebulan dari sekarang. Dengan berat hati, Kakinya melangkah ke arah Naruto dan Sasuke yang berlari arnab mengejar sesuatu di atas timbunan bunga.

Sekali-sekali terlinganya seperti terdengar sesuatu yang tidak dapat menerima dek akal.

“I Love You Naruto” Ujar Sasuke sambil tersenyum. Seperti baru mendapat hadiah. Origami Saringan boleh tahan ligat melantun. Boleh melatih dirinya menjadi lebih pantas. Bibir tersenyum sinis.

“I Love You more Sasuke. My Best Friend…” Jawab Naruto kembali.

Tanpa perasan kelibat Hinata disitu, mereka terus berdrama gembira. Manakala hati yang satu itu sedih dan jiwanya terasa sesak dengan kata-kata Naruto yang baru dilemparkan kepada Sasuke.

“Naruto… Awak GAY!” Jerit hati Hinata. Air mata yang bertakung tadi sudah mula berjuraian keluar. Sedih…

“NARUTO!” Hinata cuba memangil naruto, Tetapi malang. Jarak mereka yang begitu jauh membataskan suaranya sampai kepada pendengaran Naruto….


Terima Kasih kerana membaca coretan yang tidak seberapa dari Ashi.
apa yang terkurang mintak sori, and yang tak puas hati pun sory... 
ape2 hal manusia memang banyak kekurangan. :D

Sepuluh jari tersusun rapat,
Bunga melati Pengharum hati,
STATUS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati

Akhir kata, saya ucapkan selamat Hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin :D






1 comment:

Setiap koment anda amat berharga bagi mengkaji tahap kekratifan karya ini.